Tuesday, August 24, 2010

satu



1

BENCILAH macam ini tau.  Rasa macam nak hempuk je kepala mamat gila tadi tu.  Apa dia ingat aku ini apa?
            Berbahang kepala Sharah apabila mengingatkan kembali insiden yang membuatkan dia seperti orang yang nak bertukar jadi singa betina yang kelaparan.  Apa tidaknya?  Sedang dia beratur untuk membeli tiket wayang, ada pulak mamat yang perasan bagus seperti VIP memotong que padahal orang lain punyalah beratur panjang berjela.  Dahlah elok je potong jalan dan berdiri depan aku.  Memang jantan tak reti baca peraturan betul.
            “Excuse me, Mister Tak Reti Baca Peraturan.  Ada nampak sign ‘sila beratur’ tak kat sini?” sinis dia memerli mamat yang berada di hadapannya ketika itu.  Memang marahnya dah tak boleh nak ditapis atau difilter lagi.  Penat tau beratur!
            Mamat yang dipanggil Mister Tak Reti Baca Peraturan itu berpaling ke belakang untuk melihat orang yang menegurnya dan memanggilnya dengan gelaran Mister Tak Reti Baca Peraturan itu.  Dia sekadar mengangkat keningnya dan ucapkan, “I beg your pardon?” dengan muka sombongnya.  Langsung tiada riak bersalah di wajahnya yang kuning langsat itu.
            Ewah! “Tak pernah belajar sivik ye?”
            “Tak coz mmg dah tak ada subjek itu time belajar.  Why?” selamba menjawab.
            “Mak bapak pun tak ada ajar adab-adab ke sebagai seorang manusia?”
            “Diorang ajar je tapi tak ada pulak kalau pasal kena bersopan jugak bila diri sendiri dah ditegur dengan panggilan yang kurang menyenangkan.  Agaknya perempuan kat Melaka ini kurang ajar ey?” soal Mister Tak Reti Baca Peraturan itu dengan riak muka yang berpura-pura terkejut dan tidak sangkanya itu.
            Sharah mengetap bibirnya.  Lengannya yang ditarik oleh Raihan, kawan baiknya, disentap supaya tidak menganggu ‘perbualan’ dia dengan Mister Tak Reti Baca Peraturan dan Mister Kurang Ajar di hadapannya ini.
            Raihan sudah memejamkan matanya.  Dia takut ice blended yang ada dalam pegangan Sharah akan tersengaja ditumpahkan je kat mamat yang selamba kerek bercakap itu. 
            BUSSSHHHH...!
            Mister Tak Reti Baca Peraturan dan Kurang Ajar itu membeliakkan matanya yang sepet itu.  Habis bajunya yang putih itu disimbah dengan ice blended Minah Baju Ungu di hadapannya itu.  Tak tahu dia nak beraksi bagaimana apabila melihat t-shirt putihnya sudah bertukar warna coklat.  Dipandang tajam Minah Baju Ungu yang kelihatan selamba bagaikan tiada apa yang berlaku.  Bagaikan ice blended yang tumpah itu tumpahnya dari langit pulak!
            Sharah hanya tersenyum manis dan menunjukkan thumbs up lalu ditarik lengan Raihan supaya bergerak ke hadapan.  Dibiarkan Mamat Tak Reti Baca Peraturan dan Kurang Ajar itu terkebil-kebil seorang diri.
            “Eeeiii apasal kau buat macam itu weh?  Kau tak kesian kat dia ke?” Raihan mula nak pasang ceramah.  Sekejap dipandang Sharah, sekejap pulak dia menoleh ke arah mamat tadi.  Masih tercegat di tempat tadi. Kemudian dia memandang kembali ke arah Sharah yang berwajah selamba.
            “Lantak aku lah.  Sapa suruh dia cari pasal dengan aku?  Punya baik dia potong jalan depan-depan aku, kau nak suruh aku kesian kat dia?  Baik aku kesian kat pengemis tepi jalan,” jawab Sharah tanpa perasaan.  Langsung dia tak peduli apa yang orang lalu-lalang nampak pada apa yang dilakukan sebentar tadi.  Malah sengaja je dia buat muka toya bila tukang cuci yang kebetulan lalu kat tempat dia simbah Mamat Tak Reti Baca Peraturan dan Kurang Ajar apabila tukang cuci itu menjeling padanya tanda tidak puas hati.
            Raihan memegang bahu Sharah dan berdiri di hadapan teman rapatnya itu. “Kau tahu tak kita ini kat tempat awam?  Malulah mamat itu kau buat dia macam itu.  Lagipun, nanti dia ingat perempuan kat Melaka semua macam kau.  Tak ke memalukan kaum perempuan yang duduk kat sini?” dalam pada ingin menegur, sempat Raihan menyindir temannya itu.  Matanya menala pula pada mamat tadi dan kali ini mulutnya melopong.  Air liurnya ditelan. 
            “Yang kau beria-ia sangat nak bela mamat itu apahal?  Tahulah mamat itu handsome tapi kalau takat perangai macam taik nak buat apa?  Baik kau pilih Si Tompok.  And who cares lah pasal dia nak fikir apa pasal perempuan kat Melaka ni?  Dialah yang bodoh kalau fikir macam itu,” bidas Sharah geram.  Tak pasal pulak dia kena fikir tentang kebajikan mamat itu yang konon malu lepas apa yang telah dia lakukan tadi dan pasal apa mamat itu fikir tentang perempuan kat Melaka ini. 
            Raihan tidak membalas.  Bola matanya saja yang tertancap pada susuk tubuh di belakang Sharah sekarang.  Ingin memberitahu tapi dia tak tahu macam mana nak bagi hint kat Sharah yang tak perasan apa-apa pun.
            Sharah memandang kawannya itu. “Eh, kita nak tengok cerita Lagenda Budak Setan kan?” soalnya.  Dia tak perasan langsung akan keadaan Raihan yang tiba-tiba saja jadi kaku bak patung tak bernyawa.
            Tiada balasan daripada Raihan.
            Lar pulak? Apehal dengan Si Raihan ni pulak? “Weh Rai, kau ken....” baru sahaja dia hendak menegur temannya yang sudah seperti kena sampuk, elok saja ada ice blended jatuh dan tumpah pada rambutnya sehingga mengalir mengotorkan baju serta seluarnya.  Bajunya yang kebetulan berwarna ungu sudah bertukar dan ad tompok coklat bagaikan itu corak yg sedia ada seperti baju Mister Tak Reti Baca Peraturan dan Kurang Ajar itu.  Mukanya yang bersih dari sebarang mekap kini sedang bermekapkan ice blended coklat.
            Mulut Raihan melopong luas.
            Sharah menarik nafasnya panjang-panjang dan pantas sahaja selepas itu, ditoleh belakangnya.  Di hadapannya kini, seraut wajah lelaki yang dari tadi mencari pasal dengannya sedang tersenyum megah serta raut wajahnya gembira lagak baru menang loteri.  Sharah sedaya upaya menahan gelombak amarah yang sedang menakung di dada.  Orang yang lalu-lalang tidak diendahkan.
            Mister Tak Reti Baca Peraturan dan Kurang Ajar memberi senyuman cukup manis.  Kali ini dia tidak berseorangan.  Dia ditemani seorang kawannya.
            “Lain kali jangan terlalu berani sangat ye cik adik?  Awak itu perempuan.  Buatlah cara orang perempuan,” sinis Mister Tak Reti Baca Peraturan dan Kurang Ajar itu menyelar.  Selamba sahaja dia menentang pandangan perempuan di hadapannya kini yang sedang kemerah-merahan mukanya.
            Oh! “Jangan kau fikir aku ini perempuan, aku akan diam je ye? Nah, amik ini!” serentak dia berkata, pantas kakinya dinaikkan separas lutut dan menendang perut lelaki yang betulo-betul telah mencabar kesabarannya dalam masa lebih kurang 10minit ini.  Pergi mampus pada orang yang sedang melihat adegan antara mereka.  Rambut yang dah basah lencun, baju yang dah bertukar warna malah rancangan untuk menonton wayang juga habis hancur disebabkan mamat gila yang sedang mengkerekuk kesakitan.
            Sharah memegang dagu lelaki itu.
            “Please remember me forever either in reality nor in your dream, Mister Kurang Ajar,” setelah memberi kata-kata itu, dilepaskan dagu lelaki itu dengan kasar dan menarik tangan Raihan yang masih terkaku di tempatnya.  Langkahnya diekori oleh banyak mata yang berada di situ.

AIMAN tersengih-sengih melihat gelagat Muzaffar yang daripada tadi asyiklah memegang perutnya yang ditendang oleh gadis berbaju ungu bercampur ice blended coklat tadi.  Malahan tidak dihiraukan langsung mata-mata yang masih memandang mereka walaupun insiden tadi sudah berlalu hampir setengah jam yang lalu.
            Muzaffar yang perasan akan sengihan Aiman, mengetap bibirnya.  Geram!
            “Itulah, cari pasal lagi.  Kau pergi tengok kat skrin yang orang tengah dok sibuk beratur pasal apa?  Kan ada board kat tepi tadi itu kalau nak tengok cerita apa yang ditayangkan hari ini,” luah Aiman buat kesekalian kalinya.
            Jeling tajam.
            “Pastu nasib malang pulak kena dengan minah yang naik hangin macam tadi.  Memang malang lah nasib kau hari ini.  Ha ha ha...” gelak Aiman.  Dia memang tak tahan nak ketawa setelah melihat kawannya yang macho lagi tampan itu kena tendang dengan seorang gadis.  Gadis tau!  Bukan calang-calang gadis kalau dah berani sampai menendang anak teruna orang.
            Muzaffar menarik nafasnya panjang-panjang.  “Kau senyap boleh tak, Man?  Bingit telinga aku ini,” rendah nada suaranya tapi keras.  Hatinya masih lagi membengkak.  Mukanya merah padam menahan marah dan sakit.  Walaupun yang menendang itu adalah seorang perempuan tapi tenaga perempuan itu kuat juga sehingga senak perut dia yang kempis ini. 
            “Alah relax la, bro.  Takkan nak touching pulak dengan aku?”
            Dia membeliakkan mata. “Relax kau kata?  Dahlah aku kena beli baju baru sebab perempuan itu, sekarang aku kena beli ubat untuk sakit kat perut aku.  Semuanya sebab perempuan itu tau.  Kalau aku dapat, memang nahaslah dia aku kerjakan,” berapi-api Muzaffar.  Dia memang takkan melupai seraut wajah itu.
            “Dah kau yang pergi potong jalan macam itu sapa pulak yang suruh?”
            “Eh, aku nak tengok cerita apa yang ditayangkan je.  Bukan aku nak pergi potong que dia.  Minah sewel!”

0 rockerz komen:

Post a Comment