Saturday, August 21, 2010

bab lima



BAB 5

MELANGKAH tenang ke arah rakan-rakannya yang pastinya menunggu ketibaan dirinya.
            Duan yang dari jauh sudah nampak kelibat rakannya yang seorang itu, bingkas bangun.  Kemudian, sampai saja dia di tempat rakan-rakannya itu, terus dipeluk seorang demi seorang dan bersalam cara mereka bagaikan sudah lama tidak berjumpa padahal baru semalam lepak bersama.
            Diletakkan punggungnya atas kerusi.
            “Lambat je. Kata tadi dah keluar rumah,” ujar Bart yang duduk selang sebuah kerusi je. 
            Senyum segaris. “Ada hal tadi.”

MERUNGUT-rungut dia seorang diri.  Rasa nak hantukkan kepala pun ada.
            “Okay.  Kau lambat sebab kau terlanggar that guy atau sebenarnya kau sengaja langgar atau LRT lembap dan kau sengaja langgar that guy?”  usik Ikin.  Suka hatinya melihat wajah teman yang selama ini riak dingin beku bertukar menjadi kemerah-merahan.  Blushing huh!
            AZ menjeling geram.  “Shut up la.”
            “Or maybe kau dah nampak that guy daripada dalam LRT lagi dan memang merancang untuk langgar that guy sebab kau dah berkenan dengan dia?”  sakat Mel pulak yang duduk berhadapan dengan AZ.  Sekali lagi Mel sedang manicure kuku-kukunya.  Minah kuku!
            Mendengus.  Diberi jelingan tajam pulak.
            Fara menyengih nakal. “Atau pun kau memang dah aim that guy dari mana-mana gig yang kita pergi, kau selidik pasal dia dan tahu je terus kau buat ala-ala kunci kereta hilang supaya dapat naik LRT serta sengaja berlanggar dengan that guy?”
            Relaks, AZ.  Sabar.  Sabar itu separuh daripada iman.  Biarkan je diorang nak kata apa pun.  Yang penting kau tahu apa sebenarnya yang terjadi.  Biarkan..biarkan.  Tapi diorang memang dah melampau ini.  Okay.  Cool dan selamba. 
            “Aha?  Is that true, AZ?”  sakat Mel lagi sambil menyeringai. 
            “Jerk la korang ini.” 
            Mukanya dah merah macam kena dengan arang je dah ini.
            Tiga orang gadis itu serentak ketawa melihatkan wajah rakan mereka yang kelat-kelat basi itu.  Selalunya kena usik aci kental je.  Ini siap merah-merah muka.  One improvement!
            “Korang nak rasa jurus silat cekak Hanafi ke?”
            “Kau nak rasa tendangan kaki kanan silat buaya?” Ikin.
            “Kau nak kena libas dengan bunga copeira?” Mel.
            “Kau pernah kena siram dengan jus tembikai campur laici campur fresh orange?”

BERHENTI.
            Tiada signboard berhenti atau no entry atau tak boleh lalu atau tak boleh jalan pun kat tempat yang automatik dia berdiri kaku sekarang.  Tapi apa yang sepasang matanya nampak sekarang sudah cukup membuatkan dia serta-merta membuat brek mengejut tanpa memberi salam atau hon pada rakan-rakan yang lain.  Kenapa mamat itu ada kat sini pulak?  Lupa pulak.  Dia pun layan live band.  Shit!  Matanya menjeling pulak pada sekumpulan lelaki yang berada berhampiran dengan lelaki itu.  Diorang pun ada.  Kepalanya dipusingkan ke belakang sambil menyengih seperti tidak bersalah.
            “Kau nak buat show apa berhenti tiba-tiba tengah jalan ini?” soal Ikin sinis.  Yalah mana taknya!  Tiba-tiba saja Mel berhenti sedangkan masing-masing sedap saja melangkah ke hadapan.  Kononlah seruan maju ke hadapan tapi boleh pulak ada merah tiba-tiba.  Nasib tak berdebuk ke hadapan.
            AZ senyap mendengar lagu Trouble Is A Friend.  Mel memang camni.
            Fara pulak mengangkat kening.  “Apa lagi?  Jalanlah woi.”
            Mel memberi isyarat mata pada Fara dan Ikin.  Lirikan matanya dihalakan pada hadapan mereka.  Berkerut dahi budak dua orang itu tapi pandangan mereka terus dialihkan menurut pada lirikan mata Mel tadi.  Dan sama seperti Mel yang terkaku macam orang kena sumpah jadi ais, begitu juga mereka.  Melopong mulut masing-masing.  Serentak mereka memandang AZ yang masih tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. 
            Mel menjongketkan kening, bertanya.
            Sama-sama menjongketkan bahu.
            Shit!
            Ikin mengisyaratkan suruh mereka bergerak pantas ke kiri supaya tidak bertembung. 
            Pantas sahaja mereka bergerak malah AZ yang menyangka mungkin tadi Mel sengaja mengada-ngada berhenti, turut mengikut jejak langkah kawan-kawannya walaupun sudah bergerak ke kiri pula.  Dia tidak mengambil pusing apa yang terjadi sebab dia dalam misi ingin menghabiskan lagu Trouble Is A Friend yang terbantut tadi setelah berlanggar dengan that guy yang turun dari celah mana.  Kepalanya turut tergoyang-goyang dan bibirnya mengikut lirik lagu itu.  Kakinya terus melangkah.
            Mereka bertiga yang sedaya upaya bergerak supaya AZ tidak perasan apa yang telah dilihat oleh mereka bertiga bergerak pantas.  Sesekali Fara memastikan AZ masih ada di belakang kerana dikhuatiri minah yang sedang gila dengan iPod itu hilang pulak.  Satu kerja pulak nak mencari AZ tengah-tengah halam orang ramai ini.  Popular terus mereka nanti.
            AZ membuka LV dan sejenak memusatkan pandangan ke hadapan untuk melihat crowd.  Setelah memastikan dia takkan berlanggar dengan sesiapa, dia mencari-cari handphone yang dirasakan bergetar sebentar tadi.  Hisy manalah pulak handphone besar aku ini?  Besar pun payah nak ambil jugak apatah lagi kalau handphone kecil ketot macam handphone Mel.  Mana ini?  Sekali lagi dia melihat isi kandungan begnya.  Setelah dipastikan kedudukan handphone itu, tangannya meraba-raba dan saat tangannya dapat mencapai……
            BUK!!
            Kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu yang berada di hadapannya.  Earphone yang disumbat masuk dalam telinga sejak tadi, tercabut dan melurut ke bawah.  Nasib baik lah aku ketipkan.  Handphone yang dicari dan dicapai sebentar tadi jatuh balik dalam beg nya.  Apalah malang aku hari ini asyik terlanggar je?  Selama ini tak ada pulak insiden memalukan macam ini jadi.  Malang, malang!  Tangannya menggosok-gosok kepalanya yang sakit akibat terhantuk tadi. 
            Dia mengusap dadanya yang sakit akibat dilanggar oleh gadis yang berada di hadapannya itu.  Dahinya berkerut sedikit menandakan memang sakit apabila dilanggar oleh gadis itu.  Mana tak sakitnya pulak!  Kena hentak kuat oleh kepala gadis yang melanggar.  Tidak berkelip matanya memandang gadis yang muka dah merah macam udang kena bakar.  Wait a sec!  Her again??
            AZ yang menyedari dirinya diperhatikan dan disebabkan dia juga ingin mengetahui apalah benda yang dilanggarnya pulak kali ini, didongakkan kepalanya.  Hope bukan tiang elektrik!
            My GOD!  He again??  Tidak terasa air liurnya.
            Kenapalah aku je yang asyik dilanggar minah ini?  Apa minah ini memang tak reti jalan pandang ke depan ke?
            My. GOD!
            Dan sekali lagi lagu Trouble Is A Friend by Lenka tak dapat dihabiskan.


0 rockerz komen:

Post a Comment