Saturday, August 21, 2010

bab sebelas



BAB 11

AZ MENGGERAKKAN kepalanya ke kiri dan ke kanan.  Lenguh tengkuknya kerana lama sangat dia menghadap laptop.  Menyudahkan assignment yang entah zaman bila akan habis selagi dia bergelar student.  Memang memenatkan, memeritkan, memeningkan, meloyakan dan menjengkelkan.  Baru siap ini tapi kena siapkan lagi satu latihan maths yang tidak pernah diimpikan untuk dibuat bila dah ambil Diploma.  Rasa macam nak tercekik air liur apabila ada subject Maths even ambil Diploma in Office Management and Technology!  Macam tak percaya tapi sekarang dah terlebih percaya sebab sekarang dengan muka bosan, dia dah menyelak helaian buku nota Maths.
            BUK!
            Empat buah buku yang entah datang dari mana tiba-tiba datang macam jatuh dari langit ke meja di library itu.  Dan spontan dia memandang tuan punya buku.
            Bulat mata AZ.
            Selamba sahaja lagaknya walaupun dapat dilihat dari hujung mata betapa bulatnya mata minah yang kini berada di hadapannya.  Ditarik kerusi yang berhadapan dengan minah itu dan diletak elok punggung atas kerusi.  Dia mengambil buku rujukan Maths yang diambil dari rak dan diselak-selak.  Buat seperti tiada apa yang berlaku.
            Elok je lagu I Hate This Part by Pussycat Dolls bergema di headphone yang dipakainya.  Memang aku benci.  Elok timing kau datang, wahai lagu!  Serasa macam nak tercabut jantungnya melihat empunya badan yang berada di hadapannya sekarang.  What the hell is going on actually?  Sejak bila mamat ini satu kolej dengan aku pulak?  Bala!  Ini memang betul bala!  Kepalanya dah tergeleng-geleng sendiri akibat berspontannya dia melakarkan apa sebenarnya yang sedang bersarang dalam otaknya.  I am really super duper madly deeply truly hate this part lah!
            Sheesh!  Tanpa sedar dia mendengus.
            Dan si dia yang berada di hadapan hanya mengulum senyum.
            Mata AZ yang masih melekat pada tuan empunya badan yang berada elok saja di hadapannya rasa macam nak ramas-ramas mulut yang sedang tersenyum biar jadi macam mulut herot-merot.  Aku tengah bengang dia boleh pulak senyum!  Nak belajar pun tak senanglah.  Bukan main berlambak meja dalam library lah pun meja yang aku dok khusyuk study jugak dia tibai.
            Dah tahu dah mesti dia terkejut tengok aku ada kat sini.  Itulah dulu sakan bercinta macam tak cukup satu dunia sampai aku pun dia tak nampak.  Padahal selalu jugaklah terserempak even dia tengah syok berdating pun.  Heh!  Biar sampai juling mata dia tengok aku.  Okay. Aku pun tak kesah kalau dia tak perasan aku tapi nak ajar sikit minah ini supaya jangan berprasangka buruk sangat terhadap orang lelaki yang lain selepas dikecewakan oleh lelaki yang lain.
            Pergi meja lainlah, bro!
            Shut up lah, lady.
            Ini memang serius punya overdose rasa sabar aku kot.  Okay, take a deep breath.  Calm down.  Take it easy.  Kolej ini not my father punya.  Tak ada share apa-apa pun.  So no matter where he is stand or stood up or sits dalam library ini, tak boleh nak dihalau, diterjah, dikejar dengan penyapu atau dilibas dengan bunga copeira yang serasa-rasanya nak melayang dah ini.  Relax lah Az.  Perlahan nafasnya dihembus, ditarik, dihembus, ditarik dan dihembus. 
            Si dia just ignore.
            I’ll do it my way!
            Headphone mula bergendang My Way by Frank Sinatra.

10 MALAM.
            Tiba-tiba meja yang mereka berdua dok senyap sunyi malah bunyi satu apa pun tak terkeluar dari tadi, bergegar menandakan salah satu handphone antara mereka ada isyarat call masuk.  But masing-masing tak hirau malah buat konon-konon itu handphone orang meja sebelah.  Aci bisu je.
            Getaran handphone berhenti sekejap.  Tidak lama selepas itu, meja itu bergegar sekali lagi.  Dan seperti tadi masing-masing buat tidak tahu dan meneruskan kerja masing-masing.  Masing-masing dah ala-ala tengah buat peruntukan kewangan bagi dunia masa kini.  Dengan detapan jari-jemari pada papan kalkulator saja sudah cukup menerangkan segalanya.
            Berhenti sekali lagi.
            Bergetar lagi sekali.
            That’s truly enough.
            Shazli memandang wajah di hadapannya.  Gaya macamlah handphone aku yang dok bergetar dari tadi.  Minah ini lah kan memang suka je ikut gaya aci tak heran dia itu.  Tau tak dah menganggu konsentrasi aku nak belajar sekarang?
            Still tak sedar.
            Dia pekak ke hapa?
            Masih seperti tadi.
            Aha!  That headphone.  Music yang berdentam-dentum itu walaupun tidaklah kuat untuk didengar oleh semua orang dalam library ini tapi bagi dia yang duduk hanya berhadapan, memang dengar sangat-sangat betapa kuatnya music dan volume yang dipasang. 
            Know how to teach her nicely lah.
            The Rockafellar Skank by Fatboy Slim bergendang kuat.




0 rockerz komen:

Post a Comment