Showing posts with label -. Show all posts
Showing posts with label -. Show all posts

Monday, May 30, 2011

PARKSON&J-CARD DAY SALE..

0 rockerz komen
assalammualaikum.

short story jela kali ini. hari jumaat lepas memang sakanlah shopping lagi. err... aku bukan banyak duit ye. tapi my mummy yang banyak duit. kalau aku banyak duit, sudah kubeli novel novel kesayanganku. *sedeh jap* tapi takpe! lupakan hal novel yang tak mampu dibeli itu. masok mode hepi je k.. =)

at PARKSON. mak aih!! aku tengok macam lautan manusia yang dah membanjiri si parkson ini. pegi sana, orang ramai. pegi sini, orang ramai. pegi hujung, orang ramai. pegi tengah, orang ramai. ohhh.. aku dah start senyum dan my mummy dah start bagi warning:

'you are not allowed to ask anything from me. clear? if not, make it clear to yourself.'


aku cebik dan bidas (almaklumlah,aku ini suka bercakap):

'adik tak faham apa ibu cakap.'

hahaha! my mummy jeling dan jalan. tak heran pun. kakak aku sengih sebab sukalah dia tak kena warning dengan ibu. yelah, kakak tak beli langsung langsung barang barang since the day yang beli beg itu. ibu ada offer jugak kat dia tapi dia tak nak. katanya, nak beli yang kat parkson ini. (aku dah menyampah sebenarnya sebab beli lagi awal) adik aku pulak bagaikan batu api dan musuh dalam selimut. ikut sama jeling dan jalan dengan my mummy. cet! kau jangan mintak coolblog dengan aku pasni!

and my mummy beli kasot baru untuk dirinya sendiri. adik aku dapat beg dan baju (oh sangat tak suka!) dan kakak aku dapat beg juga (sama level dengan aku coz aku pun dapat beg je.hehehe). beli baju untuk anak2 buah aku yang seramai tiga orang itu tapi si BABY dapat lebih sebab dia comel. huh? sangat tak logik alasan itu kan? korang giler if korang caye. hahaha. tak. bukan sebab comel. tapi sebab BABY DAN ADAM dah jadi anak yatim. tiada ibu tersayang di sisi. jadi, dia dibelikan lebih. wait. bukan ADAM tak dapat sama level (adam=abg baby) tapi dah terlebih beli baju dia time kat pahang ritu. =)

aku? sangat cool. yeah. cool. aku tak bentak bentak punya orang lah. time tengah makan MARRYBROWN ( aku makan MCD sbb tak layan THE UNDELICIOUS MARRYBROWN) aku cakapla:

'adik ada butik JEEP tadi. baju lelaki murah2.'

my mummy teruja! afta makan, teros pergi butik itu. time my mummy belek baju lelaki, aku pergi tengok jeans2 baru kat situ. untuk pengetahuan korang, aku amatlah jarang membeli si jeans ini sebab bukan minat aku. tapi mungkin disebabkan jaranglah, aku try nasib aku dengan berkata begini:

'ibu, adik nak seluar jeans ni boleh tak? tahun lepas tak dapat pasal promoter tu takde.' *muka innocent*

*ibu pandang aku* 'seluar mana?'

aku simpan senyum dalam hati. hahaha. *muka jahat* tadi kata tak boleh mintak apa apa? ibu ini tak tetap pendirian betul. aku pura pura belek seluar jeans lagi padahal aku dah minat dengan satu jenis ni.

'ini boleh ke? lawa tak? harge..*sambil tengok harga* RMdotdotdot.. boleh tak?'

'ambek jelah.'

kakak aku dah pandang tajam. dia tahu aku cendekel kali ini. ah biarlah. aku tak ada duit. aku tak kerja lagi. aku belum kahwin lagi. makanya, aku dalam tanggungan sang ibu kan? hehehe. pandai aku bab bab ini ek. so aku dengan senang hati ambil jelah seluar yang aku berkenan. thanks mum!!

j-card day. hari itu aku boleh lupa pulak jcard day. hadoi! lepas je pergi parkson and balik rumah, aku dan kakak bergegas pergi jusco pulak dengan menaiki skuter comelku. oh yeah, with my dearest scooter! kau gila nak pergi j-card day naik kereta? alamatnya, memang sampai esok kau tak dapat parking tau!masuk jusco je, kepala aku jadi pening kejap. ini orang ke hapa?? dah pukul 10 malam dah tu weh. apasal korang tak blahh lagi dari jusco ini??

for yours information, j-card day hanya sehari sahaja dan beroperasi dari jam 8pagi-12malam. mau taknya orang ramai! coolblog pun bukak sampai kol12. heh. sangat berterima kasih sebab aku teros pergi beli coolblog dulu sebelum mulakan sesi penjelajahan aku. hehehe. dipendekkan cerita, aku membeli kasoh tinggi yang bukan tumit tinggi itu ye. no no no. aku bukan minah high heels. tapi akan datang, maybe yes. ngee! tapi aku beli kasot wedges. kaler hitam. lawa seh. tengah offer. aku jarang suka kasot tapi sekali dah suka, mak datuk oi! bukan kemain lagi harga kau letak. ah, bantai jelah labu. nasib ada offer. fuhh..

kakak aku pun beli kasot gak tapi kasot dia lagi murah dari kasot aku. dan dia sebok nak beli kasot lagi kat sembonia padahal time tu dah pukul 1150 malam. ngek punya kakak. aku membebel pasal kasot dia yang berlambak kat rumah yang dia dok simpan buat datok and dia surrender. huhu. aku suka membebel. =)

oh ye. aku pun ada minat satu kasot ini tapi duit tak cukup. bajet aku dah lari pecut, bukan marathon atau lari anak. tapi lari pecut so ku padamkan saja impian dan harapan itu. kau tunggulah wahai kasot dan juga beg! oh! aku pun ada suka beg kat sembonia dan carlo rino tu. tapi yang malangnya, NEW ARRIVAL! huh. asal benda aku suka je mahal mahal. nasiblah hubby aku tak semahal tu. erk??! *sengih nakal*

jadi sayang sayang sekalian, korang shopping tak time jualan besar atau mega sale ini berlangsung? iye? oh mesti korang jadi macam aku kan.. err.. tak? takpe, time raya ada lagi. hehehe. oklah. aku sayang korang. korang sayang aku kan? tada! =*     

 

Wednesday, April 13, 2011

sombong dan tak tetap pendirian.

2 rockerz komen
assalammualaikum.

tak mahu bermukadimah macam biasa. benda sombong ini bukan perkara yang luar biasa sangat pun dalam hidup aku.  serius. dari mula aku dah masuk sekolah sampailah dah nak masuk mod bekeje ni, ramai tersangat-sangat kata aku ini sombong. sombong yang bukanlah dalam makna baik okay. sebaliknya. tapi tak terkesan pun. mungkin sebab aku dah terlatih dengan hati yang sangat tak kesah. sungguhlah. 

dolu-dolu tu bila orang kata aku sombong, muka aku agak terkejutlah jugak. masa darjah dua. lawak kan? darjah dua pun dah dikata sombong. kalau dah memang kau tu aku tak kenal, takkan sambereno je aku nak senyum-senyum terlebih dos pastu tegur macamlah kita ni sahabat sehidup semati dia. adoila. lepas itu aku dikata bertambah sombong lepas menjawat jawatan pengawas masa darjah tiga. hahahaha. year 3 dah jadi pengawas. dah jadi pengawas, bertambah lagi gelaran kat aku. GARANG. so funny that i forgot to laugh! ah tak kesahlah kan eventhough aku pun baru tahu gelaran aku selain itu ialah SINGA BETINA. ini betul buat aku gelak sampai keluar air mata. ngok ngek je dorang ini!

disebabkan kesombongan dan kegarangan aku ini lah, sampaikan budak junior smksk yang memang aku tak kenal boleh tegur aku. 'eh, kak tiqah kan? prefect dulu' sambil shake hand and hug plus laga2 pipi. aku just angguk and senyum. then bila dak2 junior smksk ni dah geng dengan aku, depa kata 'kak tiqah ni kelakar lah. funny gler. mati2 ingat kak tiqah sombong and garang dulu'. that's why peeps say, don't judge a book by its cover la adik2 oi! dorang kata memang time sekolah dulu sapa lah tak kenal dengan pengawas garang dan sombong ini. semua kenal. lebih-lebih lagi budak2 nakal. sampaikan my bestfriend, KHAIRUL KHAIRI, pernah panggil aku untuk senyapkan kelas dia yang tak reti nak senyap bila dia yang jaga. haha. tapi pelik kan. kawan2 tak takut pun dengan aku! ngeeee!

tak kesah pun pasal sombong and garang ini. aha. even my panah arjuna pun cakap takut dengan aku bila jumpa pertama kali. itu betul rasa nak ketuk kepala dia. ada ke patut! hubby kata muka aku ini muka garang sampai dia naik takut. cet! yang garang-garang ini jugaklah yang awak pernah marah and tengking tau! sampai yang garang ini menangis teresak-esak sambil angkut baju balik rumah ibu. hahahahaha!

oke. stop the garang and sombong thingy. minggu lepas, balik melaka. drive kereta ditemani member aku. member kolejlah. member baek, member sepanjang hayat. time nak tido kat rumah, dia bukak cerita tentang hamba ALLAH yang seorang ini. oh. aku angguk jela kepala. ada jugak aku cakap tentang hamba yang satu ini. klimaksnya bila member aku ini kata hamba yang satu ini kata bahawasanya aku ini TAK TETAP PENDIRIAN. tak kelip mata aku pandang member sebelah. then pandang siling bilik and pandang member balik. 

'apasal member kau cakap camtu pasal aku pulak?' aku tanya. oh. about the thingy that jap aku pakai tudung jap tidak. macam hop on hop off je. ohhhhh. then dia kata lagi yang hamba yang satu ini pun katalah macam itu. ohhhh. *icecold*. let me recall. from the beginning, memang aku pakai tudung time sekolah2 dulu. time hingusan2 dulu. tapi bila keluar rumah dengan family, jalan2 kat luar rumah, memang aku free hair. until last year! but starting bulan puasa tahun lepas, aku start pakai hijab kembali kerana terasa banyaknya dosa yang tak tertanggung dek badan kat akhirat nanti. pakai yang ikut suka hati aku. tak elok kan? tapi i did try my very besh okay! lepas itu, kejap pakai kejap tak pakai. bukanlah bermakna TAK TETAP PENDIRIAN as YOU SAID but aku sedang memperbaiki diri yang dah jauh tersasar. lagipun, aku bukan macam kau yang konon dah pakai tudung, siap bersolat membaca AL-QURAN tapi sekejap yang teramatlah sangat. itupun atas sebab-sebab yang tertentu baru kau buat. kalau tak? sheesssh!oooppppsssssii! aku dah termengata. sorry.

and now, aku dah full time bertudung dan berhijab. tapi kau? haila haila.. sebelum nak mengata orang itu wahai hamba yang satu, tolong tilik diri kau dulu kay? aku tak suka ketam yang mengajar ketam lain untuk berjalan. macam hampeh je! nak kata aku tak tetap pendirian ini, kau lagi tak tetap pendirian. orang sekeliling boleh judge kita berdua macam mana and you will get the result that will humiliating you. nak macam itu? oh no! aku tak kata aku bagus. i am NOT PERFECT eventhough i was a PREFECT long time ago. ahahahaha! but i do my besh to improve myself rather than you that keep talks about somebody bad side rather than improving yourself! hah! puas hati aku! blueekkkk!   

aduhduhduhduh.. sorry kay. aku menyemakkan mata sesiapa yang membaca cebisan kali ini. sombong dan garang boleh diterima lagi sebab memang ada sifat-sifat itu lebih-lebih bila aku dalam keadaan yang unstable. but the tak tetap pendirian? naaaaa! when you catch up with me someday, you will know the actually me. ngaaaa! apa-apa jelah kan. dah pening lah pulak. nak blah jap. tengok keje or email jap. pastu nak shi shi jap. hehehehe. ilyasm! muahx! =P   

Monday, April 4, 2011

cuba teka

2 rockerz komen
salam. hai korang. last entry for today. aku just nak korang teka je gambar di bawah. tolong ye. and pada orang yang terasa itu adalah gambarnya, janganlah berasa malu. anda cun! ngeee!

dapat agak tak sape ni??
 tak tahu gak ke?? err... emm.. jap ek. minah ini sangat pening dan mengantok akibat rela terpaksa duduk di seat belakang kereta. pelik ek? die mmg tak boleh duduk belakang. tak tahulah kenapa. alah orang mengandung pun tak macam die ni kan? hahahaha.. ampun tuan punya badan. aku saja je. gambar ini comel. itu pasallah aku upload. dont shy shy kay? =P

makin lentok ek? ngeee..
 okaylah. aku sayang minah ini. tapi bukan sayang ehem ehem okay. sayang sebagai sahabat. i am not lesbian! ngeee.. ( tapi kawan ramai gak lesbian ) hahahaha. ak syg org yg syg ak je. ily! muahx!