Monday, July 30, 2012

panggilan manja ke..?


assalammualaikum.

tajuk hari ini panggilan manja. tak kesahlah dengan keluarga, kengkawan, sedara mara atau teman istimewa ( aku guna ayat skema hehe ). korang pun mesti ada panggilan yang tersendiri kan bila dengan mereka yang aku taip kat atas tadi? jangan nak poyo lah tak ada. haha.

family panggil aku ADIK.

korang pelik? tapi aku tak pelik. haha. aku yang dok sebok suruh ibu abah kakak aku panggil aku adik sebab masa tu adik aku tak lahir lagi.lagipun macam tak ada tanda-tanda aku akan ada adik. lepas lima tahun, tetiba muncul adik aku. cet! tapi masih dipanggil adik ok. haha! walaupun jenuh dah ibu abah aku dok sebok tukar jadi kak ngah, sudahnya tersasul sahaja panggil adik sampai adik aku pun panggil aku adik sampailah sekarang. sampai sekarang tau. huhu. dan disebabkan panggilan adik ini jugak semua orang fikir aku adalah anak bongsu dan adik aku adalah kakak aku. kehkehkeh.

sedara-mara panggil aku BIP OR ADIK.

bip? kenapa bip? haaa tu korang jangan tanya aku. sampai sekarang jugak aku memang tak tahu kenapa memakcik dan pepakcik dan sepupu dan segala jenis sedara yang aku ada panggil aku, bip. adik tu aku tak kesah sebab memang dah biasa dan tau kenapa. yang kes 'bip' ni memang aku tak tahu menahu kenapa.huh! lepas tu, kalau raya, kengkawan aku plus sedara2 aku ada sekali, bila yang kengkawan ni dengan sedara2 panggil aku 'bip', memang kena gelak berdekah-dekah dan soal bermacam-macam. cis! tapi takpelah. aku okay je hehehe. lain dari yang lain.

anak-anak buah panggil aku AUNTIE BIP OR CHIQA.

auntie bip tu daripada belah mak aku, chiqa belah bapak aku. heee sabar jela! patotnye panggilan die cik iqa, tapi disebabkan bebudak ni pelat bebenor, terus disambungkannya jadi chiqa. sheesh. yang auntie bip tu pulak memang tak boleh nak buat apa lagi. dah memang turun temurun. agaknya bila anak-anak buah aku dah kahwin and ada anak, anak dorang tu panggil aku NEK BIP pulak kot. hahaha. yang lagi sebelah panggil aku NEKQA. haha. mesti lawak. ( one of my bestie, almas bengong tu, panggil aku chiqa jugak. ingt die tu pangkat anak buah aku gaknye ).

kengkawan panggil aku TIQAH, IQA, AD, ATI.

AD tu untuk atiqah damhuri ye. yang lain2 tu dah memang tu lah panggilan untuk aku. dan setiap panggilan tu mengikut kawan2 dari sekolah, kolej, tempat kerja or teman serumah sewa. hehehe. peninglah jugak. kalau aku kumpul semua memang aku lah yang jadi pening. and mungkin mak aku pun pening. hahaha

teman istimewa panggil aku..errr... YUNK FOR YAYUNK.

ini kelakar. al-kisah, aku dengan dia beraku-kau je sebab mula dengan berkawan. bila time mood mengada, die suka panggil yunk. aku geli tau tapi layan je hahaha. tapi aku rasa tak beshla pulak aku je dipanggil camtu. sudahnye, aku menggedik panggil dia 'link untuk LALINK'. hehe. dan melekatlah sampai sekarang. baru-baru ini pulak, aku sakat die sebab aku ada nampak nama contoh rumah tu 'double story superlink'. aku panggil dia superlink. die taknak kalah punya pasal, panggil aku superyunk pulak! cet! aku terus pangkah and taknak sebut super-super tu. maunya dah terbiasa nanti tak ke geli nak sebut super tu? jauhlah! hahaha.

so korang ada panggilan manja ke tak ada? hehe.

0 rockerz komen:

Post a Comment