Monday, July 30, 2012

panggilan manja ke..?

0 rockerz komen
assalammualaikum.

tajuk hari ini panggilan manja. tak kesahlah dengan keluarga, kengkawan, sedara mara atau teman istimewa ( aku guna ayat skema hehe ). korang pun mesti ada panggilan yang tersendiri kan bila dengan mereka yang aku taip kat atas tadi? jangan nak poyo lah tak ada. haha.

family panggil aku ADIK.

korang pelik? tapi aku tak pelik. haha. aku yang dok sebok suruh ibu abah kakak aku panggil aku adik sebab masa tu adik aku tak lahir lagi.lagipun macam tak ada tanda-tanda aku akan ada adik. lepas lima tahun, tetiba muncul adik aku. cet! tapi masih dipanggil adik ok. haha! walaupun jenuh dah ibu abah aku dok sebok tukar jadi kak ngah, sudahnya tersasul sahaja panggil adik sampai adik aku pun panggil aku adik sampailah sekarang. sampai sekarang tau. huhu. dan disebabkan panggilan adik ini jugak semua orang fikir aku adalah anak bongsu dan adik aku adalah kakak aku. kehkehkeh.

sedara-mara panggil aku BIP OR ADIK.

bip? kenapa bip? haaa tu korang jangan tanya aku. sampai sekarang jugak aku memang tak tahu kenapa memakcik dan pepakcik dan sepupu dan segala jenis sedara yang aku ada panggil aku, bip. adik tu aku tak kesah sebab memang dah biasa dan tau kenapa. yang kes 'bip' ni memang aku tak tahu menahu kenapa.huh! lepas tu, kalau raya, kengkawan aku plus sedara2 aku ada sekali, bila yang kengkawan ni dengan sedara2 panggil aku 'bip', memang kena gelak berdekah-dekah dan soal bermacam-macam. cis! tapi takpelah. aku okay je hehehe. lain dari yang lain.

anak-anak buah panggil aku AUNTIE BIP OR CHIQA.

auntie bip tu daripada belah mak aku, chiqa belah bapak aku. heee sabar jela! patotnye panggilan die cik iqa, tapi disebabkan bebudak ni pelat bebenor, terus disambungkannya jadi chiqa. sheesh. yang auntie bip tu pulak memang tak boleh nak buat apa lagi. dah memang turun temurun. agaknya bila anak-anak buah aku dah kahwin and ada anak, anak dorang tu panggil aku NEK BIP pulak kot. hahaha. yang lagi sebelah panggil aku NEKQA. haha. mesti lawak. ( one of my bestie, almas bengong tu, panggil aku chiqa jugak. ingt die tu pangkat anak buah aku gaknye ).

kengkawan panggil aku TIQAH, IQA, AD, ATI.

AD tu untuk atiqah damhuri ye. yang lain2 tu dah memang tu lah panggilan untuk aku. dan setiap panggilan tu mengikut kawan2 dari sekolah, kolej, tempat kerja or teman serumah sewa. hehehe. peninglah jugak. kalau aku kumpul semua memang aku lah yang jadi pening. and mungkin mak aku pun pening. hahaha

teman istimewa panggil aku..errr... YUNK FOR YAYUNK.

ini kelakar. al-kisah, aku dengan dia beraku-kau je sebab mula dengan berkawan. bila time mood mengada, die suka panggil yunk. aku geli tau tapi layan je hahaha. tapi aku rasa tak beshla pulak aku je dipanggil camtu. sudahnye, aku menggedik panggil dia 'link untuk LALINK'. hehe. dan melekatlah sampai sekarang. baru-baru ini pulak, aku sakat die sebab aku ada nampak nama contoh rumah tu 'double story superlink'. aku panggil dia superlink. die taknak kalah punya pasal, panggil aku superyunk pulak! cet! aku terus pangkah and taknak sebut super-super tu. maunya dah terbiasa nanti tak ke geli nak sebut super tu? jauhlah! hahaha.

so korang ada panggilan manja ke tak ada? hehe.

Wednesday, June 20, 2012

asma..?

0 rockerz komen
assalammualaikum.

isnin dan selasa aku sakit. pergi klinik, doc kata kemungkinan aku ada asma. sebab melampau sangat hidung aku punya sesema dan batuk2 dan segala gejala yang lain.

asma? hadoila.

orang kata, bahaya. entahlah. tak pernah kena. baru ini kena. tapi bila bangun pagi pun aku memang ada sesak nafas atau lebih senang dipanggil gejala sukar nak bernafas. sangat susahlah. sampai tak ada suara. hesy.

asma ye.. hisy lagi. tak tahulah. ni pun badan tak sihat lagi tapi dah datang kerja. tinggalkan kerja baru dua hari tapi dah macam dua bulan tak kerja. sheesh. pening dah menyerang.

senang betul aku nak sakit sekarang.

Thursday, June 14, 2012

teringat

0 rockerz komen
assalammualaikum.

aku teringat. teringat kepada semua orang. family, kengkawan, exs. teringat pada arwah kakak. aku tak tahu kalau aku dah bagitahu korang ke belum. tapi aku rasa dah bagitau. about my late sister and one and only sis. teringat. dulu, selalu bergaduh ( zaman kecik-kecik ). dah besar, semakin rapat. tapi 1bulan sebelum arwah meninggalkan kami, meninggalkan aku, meninggalkan dunia, kami bergaduh. lama. sampailah awal bulan7. itupun kekok. aku tak tahu kenapa hati aku keras semacam waktu tu. tapi sungguh aku menyesal. andaiku tahu......betul kata orang. satu sikap buruk aku adalah EGO.

kengkawan. ramai kawan. kawan lelaki lebihlah lagi. tak tahu kenapa kawan lelaki lebih ramai daripada kawan perempuan. tapi kawan perempuan yang sedikit itulah banyak menyakitkan hati membuat aku terasa membuat aku rasa aku tidak perlukan mereka. *sigh*

exs. teringat. tanak bagitau siapa antara mereka yang aku teringat. tapi aku memang teringat. ingat. heh. kan bagus kalau apa apa ingatan aku ini boleh dipadamkan macam perisian dalam komputer? senang bagi aku. tidaklah aku teringat sahaja. rimas sebenarnya. tak. bukan rimas. tapi aku tanak teringat. kenangan itu macam nak membunuh aku je. ( hiperbola lah pulak )

tak tahulah. aku dah pening baca entry sendiri kali ni. haha.

Wednesday, June 13, 2012

dah berbulan tiada idea.

0 rockerz komen
assalammualaikum.

aku tiada idea. eh bukan. idea aku tak datang-datang berbulan-bulan. tension. padahal itulah yang aku suka lakukan masa study dulu. sheesh. idea apa? ohh. sorry. lupa nak bagitau. idea MENULIS NOVEL. am i kidding you around..? ceh. bukanlah. serious ni.

*sigh*

kenapa ye? dulu senang je idea datang. and hampir separuh sebenarnya novel pertama itu. ( aku bukan sahaja gila membaca novel tapi juga menulis novel= one of my ambition, actually ). tapi itulah. sudah hampir separuh dan tiba-tiba sahaja, out of the blue, otak blank. sangat blank. giler-giler punya blank. walhal member aku yang baru je start menulis novel jugak ( kami sama-sama gila novel ) dah habis pun 1 novel and dah hantar manuskrip pun kat bahagian penerbitan! jelez? gila lah tak jelez!!!

tapi aku gembira dengan kejayaan dia. = ASMURNI

kerja ke pengekang kepada idea? ohh aku rasa tidak. my personal life? jugak tidak. dulu boleh sahaja taip even keluar dating. hehe. so ini kenapa sebenarnya? ujian daripada-Nya?

dah berbulan ini tak ada idea. kena tunggu sampai bila idea nak datang dan start balik? wuaaaa!!!

Tuesday, June 12, 2012

messy and miserable

0 rockerz komen
assalammualaikum.

hari ini hari miserable bagi aku. kenapa? err.. macam mana nak terangkan ye.. aku dahulu sangat jahat. ( sekarang pun jahat jugak tapi dikurangkan ). jahat sampaikan aku sendiri dah rasa apa itu WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK. jahat kan? ermmm. biarlah aku terangkan dari awal kenapa aku sendiri dah gila boleh kata diri sendiri jahat.

aku start bercinta darjah 6. haha. jangan gelak. aku sorang je boleh gelak guling-guling. but please, jangan percaya itu adalah first love aku. if percaya, nampak sangat korang itu belajar je tinggi-tinggi tapi otak letak kat lutut ( kenapa aku rasa kata-kata aku kasar? =( ). itu bukan cinta pertama aku. then aku bercinta, bercinta, bercinta, bercinta lagi dan bercinta lagi lagi.

DAN AKU JUMPA MY FIRST LOVE.

siapa? maaf. aku tak boleh letak nama dia. nanti habislah aku. huhu. aku jumpa masa tingkatan empat. FORM4. asalnya, aku taklah suka dia. tapi entah kenapa dia semakin nampak menarik. ( sheesh, aku macam nak menangis bila teringat kebaikan dia pada aku ). dia...memang sangat baik. baik sangat. baik bagi aku dan bagi semua orang yang kenal dia. baik. sesuai untuk dia. aku bercinta dengan dia 10bulan. 10bulan yang bagi aku lama. 10bulan yang sampai sekarang aku masih ingat setiap yang berlaku. tipu kalau aku kata aku tak cemburu bila tengok dia dengan orang lain ( aku still contact dengan dia ). sheesh!

aku sangat jahat. aku tahu aku sayang dia tapi tak tahulah kenapa masa itu aku sanggup lukakan hati dia. aku cakap SESUATU YANG SANGAT BANGANG DAN SANGAT BODOH pada dia sedangkan bukan itu yang terlintas dalam kepala aku. my GOD! ( nak menangis ) dan kami berpisah sebab aku yang sangat bangang dan bodoh ini.

mesti korang rasa aku ini terlalu ramai lelaki kan? haha. iya. memang ramai tapi bukan semua lelaki yang aku bercinta itu aku sayang. hanya 3-4orang sahaja yang aku betul sayang. dan dia inilah yang pertama.

sekarang, aku terjumpa gambar aku dengan dia ini di celah-celah helai mukasurat novel lama aku. aku terkejut. terus tak jadi baca novel or nak belek-belek lagi. lama aku pandang gambar itu. MEMORY YANG MENGGEMBIRAKAN TAPI JUGA MENYEDIHKAN BUAT AKU. malam tadi pun aku tetiba mimpi dia. sheesh. kenapa ye? dan aku baru je jumpa dia ahad ritu sebab pergi wedding abang member kelas kami. dia dengan awek dia ( juga 1kelas dengan kitorang dulu ) dan aku dengan orang lain. seems weird but thats the truth. sheesh again..!

bukan bermaksud aku tak sayang dengan apa yang aku ada sekarang tapi bila terkenang segala benda yang berlaku dahulu, betul buat aku termenung panjang. aku sendiri tak pasti kenapa aku sibuk nak dengan orang lain padahal apa yang aku ada dahulu dah cukup baik untuk aku. tapi setiap apa yang jadi ada hikmahnya bukan? ( tenangkan hati sendiri ). hari ini pun birthday dia. haha. aku tak ingat pun tapi terpampang kat laman mukabuku aku. mesti pelik kenapa aku boleh baik dengan bekas teman lelaki kan?

ITU BUKANLAH SESENANG YANG KORANG FIKIR.

susah untuk baik dengan dia. dia benci aku. masa FORM4 dan FORM5 kan sekelas, so time form5 tu aku susah nak baik dengan dia. even bertembung depan-depan secara tak sengaja pun, dia daripada senyum boleh buat muka benci dan masam kat aku. sedih? sangat sedih. but its all my fault so have to accept la kan. lagipun benda dah lepas. hurm.

aku jadi messy dan miserable sekejap untuk hari ini sebab kan dia. aku perasan dia lain sikit bila dengan aku. even jumpa hari itu pun aku dengan dia tak pandang sangat muka kitorang antara satu sama lain. kenapa? aku ni pasal..err.. aku pun tak tahu kenapa aku tak boleh nak tengok dia lelama dan pandang tepat ke mata dia. mungkin inilah perasaan bersalah yang masih ada dalam diri aku walaupun dia dah maafkan aku dan kami sudah berbaik.

first love memang susah untuk dilupakan. tak diragui lagi. malah, tak keterlaluan kalau aku nak kata, jantung aku masih lagi berdegup walaupun tak sekuat dahulu. ( apa punya ayat la ni ). tapi hanya sikit je. aku sayang dia lagi tapi maybe sebagai seorang yang istimewa tapi bukan istimewa macam boyfriend ok. special case. =) ( banyak tapi lah pulak )

kalaulah awek dia merangkap kawan sekelas aku yang tak berapa rapat sangat dengan aku tu tau benda ni, mesti dia akan menjauhkan si dia itu daripada aku. sebab awek dia sendiri mengaku yang aweknya ini masih rasa cemburu dan tak selamat when i am around them. sheesh. nama pun sekelas kan? bila ada gathering, aku mesti ada. nak buat macam mana lagi..

tapi apa-apa jelah kan. hope kami jumpa bahagia yang kami cari. sekarang, aku dah tahu siapa FIRST LOVE aku. =)

korang dah tahu ke?

Sunday, June 10, 2012

apa-apa

0 rockerz komen
assalammualaikum.

hai. lama aku tak post kat blog kan. sorry. rasa malas sangat. em last time aku cerita pasal aku kerja kat TM kan? tapi aku dah tukar kerja since MAY 2012. aku tak tahan kerja sana. rimas dan sakit kepala. sekarang aku kerja kat HQ GOLDEN SCREEN CINEMA AS AN OPERATIONS ASSISTANT.

apa lagi ye? aku tak tahulah nak bagitau apa. emm aku agak busy sekarang sebab asyik attend wedding member2. bulan7 ada lagi dua majlis kena attend. bulan 9 pun ada. bulan8? heh itu kan time hari raya. aku berhari raya la. orang pun tak rajin nak buat wedding time raya. gila betul kalau kawen time raya. huhu.

aku dah lama xjumpa kengkawan aku. sibuk punya pasal. asyik ulang alik melaka-kl. ada lah jugak sebab kenapa aku asyik balik. malas nak bagitau sebab dah cover semuanya. ( tak paham maksud aku kan? aku pun macam tak paham huhu ). maybe raya jugalah aku baru jumpa kengkawan. hurmm dah kerja lagi susah nak lepak rupanya.

cinta? ini pun ok jer. si dia itu rajin hantar aku ambil aku kat kl. tak clash ngan waktu kerja dia kan. memanglah boleh huhu. tapi aku pun tak pernah lah paksa dia. tahu dia penat. emm. ini pun aku taklah nak beria-ia sangat. taknak jadi macam dulu. dengan ex mr hubby tu. nak menyesal dah tak guna. nak cakap menyesal pun melampau pulak. yang penting, aku bahagia seadanya dengan si lalink seorang ini. insyaAllah, kekallah hendaknya kali ini. dah tak lalu dan tak rajin nak mencari cinta lagi.

umur dah meningkat. beringat-ingatlah ye ATIQAH DAMHURI. jangan mensia-siakan apa yang ada. bersyukur itu penting!

Saturday, December 10, 2011

hati tertinggal

1 rockerz komen
assalammualaikum.

esok aku gerak KL. kerja baru kat TM as a PROFESSIONAL EMERGENCY OFFICER at KERINCHI. huh. isnin kena daftar. dapat job ini rabu lepas. and terus terima sebab ibu aku suruh. hati aku tak nak. tapi separuh kata nak sebab under government. 

tapi susahnya rasa nak bagitau pada si dia. merajuk dengan aku. katanya, selama ni kemana-mana sahaja pun dia dengan aku. even nak pergi beli air kelapa pun pergi sama-sama. potong rambut pun sama-sama. pergi kerja sama-sama. senang cerita, selalu jumpa even hari masing-masing cuti. tapi starting from tomorrow, semuanya berubah. so sad.

bukan dia seorang yang rasa apa yang dia rasa. aku lagi sedih. tapi life must go on. aku kata, tiap minggu aku turun melaka pun tak apa. tak pun dia datanglah KL time dia cuti. hehe. kena berkorban kan? kalau tak, bukanlah give and take namanya. tapi itulah. nak positif macam mana pun, bila dah hari hari last macam ini, nak nak pulak dia yang temankan aku pergi beli barang-barang, aku temankan dia untuk potong rambutnya ( tiap bulan dia tukar style rambut pasal rambut dia cepat panjang) rasa sedih tu semakin dirasa. 

HATI TERTINGGAL KAT DIA!!

sedihlah. tapi takpelah. boleh 3g dengan dia. =)