Tuesday, June 12, 2012

messy and miserable


assalammualaikum.

hari ini hari miserable bagi aku. kenapa? err.. macam mana nak terangkan ye.. aku dahulu sangat jahat. ( sekarang pun jahat jugak tapi dikurangkan ). jahat sampaikan aku sendiri dah rasa apa itu WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK. jahat kan? ermmm. biarlah aku terangkan dari awal kenapa aku sendiri dah gila boleh kata diri sendiri jahat.

aku start bercinta darjah 6. haha. jangan gelak. aku sorang je boleh gelak guling-guling. but please, jangan percaya itu adalah first love aku. if percaya, nampak sangat korang itu belajar je tinggi-tinggi tapi otak letak kat lutut ( kenapa aku rasa kata-kata aku kasar? =( ). itu bukan cinta pertama aku. then aku bercinta, bercinta, bercinta, bercinta lagi dan bercinta lagi lagi.

DAN AKU JUMPA MY FIRST LOVE.

siapa? maaf. aku tak boleh letak nama dia. nanti habislah aku. huhu. aku jumpa masa tingkatan empat. FORM4. asalnya, aku taklah suka dia. tapi entah kenapa dia semakin nampak menarik. ( sheesh, aku macam nak menangis bila teringat kebaikan dia pada aku ). dia...memang sangat baik. baik sangat. baik bagi aku dan bagi semua orang yang kenal dia. baik. sesuai untuk dia. aku bercinta dengan dia 10bulan. 10bulan yang bagi aku lama. 10bulan yang sampai sekarang aku masih ingat setiap yang berlaku. tipu kalau aku kata aku tak cemburu bila tengok dia dengan orang lain ( aku still contact dengan dia ). sheesh!

aku sangat jahat. aku tahu aku sayang dia tapi tak tahulah kenapa masa itu aku sanggup lukakan hati dia. aku cakap SESUATU YANG SANGAT BANGANG DAN SANGAT BODOH pada dia sedangkan bukan itu yang terlintas dalam kepala aku. my GOD! ( nak menangis ) dan kami berpisah sebab aku yang sangat bangang dan bodoh ini.

mesti korang rasa aku ini terlalu ramai lelaki kan? haha. iya. memang ramai tapi bukan semua lelaki yang aku bercinta itu aku sayang. hanya 3-4orang sahaja yang aku betul sayang. dan dia inilah yang pertama.

sekarang, aku terjumpa gambar aku dengan dia ini di celah-celah helai mukasurat novel lama aku. aku terkejut. terus tak jadi baca novel or nak belek-belek lagi. lama aku pandang gambar itu. MEMORY YANG MENGGEMBIRAKAN TAPI JUGA MENYEDIHKAN BUAT AKU. malam tadi pun aku tetiba mimpi dia. sheesh. kenapa ye? dan aku baru je jumpa dia ahad ritu sebab pergi wedding abang member kelas kami. dia dengan awek dia ( juga 1kelas dengan kitorang dulu ) dan aku dengan orang lain. seems weird but thats the truth. sheesh again..!

bukan bermaksud aku tak sayang dengan apa yang aku ada sekarang tapi bila terkenang segala benda yang berlaku dahulu, betul buat aku termenung panjang. aku sendiri tak pasti kenapa aku sibuk nak dengan orang lain padahal apa yang aku ada dahulu dah cukup baik untuk aku. tapi setiap apa yang jadi ada hikmahnya bukan? ( tenangkan hati sendiri ). hari ini pun birthday dia. haha. aku tak ingat pun tapi terpampang kat laman mukabuku aku. mesti pelik kenapa aku boleh baik dengan bekas teman lelaki kan?

ITU BUKANLAH SESENANG YANG KORANG FIKIR.

susah untuk baik dengan dia. dia benci aku. masa FORM4 dan FORM5 kan sekelas, so time form5 tu aku susah nak baik dengan dia. even bertembung depan-depan secara tak sengaja pun, dia daripada senyum boleh buat muka benci dan masam kat aku. sedih? sangat sedih. but its all my fault so have to accept la kan. lagipun benda dah lepas. hurm.

aku jadi messy dan miserable sekejap untuk hari ini sebab kan dia. aku perasan dia lain sikit bila dengan aku. even jumpa hari itu pun aku dengan dia tak pandang sangat muka kitorang antara satu sama lain. kenapa? aku ni pasal..err.. aku pun tak tahu kenapa aku tak boleh nak tengok dia lelama dan pandang tepat ke mata dia. mungkin inilah perasaan bersalah yang masih ada dalam diri aku walaupun dia dah maafkan aku dan kami sudah berbaik.

first love memang susah untuk dilupakan. tak diragui lagi. malah, tak keterlaluan kalau aku nak kata, jantung aku masih lagi berdegup walaupun tak sekuat dahulu. ( apa punya ayat la ni ). tapi hanya sikit je. aku sayang dia lagi tapi maybe sebagai seorang yang istimewa tapi bukan istimewa macam boyfriend ok. special case. =) ( banyak tapi lah pulak )

kalaulah awek dia merangkap kawan sekelas aku yang tak berapa rapat sangat dengan aku tu tau benda ni, mesti dia akan menjauhkan si dia itu daripada aku. sebab awek dia sendiri mengaku yang aweknya ini masih rasa cemburu dan tak selamat when i am around them. sheesh. nama pun sekelas kan? bila ada gathering, aku mesti ada. nak buat macam mana lagi..

tapi apa-apa jelah kan. hope kami jumpa bahagia yang kami cari. sekarang, aku dah tahu siapa FIRST LOVE aku. =)

korang dah tahu ke?

0 rockerz komen:

Post a Comment