Wednesday, November 16, 2011

hari sengih

0 rockerz komen
asssalammualaikum.

hari ini memang dah jadi hari aku tersengih since masuk kerja sampai habis kerja. sebab? masuk kerja nampak orang tersengih. eh tak. bukan. haha. semuanya gara gara FRONT PAGE HARIAN METRO KELUARAN 16 NOVEMBER 2011 yang bertajuk TOK IMAM 64 TAHUN BERKAHWIN GADIS 26 TAHUN. aku yang first nampak je dah terjerit malah panggil kak zue (kakak kerja) untuk sama sama baca bersaksikan wan yang sedang mengemas paper pagi tadi. huhu. kena ada saksi. nanti orang tak percaya. 

start dari situ aku dah tersengih je. yang paling panjang sengihan aku bila customer2 yang masuk meluahkan perasaan tak puas hati terhadap tok imam berusia 64 tahun itu dapat gadis 26 tahun. alahai dorang ini kan. bila dorang tanya aku (macamlah aku kenal baik dengan tok imam tu ataupun gadis 'bertuah' tu) seperti soalan soalan berikut..

mereka : u nak ke kalau u yang jadi pempuan tu?
  
aku : (jawab jela) kalau boleh dielakkan (memang akan elak sebab tak nak ibu kena heart attack)

mereka : macam manalah that girl boleh setuju. tak paham betul. (ayat penyata tapi aku tau dorang nak aku balas ayat dorang)

aku : dah jodohlah tu (senyum)

mereka: haiya! mana boleh cakap dah jodoh. tak masuk akal. tak logiklah!

aku: sengih je

yang kelakarnya, dah tahu jawapan DAH JODOH itu adalah jawapan biasa dan tak masuk akal dan logik, pergi tanya aku jugak kenapa? cet! nak puaskan hati lah tu.. huhu.. penat jugak nak bersoal jawab sambil sengih2 and senyum2. nak marah tu pelanggan. alahai. biar jelah kan. bukan atok tu kahwin ngan sedara mara korang. bau bau bacang pun jaoh sekali. haha.kalau nak fikir pasal tak masuk akal dan tak logik, benda dah jadi pun kan. huhuhu. tapi memang pelik. kenapalah permpuan tu sanggup kahwin dengan atuk tu ek?

tak kesahlah. huhu. oh ye nak share something. aku dapat hadiah hadiah daripada kawan kawan kerja. so sweet! ada bagi bunga, coklat, teddy bear, bunga ada teddy bear yang pakai topi konvo and belanja makan. sheeesshh! terharu lah jugak. my dear lalink bagi apa? cukuplah aku seorang yang tahu. hahaha. and korang juga tahu bahawa dia dah bagi hati dia pun dah cukup bagi aku. that's more than enough. ( sweet smile )

and pasal hal aku dengan MOHD RAQIB MOHD NASIR tu, ibu aku dah tahu. dia tanya kenapa. aku kata aku yang curang. malaslah. baik dorang nampak salah tu kat aku. lagipun ex aku tu pun kata semuanya salah aku. so salah aku lah. MEMANG AKU YANG BERSALAH. puas hati kan? aku memang suka orang nampak aku jahat. ex aku tu baik. tu pasal lepas dua hari putus terus ada awek. awek pulak kawan baik sendiri yang aku curigakan sangat tapi senyapkan je. (nampak tak aku memerli sebenarnya? haha. memang sengaja! ). sorry but no sorry ( muka kerek )

aku dengan my dear lalink tu, ikut suka hati aku nak bagitahu kitorang ini kekasih ke teman tapi mesra ke kawan baik ke apa ke. tak payah nak tahu sangatlah ek. RIMAS! bila dapat jemputan kahwin, baru boleh menyibuk. haha. k la. nak out. 

salam.