Saturday, December 10, 2011

hati tertinggal

1 rockerz komen
assalammualaikum.

esok aku gerak KL. kerja baru kat TM as a PROFESSIONAL EMERGENCY OFFICER at KERINCHI. huh. isnin kena daftar. dapat job ini rabu lepas. and terus terima sebab ibu aku suruh. hati aku tak nak. tapi separuh kata nak sebab under government. 

tapi susahnya rasa nak bagitau pada si dia. merajuk dengan aku. katanya, selama ni kemana-mana sahaja pun dia dengan aku. even nak pergi beli air kelapa pun pergi sama-sama. potong rambut pun sama-sama. pergi kerja sama-sama. senang cerita, selalu jumpa even hari masing-masing cuti. tapi starting from tomorrow, semuanya berubah. so sad.

bukan dia seorang yang rasa apa yang dia rasa. aku lagi sedih. tapi life must go on. aku kata, tiap minggu aku turun melaka pun tak apa. tak pun dia datanglah KL time dia cuti. hehe. kena berkorban kan? kalau tak, bukanlah give and take namanya. tapi itulah. nak positif macam mana pun, bila dah hari hari last macam ini, nak nak pulak dia yang temankan aku pergi beli barang-barang, aku temankan dia untuk potong rambutnya ( tiap bulan dia tukar style rambut pasal rambut dia cepat panjang) rasa sedih tu semakin dirasa. 

HATI TERTINGGAL KAT DIA!!

sedihlah. tapi takpelah. boleh 3g dengan dia. =)

 

Wednesday, November 16, 2011

hari sengih

0 rockerz komen
asssalammualaikum.

hari ini memang dah jadi hari aku tersengih since masuk kerja sampai habis kerja. sebab? masuk kerja nampak orang tersengih. eh tak. bukan. haha. semuanya gara gara FRONT PAGE HARIAN METRO KELUARAN 16 NOVEMBER 2011 yang bertajuk TOK IMAM 64 TAHUN BERKAHWIN GADIS 26 TAHUN. aku yang first nampak je dah terjerit malah panggil kak zue (kakak kerja) untuk sama sama baca bersaksikan wan yang sedang mengemas paper pagi tadi. huhu. kena ada saksi. nanti orang tak percaya. 

start dari situ aku dah tersengih je. yang paling panjang sengihan aku bila customer2 yang masuk meluahkan perasaan tak puas hati terhadap tok imam berusia 64 tahun itu dapat gadis 26 tahun. alahai dorang ini kan. bila dorang tanya aku (macamlah aku kenal baik dengan tok imam tu ataupun gadis 'bertuah' tu) seperti soalan soalan berikut..

mereka : u nak ke kalau u yang jadi pempuan tu?
  
aku : (jawab jela) kalau boleh dielakkan (memang akan elak sebab tak nak ibu kena heart attack)

mereka : macam manalah that girl boleh setuju. tak paham betul. (ayat penyata tapi aku tau dorang nak aku balas ayat dorang)

aku : dah jodohlah tu (senyum)

mereka: haiya! mana boleh cakap dah jodoh. tak masuk akal. tak logiklah!

aku: sengih je

yang kelakarnya, dah tahu jawapan DAH JODOH itu adalah jawapan biasa dan tak masuk akal dan logik, pergi tanya aku jugak kenapa? cet! nak puaskan hati lah tu.. huhu.. penat jugak nak bersoal jawab sambil sengih2 and senyum2. nak marah tu pelanggan. alahai. biar jelah kan. bukan atok tu kahwin ngan sedara mara korang. bau bau bacang pun jaoh sekali. haha.kalau nak fikir pasal tak masuk akal dan tak logik, benda dah jadi pun kan. huhuhu. tapi memang pelik. kenapalah permpuan tu sanggup kahwin dengan atuk tu ek?

tak kesahlah. huhu. oh ye nak share something. aku dapat hadiah hadiah daripada kawan kawan kerja. so sweet! ada bagi bunga, coklat, teddy bear, bunga ada teddy bear yang pakai topi konvo and belanja makan. sheeesshh! terharu lah jugak. my dear lalink bagi apa? cukuplah aku seorang yang tahu. hahaha. and korang juga tahu bahawa dia dah bagi hati dia pun dah cukup bagi aku. that's more than enough. ( sweet smile )

and pasal hal aku dengan MOHD RAQIB MOHD NASIR tu, ibu aku dah tahu. dia tanya kenapa. aku kata aku yang curang. malaslah. baik dorang nampak salah tu kat aku. lagipun ex aku tu pun kata semuanya salah aku. so salah aku lah. MEMANG AKU YANG BERSALAH. puas hati kan? aku memang suka orang nampak aku jahat. ex aku tu baik. tu pasal lepas dua hari putus terus ada awek. awek pulak kawan baik sendiri yang aku curigakan sangat tapi senyapkan je. (nampak tak aku memerli sebenarnya? haha. memang sengaja! ). sorry but no sorry ( muka kerek )

aku dengan my dear lalink tu, ikut suka hati aku nak bagitahu kitorang ini kekasih ke teman tapi mesra ke kawan baik ke apa ke. tak payah nak tahu sangatlah ek. RIMAS! bila dapat jemputan kahwin, baru boleh menyibuk. haha. k la. nak out. 

salam.    

Sunday, October 30, 2011

betul punya konvo.

0 rockerz komen
salam.

aku konvo hari sabtu bersamaan 29 OKTOBER 2011 di UITM SHAH ALAM bertempat di dewan TUANKU CANSELOR. cet. punyalah letih naik tangga tinggi itu. tapi ini bukanlah apa yang aku nak cerita kat you all pun. ada cerita yang lagi menarik and maybe agak meletihkan kot. haha. letih untuk aku sebab konvo ini betul betul mencabar kesabaran dan kewibawaan aku!

alkisah..

sidang aku sidang petang. so kena park kat giant seksyen 7 shah alam and naik bas dari situ. heh, punyalah banyak orang beratur. nasibla banyak bas. sebelum pergi giant, ada nampak orang jual bunga-bungaan kat tepi jalan. mata dah bulat dan bersinar-sinar je. lalu dengan suara yang lembut aku pun bersuara:

aku: ibu, adik nak bunga.

ibu: nak buat apa?

aku: (dalam hati kata nak buat main bowling) ala untuk konvo la. tengok tu semua mak bapak dorang belikan bunga. adik takde pun.( suara sedih)

ibu: (teros berhenti tepi jalan untuk belikan bungalah)adik nak bunga mana?


aku: nak yang bouquet die kaler pepel (mata cari dan jumpa tapi tak lawa)


ibu: ni lawa. sume kaler ada. sesuai ngan baju adik


aku: ok (sambil sengih comel)


aku dapat bunga ok! hahaha. alah mestilah dapat kan. nama pun konvo. then ibu tanya soalan baikkkkk punya!

ibu: akip tak datang and tak bagi bunga ke?

aku: (dah buat muka tapi ibu tak nampak. yelah ibu bukan tau mamat tu curang ngan aku) tak datang pun. adik bukan kepentingan dia lagi. bunga tu baik dia bagi kat orang lain.

ibu dah senyap. ibu tak tahu lagi aku dah putus dengan mamat tu. hurm malaslah nak bagitau. nanti lama lama ibu taulah. lagipun bukan aku yang ada orang lain dulu. nasiblah ada my dear lalink yang sedia temankan aku dengan mesej sahaja. baiklah ada dia. huhu. siapa lalink? SORRY. memang takkan diberitahu. kali ini segalanya dah jadi BIARLAH RAHSIA. HAHA!

naik bas dah sesak. sampai uitm, sesak gila nak mampus! memang sesaklah kalau dah sampai 2ribu lebih graduan. cet! beratur apa semua. dengan topi konvo kejap kejap kena langgar. hadoilah. mahu je aku campak topi tu. huhu. jubah konvo pun besar padahal saiz XS ni. eeeeiii! sabar jelah!

duduk dalam dewan, kena tunggu sampailah giliran naik pentas. no aku 412 pulak tu. sheessh! berdebar gila seh time kena panggil untuk beratur kat luar dewan tu. tiba tiba ada abang hensem betolkan topi aku dan bulu kat topi tu. aku dah terkedu kejap. abang tu kata:

abang tu: tak betol ni awak punya kedudukan topi dan bulu topi ni.

aku: gigit bibir dan diam je. huhu. dalam hati dah rasa nak terlompat keluar anak tekak. dahlah cuak nak amik sijil sat gi atas pentas, boleh pulak abang hensem tu betul2kan topi aku. menggigil lah kejap. haha

naik pentas, dah rasa muka tak leh senyum tapi ku senyumkan jugak. haha. nama ATIQAH BINTI DAMHURI disebut dengan kuat dan lantang. oh god! dah macam nak pengsan tapi mana rare gua pengsan? senyum comel tu kat naib canselor haha! kotlah dia terpikat dengan aku, boleh jadi menantu kalau dia ada anak lelaki ( aku agak menggatal sejak single ni). bukan nak jadi bini dia ok! werk!!

pastu rela terpaksa je duduk kat kerusi sambil tengok je satu persatu orang naik pentas amek sijil. haisy! sampai kol530petang. ingatkan dah habis. si naib canselor tu boleh bersyarah panjang lah pulak! hailoh hailoh.. cancel lah nak jadi menantu. nanti kot dah jadi menantu, entah bila aku dapat tidur pasal kena dengar ceramah dia. haha. habis je kol6petang, aku cari ibu, pakcik and wawa and amek gambar. photoshoot beb! dah rasa macam model kejap. perasan kejap aku macam comel. hehe. 

mana gambar? erm nantilah upload. haha. penat tau. badan dah tak larat gila. nasiblah my dear lalink tu faham and asiklah mesej suruh relax and jgn tensen2. ceh! agaknya kalau dia ikot, dia yang tensen and aku yang kena tenangkan dia. haha! tak sempat langsung nak bergambar ngan kengkawan. sedih tol! takpelah. nak buat macam mana. sidang petang ini macam kelam kabut sikit. eh! bukan macam lagi. memang kelibut habis! huhu.

kepada kengkawan, aku mintak maaf sesangat coz tak dapat jumpa korang langsung sepanjang hari raptai aku dan hari konvo aku. memang masa tu mencemburui hubungan kita. hahaha. maybe bulan depan aku turun KL lagi. doakanlah gaji aku banyak ek. haha. my dear tu pesan, jaga diri elok2 and jangan menggatal. kalaulah dia tahu scene abang hensem tu dengan aku tadi, entah apa lah jadi.

oh yes. aku belajar daripada kesilapan yang lalu. bahwasanya aku memang caring giler about the new ehem ehem aku tu. coz ex aku tu kata aku ini membiarkan dia sehinggakan si gf dia sekarang jadi pengganti aku. well. aku tak perfect. hope pasni mintak mintak dorang putus coz dorang bina hubungan daripada tiap titis air mata aku yang mengalir tiap malam selama seminggu! haha. 

k la. nak out. malam ni keje. before kerja nak date kejap. haha. sayang korang!   

Tuesday, October 25, 2011

konvo

2 rockerz komen
salam.


arini aku kat KL. ada raptai konvo. gerak sejak semalam iaitu selasa dan tidur rumah bapak aku kat shah alam. aku pergi dengan my dear lalink and cik tini. hahaha. my dear lalink tu sapa? eh mana boleh bagitahu. ngeee. ingat aku akan sedih lama lama ke? nehi never! disebabkan ex aku dulu dah ada awek, so aku sedang ingin bercinta kembali la ni dengan orang lain.


have fun? sure! haha!


so pas raptai konvo ni nak pergi jenjalan kejap. maybe jumpe kawan2 if sempat. rindu giler kat almas liyana!!! ok lah. tata,

Tuesday, October 18, 2011

abang GARDENIA!!

0 rockerz komen
salam.

aku keje memang happening giler. orang kata aku happy go lucky punya person. haha. apa2 jela kan. dengan semua vendor (orang2 yang hantar barang kat tempat kerja. example: roti) pun aku boleh layann je. tapi insiden ini paling lawak la setakat ini. BAGI AKU.

aku otw nak pergi kerja petang time itu. masuk keje pukul 3petang. lalu kat traffic light yang akan ke jalan besar. senang cerita yang akan ke highway la. tempat kerja aku ini dah dekat2 dengan bandar je. lampu merah so aku berhenti. punyalah lama so aku tengok sekeliling aku. aku naik skuter comel aku time ini. 

tengok punya tengok.

ehh!! macam kenal je. aku pun bukak visor helmet and pandang si dia dengan mata aku yang tak berkelip langsung. nak pastikan punya pasal lah. haha. bila dah sure and dia pun pandang aku macam kenal tak kenal, teros aku jerit kat situ gak.

ABANG GARDENIA!!

haha. aku panggil dia ABANG GARDENIA OK! sewel aku ini. aku lupalah nama dia. dia selalu hantar roti kat tempat kerja aku hari sabtu or ahad je. hari lain orang lain yang anta. dia pun teros gelak bila pandang aku and aku yang memang dah gelak, terus sembang2. sembang2 dekat traffic light tengah-tengah panas buta tau! peramah tak ingat aku ini. hahaha.

abang tu kata dah lama tak nampak aku. cet! memanglah. aku kan kerja petang and malam je sekarang. susah nak nampak muka aku kerja pagi la ini. orang2 sekeliling dah pandang kitorang. eleh! jelezla itu pasal korang tak ada kenalan dengan abang gardenia kan? blueerrrkkk!!! haha

traffic light nak hijau, aku terus ucap salam and suruh abang tu bawa lori roti elok2 and jaga diri elok2. satu benda yang dah sebati dengan aku, aku memang akan sentiasa pesan dengan semua orang untuk jaga diri even dengan bos aku pun. bos besar lagi tau! huhu. (bos besar aku ada dua. MR CHONG+ENCIK ISKANDAR. dorang ini pun mereng jugak hahaha)

aku happy? happy jela. hidup dah single kan. nak menggatal pun dah tak ada hal punya. hahaha. tapi not available la ye. hati aku kat orang lain. bila entah dia nak pulangkan hati aku. konon nak buat harta hak persendirian lah tu! tak sedar agaknya hati aku tu hak aku seorang diri je. huhu.

ok la. abang gardenia punya pasal aku tulis blog  ini. hahaha. nak out lah. salam.

Tuesday, October 11, 2011

kami tak bersama

0 rockerz komen
salam.

aku tak ada mood. sorry da lame tak update. ini the latest story. disebabkan segala perkara yang terjadi sehinggakan hubungan itu putus, segalanya dengan dunia maya aku putuskan kecuali blog ini. mungkin kerana blog ini satu2nya tempat aku luahkan segala apa yang aku rasa.

tak perlu cerita kenapa dan mengapa kami tiada apa-apa. dia, mr hubby, not my mr hubby anymore. i am not his honey too. he longer to his family so do i. tapi pelik sangat bila dia tak ada. salah aku sebab abaikan dia dan sibuk dengan kerja. salah aku sebab tak faham kesunyian dia. salah aku sebab.. entah aku dah lupa. banyak yang dia lontarkan segala ketidakpuasan hatinya. dan aku hanya telan semua. 

I AM NOT IRON LADY NYMORE.

blog ini dah jadi qesah iqa. yes, kesah diri aku. bukan that iron lady. aku sayang dia tapi terpaksa melepaskan. dia sayangkan aku? ( senyum ) kita tawakal jelah kan. tak sama apa yang aku rasa sekarang. entahlah. mood pun selalu berubah. tekanan darah aku jadi rendah. doctor suruh aku tak payah marah2 sangat. nanti boleh pitam. betullah kata dia. dia pun cakap benda sama. tapi dia tak tahu pun aku ada tekanan darah rendah. aku tak nak risaukan dia.

sekarang ini bila aku bekerja, mood aku asek swing. bila swing, kepala aku start pening. dizzy gler! sampai nak pitam tapi tak pernah lagi aku pitam. itu yang terbaring beberapa jam. nasiblah ada kawan sekerja yang memahami. aku tak boleh marah-marah, tak boleh terlalu tensen, tak boleh fikir sangat. tapi nak buat macam mana kan? bila dia dah tak ada, memang aku asyik fikir. malam-malam menangis. heh! sappy. that's why i am not iron lady 'nymore. =)

kami dah tak bersama. lain walaupun hari2 contact. lain sangat. feel tu tak sama. dan bila dia kata rasa sayang tu dah tak sama, aku sentap sangat. oh ok. dah tak sama. =(

rasa macam nak quit hidup tapi aku takut dosa. takut sangat! so move on jelah slow2. nak tukar no phone tapi dah ramai tahu no yang aku guna sekarang. even pihak uitm pun tahu no yang sekarang. susah betol. kalau dia dah ada pengganti aku, memang betul aku terus tukar. aku takkan guna lagi nombor sekarang. itu tekad aku. aku rasa dia macam hepi je bila aku tak ada. ke itu perasaan aku je? huhu. ( kena fikir positif kan?)

ok lah. nak out.

Saturday, August 6, 2011

adik sayang kakak.

1 rockerz komen
assalammualaikum.

maaf sebab dah lama tak update blog ni. serasa macam dah berbulan blog aku tak diupdate. banyak benda berlaku, banyak benda terjadi sampaikan aku memang tak ada masa langsung langsung dah nak menaip. dengan kekangan kerja, hal hal peribadi, memang tak ada masa nak curi2 untuk update blog. maaf sekali lagi dipinta. 

24 JULAI 2010

sampai mati aku takkan lupa tarikh kat atas tu. sebab tarikh itulah bermulanya kehidupan seorang adik tanpa kakaknya, kehidupan seorang ibu tanpa anak sulungnya dan kehidupan seorang abah tanpa anak gadis pertamanya. arwah kakak aku meninggal dunia jam 530pagi. waktu dah nak subuh. tak perlulah aku cerita kenapa arwah meninggal. biarlah rahsia itu menjadi rahsia keluarga, saudara mara dan sahabat terdekat. tapi sumpah aku cakap, aku amat sayangkan arwah. kakak, adik sayang kakak. akak tahu kan yang adik sayang akak? 

family panggil aku adik. even aku ada adik pun, adik aku pun panggil aku adik. tak boleh nak ubah dah. dah biasa. setiap orang yang memanggil aku, cara panggilan diorang berlainan. macam arwah kakak aku. aku masih ingat dan terngiang-ngiang lagi macam mana dia panggil aku bila dia tengah gembira, bila dia tengah dalam mood nak sakat aku, bila dia tengah marah gila-gila kat aku, bila dia tengah sedih dan bila dia panggil aku tapi hanya memandang aku. adik, adik, adik, adik dan adik. tapi semua tu dah takkan ada lagi. sebab, kakak aku dah pergi...

kakak, adik mintak maaf sangat3 dari hujung rambut sampai ke hujung kaki sebab kita bergaduh tak bercakap langsung dari akhir bulan 5 sampai awal bulan 7  hari itu. adik ada sebab yang akak pun tahu kenapa adik macam itu. akak degil sangat sangat. adik dah kata adik tak sedap hati dengan kawan akak itu tapi akak degil. adik dah kata lama dah. lama sebelum kawan akak tu datang rumah. lama sangat. tapi kenapa akak tak faham dan degil? akak, selama ni mungkin akak tak nampak adik sayang kat akak tapi akak mesti tahu kan yang adik jarang hampakan akak. adik ingat lagi yang akak pernah tanya:

dik, kalau aku meninggal kau sedih tak?

jawapan adik masa tu:

bodohla kau ni kak! aku tak suka soalan kau!

dan akak gelak beria-ia. tapi sudahnya, bila jadi macam ni, adik sangat sedih. akak tahu kan adik tak ada sesapa selain akak? akak lah yang tahu apa yang selama ni adik rasa. akak tahu bila masa masanya adik sedeh kalau tiba tiba ibu marah marah. akak tahu yang adik suka sorokkan diri bila menangis. akak tahu belikan apa yang adik suka bila adik balik rumah bila cuti semester tiba. akak tahu untuk masakkan lauk kegemaran adik bila adik nak pergi kerja. akak tak pernah merungut bila adik suruh hantar lauk kat tempat kerja adik. dan akak.. akak tahu tak yang adik nak belanja akak makan PIZZA HUT sempena gaji pertama adik tapi duit gaji pertama tu rupa rupanya adik laburkan untuk kematian akak? adik kemas balik bilik kita. adik cat kelabu sempena warna kesukaan kakak dan ungu sempena warna kesukaan adik. macam yang kita pernah rancang sebelum ini. akak tahu tak betapa sedihnya adik bila adik yang mengemas tapi kakak tak ada? its hurt me very bad, sis. =(

kakak, setakat ini adik tak pernah gagal hantarkan doa doa untuk akak. adik tak nak akak terseksa kat kubur. adik nak akak tenang  je sebab itu jelah yang mampu adik bagi sekarang. akak pernah cakap 'sedih kan dik bila kat akhirat nanti kita tak kenal satu sama lain? aku mesti rindu kau'. dan akak, adik dah terasa kesedihan itu. tapi kita mesti jumpa balik kat akhirat, dunia yang kekal itu, kak! kita mesti jumpa balik sebab adik nak cakap kat akak yang adik sayang sangat sangat kat akak dan adik dah lama pendam rindu kat akak sejak akak pergi tinggalkan adik! adik nak peluk akak sampai tak nak lepas. kak, aku rindu kau.. 

kak.. adik harap akak tabah di sana. kuatkan semangat. adik tak dapat nak bayangkan kalau akak terseksa. terasa sakit sangat. kita pasti berjumpa lagi di sana. adik harap, akak tunggulah adik. ramai kata adik boleh anggap diorang macam kakak sendiri tapi diorang tak tahu bahawa tak sama akak sendiri dengan akak orang lain. akak je yang tahu adik macam mana. dan adik hanya ada seorang kakak. adik tak perlukan kakak yang lain walaupun akak dah pergi tinggalkan adik.

kak, adik sayang sangat sangat kat akak. adik malam kelmarin dan malam tadi, adik ada dengar suara akak panggil adik kat dapur dan bila adik pergi, akak tak ada. masa tu, hati adik sedih teramat sangat. orang kata, bila arwah meninggal dunia, selama 44hari dia masih berada di rumah memerhatikan kita. kak, kalau betullah, adik tahu yang akak mesti tahu bahawa adik teramat rindu dan sayang kat akak. akak tahu macam mana adik menangis seorang diri kan? tapi adik tak nangis teruk sebab adik tak nak akak terseksa. kak, adik sayang kakak. adik sayang kakak. walaupun akak dah tak ada, adik sayang kakak.

adik sayang kakak.    

Wednesday, June 1, 2011

POLIGAMI tak salah.

0 rockerz komen
assalammualaikum.

POLIGAMI. sumpah aku pun takot dengan si poligami ini padahal ia tak buat pepe kat aku pun. tapi aku still takot. korang pun takot gak kan? maksud aku, pada korang korang yang berjantinakan perempuan or female. pada yang sengaja menukar jantina ke female, tak termasuk dalam golongan yang takot pasal benda alah ni k. hehe.

errr...

kenapa tiba tiba poligami? em. sebab teringat. teringat pada apa yang my mummy tanya bulan lepas time makan pizza hut. agaknya disebabkan my mummy dah bosan tunggu order yang tak sampai sampai (pizza hut kat jusco besar melaka tu memang sangat lembap and i swear takkan jejak dah kat situ!) itulah pasal boleh tanya soalan cepu gangsa kat anak dara suntinya yang comel ini. 

ibu: kalau akip tu nak kawen lain macam mana?

kawan kawanku sekalian, dulu dululah kan, aku mengingatkan tentang sikap dan perangaiku yang terlalu degil waktu dulu dulu itu, sebaik sahaja orang tanya soalan ini pada aku, yakni mana mana orang pun eventhough yang tanya aku itu sultan (sultan kan banyak bini *i think*) aku akan jawab CERAIKAN AKU DULU. PASTU KAU NAK KAHWIN LAIN, KAU PUNYE HAL. well, itulah jawapan lazim oleh ramai perempuan di dunia ini.

ye kan? 

siapalah yang bengap sangat nak bermadu dan berpoligami dan berkongsi suami dan bertimbang rasa sangat untuk dapat payung emas? siapa? lainlah kalau memang si suami itu tersangat-sangat baik, jujur, alim, cukup syaratlah senang cerita macam RASULULLAH s.a.w tu. masalahnya, dunia sekarang bukan macam dunia zaman dulu. lelaki sekarang bukan macam lelaki zaman dulu. and yet, perempuan sekarang pun bukan macam perempuan zaman dahulu kala. errr.. i mean, time kite kite remaja dulu lah kan.

oh. aku dah melalut jaoh.

so korang nak tahu tak apa jawapan aku masa my mummy tanya soalan cepu gangsa itu kat aku? aha!

aku: *muka selamba* kahwinlah kalau dia nak. asalkan boleh bagi adik rm50 ribu sebulan dan cukup pakai minum segala, i dont have any forbidden. 

cewah cik tiqah! dont have any forbidden konon! dalam hati aku masa itu, kalau nak kena ganyang dengan aku, tryla buat. hahaha! but serius, aku serius jugak dengan jawapan itu. ikhlas dari hati. lebih lebih lagi tang 50ribu tu. ngeee. yelah. kalau nak bagi aku makan minom and apa apa yang aku mintak before die ada another wife pun tak boleh, korang ingat boleh ke dia buat if he had another wife? tentu saja tak boleh kan? apa? 50ribu terlalu banyak? ohhh.. korang jangan fikir masa sekarang ye kengkawan. tolong fikir nilai duit itu untuk masa depan nuuuuunnnnn jaoh itu. silap haribulan, 50ribu tu dah macam 50ringgit. who knows? *angkat angkat kening*

ohhh ye... poligami itu memang tak salah beb. sumpah tak salah. dah benda ini ALLAH juga yang bagi permission pada agama ISLAM kan. tapi benda macam inilah yang selalu disalahgunakan oleh orang yang berjantinakan lelaki or man itu. 

kenapa?

hala! time nak kahwin, konon kata segalanya masih sama macam dulu, alah, benda  benda bab kasih sayang, harta apa kejadah tu semualah kan, then akan berlaku adil antara para isteri (ayat klise orang lelaki yang gatal nak kahwin lain) and of course, sayang tu langsung takkan berubah malah makin bertambah sebab kita ini faham keinginan dan kehendak dan keperluan diorang. heh? kehendak? keinginan? keperluan?

kan dah salah tu!

RASULULLAH kahwin banyak sebab membantu para wanita yang memerlukan bantuan. lelaki diberi keizinan untuk kahwin 4orang pun untuk membantu wanita yang lemah macam janda ada anak ramai dan dalam keadaan susah ke, wanita miskin yang buta atau cacat anggota ke, anak yatim piatu ke, apa apa jelah yang menjuruskan kepada keadaan yang LEMAH itu. tapi lelaki? 

tak. aku bukan nak salahkan lelaki.

tapi cara diorang dan niat diorang. macam aku taip kat atas tu tadi. before nak kahwin itu, macam macam dijanjinya kat kita bagaikan bulan itu pun boleh dicapai nak bagi kat kita ni ha. dah kahwin, heh, janji ke mana, dia ke mana dengan bini baru, kita ke mana terkontang kanting. inilah yang dikatakan, dah beri betis nak peha!

hehehehe.

aku rasa mungkin para lelaki yang membaca ni akan marah sakan kat aku. but please, this is the fact. fact about mens. tapi betul jugak, tak semua lelaki macam itu. tapi sebagai perempuan, sebagai seorang gadis yang akan menjadi isteri kepada seorang lelaki suatu hari nanti, one fine day, akan jadi takot benda benda camni. jadi, aku dah fikir masak masak sampai hangus. 

haha

kalau laki aku nak kahwin lain, kahwinlah. tapi kalau lepas tu nafkah zahir tak bagi betul (batin tu rasanya tak payah nak ragulah kan. typical mens *sinis*) mintak fasakh je. sayang tak sayanglah kan. poligami yang paling penting ialah ADIL. kalau kau tak adil, tak payah nak menggedik nak berpoligami. buat tambah dosa yang sedia ada je. 

hah ok lah. aku nak balik rumah. nak layan MOVIE KOREA AND HINDUSTAN.hahahaha. sayang korang!    

Tuesday, May 31, 2011

lawak

2 rockerz komen
assalammualaikum.

aku: b syg nee x?

die: syg.. np?

aku: syg cmne?

die: syg cm nee syg b la.. em nee syg b x?

aku: syg sesangat.. np?

die: kalau camtu, bagi b pegi berak kejap boleh.. ngeee

aku: teros gelak guling guling sampai jatoh katil. hahahaha

korang rasa korang akan gelak atau serius jugak muka korang? ngeeee.. sorry hubby. siapa suruh wat lawak memalam cenggitu. memang sy ingatla. tata. sayang korang! =) 

Monday, May 30, 2011

PARKSON&J-CARD DAY SALE..

0 rockerz komen
assalammualaikum.

short story jela kali ini. hari jumaat lepas memang sakanlah shopping lagi. err... aku bukan banyak duit ye. tapi my mummy yang banyak duit. kalau aku banyak duit, sudah kubeli novel novel kesayanganku. *sedeh jap* tapi takpe! lupakan hal novel yang tak mampu dibeli itu. masok mode hepi je k.. =)

at PARKSON. mak aih!! aku tengok macam lautan manusia yang dah membanjiri si parkson ini. pegi sana, orang ramai. pegi sini, orang ramai. pegi hujung, orang ramai. pegi tengah, orang ramai. ohhh.. aku dah start senyum dan my mummy dah start bagi warning:

'you are not allowed to ask anything from me. clear? if not, make it clear to yourself.'


aku cebik dan bidas (almaklumlah,aku ini suka bercakap):

'adik tak faham apa ibu cakap.'

hahaha! my mummy jeling dan jalan. tak heran pun. kakak aku sengih sebab sukalah dia tak kena warning dengan ibu. yelah, kakak tak beli langsung langsung barang barang since the day yang beli beg itu. ibu ada offer jugak kat dia tapi dia tak nak. katanya, nak beli yang kat parkson ini. (aku dah menyampah sebenarnya sebab beli lagi awal) adik aku pulak bagaikan batu api dan musuh dalam selimut. ikut sama jeling dan jalan dengan my mummy. cet! kau jangan mintak coolblog dengan aku pasni!

and my mummy beli kasot baru untuk dirinya sendiri. adik aku dapat beg dan baju (oh sangat tak suka!) dan kakak aku dapat beg juga (sama level dengan aku coz aku pun dapat beg je.hehehe). beli baju untuk anak2 buah aku yang seramai tiga orang itu tapi si BABY dapat lebih sebab dia comel. huh? sangat tak logik alasan itu kan? korang giler if korang caye. hahaha. tak. bukan sebab comel. tapi sebab BABY DAN ADAM dah jadi anak yatim. tiada ibu tersayang di sisi. jadi, dia dibelikan lebih. wait. bukan ADAM tak dapat sama level (adam=abg baby) tapi dah terlebih beli baju dia time kat pahang ritu. =)

aku? sangat cool. yeah. cool. aku tak bentak bentak punya orang lah. time tengah makan MARRYBROWN ( aku makan MCD sbb tak layan THE UNDELICIOUS MARRYBROWN) aku cakapla:

'adik ada butik JEEP tadi. baju lelaki murah2.'

my mummy teruja! afta makan, teros pergi butik itu. time my mummy belek baju lelaki, aku pergi tengok jeans2 baru kat situ. untuk pengetahuan korang, aku amatlah jarang membeli si jeans ini sebab bukan minat aku. tapi mungkin disebabkan jaranglah, aku try nasib aku dengan berkata begini:

'ibu, adik nak seluar jeans ni boleh tak? tahun lepas tak dapat pasal promoter tu takde.' *muka innocent*

*ibu pandang aku* 'seluar mana?'

aku simpan senyum dalam hati. hahaha. *muka jahat* tadi kata tak boleh mintak apa apa? ibu ini tak tetap pendirian betul. aku pura pura belek seluar jeans lagi padahal aku dah minat dengan satu jenis ni.

'ini boleh ke? lawa tak? harge..*sambil tengok harga* RMdotdotdot.. boleh tak?'

'ambek jelah.'

kakak aku dah pandang tajam. dia tahu aku cendekel kali ini. ah biarlah. aku tak ada duit. aku tak kerja lagi. aku belum kahwin lagi. makanya, aku dalam tanggungan sang ibu kan? hehehe. pandai aku bab bab ini ek. so aku dengan senang hati ambil jelah seluar yang aku berkenan. thanks mum!!

j-card day. hari itu aku boleh lupa pulak jcard day. hadoi! lepas je pergi parkson and balik rumah, aku dan kakak bergegas pergi jusco pulak dengan menaiki skuter comelku. oh yeah, with my dearest scooter! kau gila nak pergi j-card day naik kereta? alamatnya, memang sampai esok kau tak dapat parking tau!masuk jusco je, kepala aku jadi pening kejap. ini orang ke hapa?? dah pukul 10 malam dah tu weh. apasal korang tak blahh lagi dari jusco ini??

for yours information, j-card day hanya sehari sahaja dan beroperasi dari jam 8pagi-12malam. mau taknya orang ramai! coolblog pun bukak sampai kol12. heh. sangat berterima kasih sebab aku teros pergi beli coolblog dulu sebelum mulakan sesi penjelajahan aku. hehehe. dipendekkan cerita, aku membeli kasoh tinggi yang bukan tumit tinggi itu ye. no no no. aku bukan minah high heels. tapi akan datang, maybe yes. ngee! tapi aku beli kasot wedges. kaler hitam. lawa seh. tengah offer. aku jarang suka kasot tapi sekali dah suka, mak datuk oi! bukan kemain lagi harga kau letak. ah, bantai jelah labu. nasib ada offer. fuhh..

kakak aku pun beli kasot gak tapi kasot dia lagi murah dari kasot aku. dan dia sebok nak beli kasot lagi kat sembonia padahal time tu dah pukul 1150 malam. ngek punya kakak. aku membebel pasal kasot dia yang berlambak kat rumah yang dia dok simpan buat datok and dia surrender. huhu. aku suka membebel. =)

oh ye. aku pun ada minat satu kasot ini tapi duit tak cukup. bajet aku dah lari pecut, bukan marathon atau lari anak. tapi lari pecut so ku padamkan saja impian dan harapan itu. kau tunggulah wahai kasot dan juga beg! oh! aku pun ada suka beg kat sembonia dan carlo rino tu. tapi yang malangnya, NEW ARRIVAL! huh. asal benda aku suka je mahal mahal. nasiblah hubby aku tak semahal tu. erk??! *sengih nakal*

jadi sayang sayang sekalian, korang shopping tak time jualan besar atau mega sale ini berlangsung? iye? oh mesti korang jadi macam aku kan.. err.. tak? takpe, time raya ada lagi. hehehe. oklah. aku sayang korang. korang sayang aku kan? tada! =*     

 

Wednesday, May 25, 2011

sengih sampai ke kepala

2 rockerz komen
assalammualaikum.

hari ini hati aku sangat sangat hepi dan senang. kenapa? ohh. first, pasal hari ini aku dengan tak tersengaja dapat handbag baru daripada my mummy. hehehe. disebabkan aku memang jenis perempuan yang gila dan kaki beg, ia sangat mengujakan serta menggembirakan hati aku! mungkin sebab aku dah buat muka ala-ala kecewa apabila my mom kata:

'tak payahlah, dik. kan adik ada banyak beg?'

korang fikir aku teros buat muka kecewa ke? oh nehi never! aku pun kasi servis baliklah kat my mom dengan muka tak bersalah:

'beg yang adik beli tu semua harga rm25 (beli kat times squarelah katakan) jadi tak sama dengan beg yang ibu belikan'

tapi memang betollah! student macam aku ini memang takkanlah nak beli beg berharga beratus ratus semata mata gilakan beg. aku masih di dalam keadaan yang terkawal ye, kengkawan. haha. korang fikir my mom mesti teros bagi kan? oh nehi never! my mom boleh kata:

'ibu nak beli beg nenek dgn makwe (panggilan untuk nenek juga dan makwe itu nenek belah bapak aku) dulu lah. beg adik time nak raya nanti. ok'

yeahh.. time ni sungguh rasa nak hentak kepala aku kat dinding. kalau tahu tak nak ikot ibu sekali tadi. kena pilih beg untuk orang lain padahal diri sendiri tak dapat beg. (my mom awal2 bulan lima ritu dah beli beg baru sendiri+dapat beg daripada my siblings sempena MOTHER'S DAY). tapi aku sekolahkan muka aku supaya tak tunjuk sangat muka kecewa dan sedih. alah. apalah sangat kan dengan beg. bila bila boleh beli ( kononlah hahaha!).dah dok belek punya belek punya belek, pilih untuk nenek dan makwe. tiba-tiba:

'adik nak yang mana? cepatlah amek.'

ek? aku pandang my mom lelama dan teros capai beg yang aku nak. hahaha! aku berjaya buat my mom kesian kat aku sekali lagi selepas kisah kain baju raya yang my mom pun beli disebabkan aku nak sangat dan telah buat muka kesian. korang paham tak? tak? errr.. paham paham sendirilah. hehehe.

kesah kedua. oh. ini betul buat aku bertambah happy. hari ini result for my last sem keluar. dup dap dup dap jugaklah dibuatnya nak tengok. and at last! 3.67! err.. aku bukan nak riak sangat. aku tahu korang mesti lagi hebat dan pandai dan kebabomm dari aku tapi aku betul betul bersyukur tau. thank you ALLAH! gila suka seh... 

jadi korang, hari ini hari yang bagaimana untuk korang ek? hope happy jugaklah. sayang korang! muahx!       

Tuesday, May 24, 2011

novel

0 rockerz komen
assalammualaikum.

sedehlah. novel baru banyak keluar. tapi... ONGKOS TAK ADA!!! benci tau! dahlah yang keluar tu semua novelis yang aku minat. oh takpe takpe. tunggu aku ada duit ye! memang akan terjadilah pembelian novel besar besaran oleh aku. hahahaha!

tapi betul. aku sedeh tengok novel novel yang aku tak mampu dah nak beli. cet! sangat menyakitkan hati. novel novel sekalian, anda tunggu ye! and.. kenapa ANIS AYUNI dan RAMLEE AWANG MURSHID keluarkan novel baru diorang bulan ni?? kenapa tak bulan tiga or bulan dua lepas? *still tak puas hati dengan kegagalan membeli novel*

aku sayang korang. so kalau korang sayang aku, tolong belikan aku novel ye. hahaha. tata. 

Monday, May 23, 2011

PAHANG

0 rockerz komen
assalammualaikum.

aku memang tak pernah pergi PAHANG before this. korang pernah? ngee! cian aku kan. tapi takpelah. at least, tercapai jualah hasratku yang hendak cuti2 dalam negara walaupun disponsor sepenuhnya oleh PUAN SELMAH (my mom) hehehehe...actually, nothing special pun kat pahang ini. setakat sizzling hokkien mee yang sedap dan banyak ayam serta cendawan,pantai yg sangat sangat biasa (lagi besh tanjung bidara dan pengkalan balak kat melaka),tak ada apa yang special. serius. yang sangat tak suka adalah HARGA MAKANAN SANGAT SANGAT MAHAL!!

bayangkanlah! makan lima orang nak cecah harga seratus hengget. baik makan MCDONALDS je! bawah rm50 tau! dan memang itu yang dilakukan oleh family aku sejak dah terkena harga mahal itu. cet! kalau sedap, tak apalah jugak! ini... hailoh hailoh. aku memang tak reti masak tapi insyaAllah, one fine day, bila aku tahu masak, aku takkan masak makanan tak sesedap itu. sumpah! (tak tahulah bila masa itu akan tiba hahahaha!)

gi sana ingatkan tido kat 1 hotel je tapi rupa rupanya tiga hotel family aku pergi. hehehe. semuanya tak dirancang. memula kat TELOK CEMPEDAK, then go to CHERATING. sepatutnya, after cherating, kitorang nak balik rumah kat MELAKA terus. gerak dari pahang ari jumaat. time kat cherating dah hari isnin. sudahnya, rancangan ke mana kitorang ke GAMBANG, kuantan. hahahaha! besh wooo! and benda paling besh ialah, aku dapat baju baru, keychain (untuk kawan2ku pun ada) dan aku dapat tunggang basikal!! hahahaha. memang super duper punya besh. siap lepas dua dua tangan tau. dalam masa hanya lima minit menunggang basikal (setelah sekian lama tak menunggang.

oh crap! internet lembap giler seh! takleh upload pic. ummm... sorrylah buddies. later la k. chow. aku sayang korang. =)

 

Friday, May 20, 2011

sebut sebut

2 rockerz komen
assalammualaikum.

korang perasan tak bahawasanya kita memang suka menyebut sesuatu perkataan itu berkali kali? sebenarnya, aku dah lama perasan tapi bila aku sendiri yang dah mula nak sebut sebut berbanyak kali, naik geli pun ye. apahal nak sebut banyak kali kan? 

contoh 1:

mummy: along, mana kunci rumah?
along: apa dia?
mummy: kunci rumah, kunci rumah!
( dah jadi banyak pulak kunci rumah kan?)


contoh 2:


bos: muthu, mana fotokopi yang i mintak semalam?
muthu: kya he?
bos: fotokopi, fotokopi! photostat, photostat!
(sekali dua bahasa digunakan)


contoh 3:


leesya: kau cakap apa pasal minah depan ni?
leeya: baju dia, baju dia! gila tak sesuai.
(err.. ni macam aku pernah buat kot hahaha)


jadi, kenapa kita mesti menyebut perkataan tu berkali kali? bukannya orang tak faham tapi entahlah. rasa macam besh je kan nak sebut banyak kali. hehehhe. one of ma besh friend, kry, always like that. dan aku suka gelakkan dia. and for return, aku pun dah join venture. (padan muka aku!)


so korang, ada tak sebut banyak kali? hehehehe.

Monday, May 16, 2011

menyampah.

0 rockerz komen
salam. semalam, sejak kejadian perkataan menyampah ni keluar, aku jadi fikir je. menyampah. sebenarnya, aku ok kalau kita hanya menyampah pada benda yang memang buat kita rasa annoyed giler babi. macam bising melampau dalam tren, sendat nak mampus time dalam tren, traffic jam, beratur time bila beli tiket wayang, susah nak cari car park kat shopping mall, couple dalam wayang sibuk buat wayang dan macam macam lagi. 

tapi menyampah pada girlfriend? 

aku lah tu. aku dimenyampahkan oleh incek boyfriend itu. entah. mungkin aku tengah emo. mungkin dia tengah penat. tapi tak patut kan perkataan menyampah itu keluar? lebih lebih lagi masa aku dah rindu giler babas kat dia. tak patut. betul tak? err.. ke memang patut? yelah. aku kan memang muka bagi orang suka menyampah. *senyum*

aku tak pernah kata menyampah pun kat dia. so kenapa dia boleh kata menyampah? dasar orang lelaki kan. bila suka, bukan main love you mish you muah muah muah tapi bila tasuka, teros dikatanya kita ini menyampah. oh. lelaki kan ada sembilan akal. tu pasallah jadi lagu ini. aku taklah rasa menyampah pun kat dia tapi entahlah. bila fikir balik, ingat dia sorang je boleh menyampah kat aku? huh!

aku telefon dia untuk lepaskan rindu. punyalah ingat kat dia. aseklah mintak maaf bila aku konon konon ada buat salah. beralahlah kan. malas nak buat perang dalam diam lagi dah. sudahnya, dia kata menyampah. MENYAMPAH! ingat besh ke nak dengar perkataan ini keluar dari mulut orang yang kita sayang? kot aku terlompat-lompat? ah tak ada makna. teros aku letak call. *sakit hati*

ah sakitlah hati ini. lama lama taip perkataan menyampah ini, memang aku pun boleh jadi menyampah pulak sat gi. jadi pada orang lelaki yang ada teman wanita itu, tolong ye hargai perasaan girlfriend korang. aku tak pernah kata menyampah even dia call aku tengah malam buta aku tengah syok tidur. paling koman pun mesti ada love you tu. tak pun soh dia tidur jugak. lepas itu pepehal aku minta maaf jugak. pujuk jugak. dia? tunggu kucing kat rumah dia bertanduk agaknya nak tunggu dia pujuk aku.ah. memanglah aku marah sekarang. 

entahlah. peninglah. tak pujuk tak minta maaf. biar jelah macam ini kan. dia bahagia tu aku tak kacau. kalau aku tahu, memang dari dulu aku tak kacau dia. tak adalah dia menyampah sangat kat aku. *sinis* sorry ye. ini kenyataan. 

dan aku betul hanya sayang orang yang sayang aku je. bukan orang yang menyampah kat aku.  

Thursday, April 14, 2011

YOU foreigners... !!!!

0 rockerz komen
assalammualaikum..!

petang ini aku amat pening kepala. nampak tak tajuk bicara di atas? itulah sebabnya mengapa kepala aku yang dah sedia pening menjadi terlebih pening. ngok ngek kepala kemek! rasa nak mengamuk je tadi. fuh fuh fuh.. *hembus nafas* ok. dah boleh bernafas dengan betul. hidung dah bernafas dengan stabil. ohhhh. foreigners. haiya haiya! ini satu cerita daripada berjuta-juta cerita about the foreigners yang semakin lama semakin melampau. *jeling*
aku naik LRT pergi SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) tadi. otw nak memberambuskan diri daripada sana, yakni aku menaiki LRT dari KL SENTRAL, aku masih pening yang biasa biasa sahaja. tidaklah sampai aku nak termuntah keluar kahak hijau campur kuning tu. *muka geli* tapi itulah. bukan semua apa yang kita hajati akan tercapai. perjalanan yang smooth and sangat harmoni telah dicemarkan oleh warga-warga pendatang yang naik di perhentian KLCC. okay. masing masing memang ada mulut. betul tak? korang cek mulut korang sekarang. ada tak kat muka korang? ada kan? kalau tak ada, pergilah buat plastic surgery cepat and tambah mulut. *jelir lidah* aku pun ada mulut *sambil raba muka* tapi kita warganegara ini tidaklah terlalu bernafsu untuk bercakap or berpot pet pot pet kalau dalam tren kan? lebih lagi kalau dah time petang cenggini. rasa nak balik rumah and tidur je lepas penat kerja. kan? tak? oh korang android tak berperasaan. aku manusia! *jeling tajam*

mulut. susah jugak kalau orang yang tak reti bahasa orang lain ini. rasa nak marah tapi pada masa yang sama, tak eloklah kan. kalau dah dia tak paham, nak marahkan apanya? serupa orang bodoh pergi marah orang yang lagi bodoh daripada orang bodoh ini. hesy! masalahnya, si foreigners ini punyalah tak ada nilai nilai murni yang tinggi dalam diri diorang. mula mula masuk je, dah bercakap pot pet pot pet. aku start pening? oh tak. sebab aku masih memahami lah kot korang nak bincang about the LRT yang sangat selesa dan tempat duduk yang empuk tu kan. tak pe. cakaplah lagi. *senyum manis* tapi tak ke rasa macam TOO MUCH bila dah asyik bercakap bagaikan tak ada hari esok untuk cakap dengan kawan kau itu? dahlah masuk tadi dok rapat tetiba kat aku. ha? aku perasan? aku memang agak perah santan tapi aku jarang nak perah santan sorang sorang dalam keadaan yang.. errr... agak memualkan itu!

takpelah. tolak tepi pasal perah santan and nak rapat tetiba itu. kita tambahkan dengan mulut korang tu balik. aduhailah foreigners sekalian! dahlah korang dok cam bertih jagung bahasa yang langsung orang tak paham (kecuali yang ambil Arab dan fluent ok) pastu boleh pulak cakap kuat kuat macam kawan itu jauh benar kat hujung LRT! satu couch itu boleh dengar korang dok pot pet pot pet tau! aku tak marah nak bercakap. cakaplah selagi mampu. tapi boleh tak tolong tengok keadaan sekeliling? boleh tak hormat? boleh tak jangan fikir korang je ada dalam couch yang AMAT BESAR dan orang *tak boleh dengar* tu? cut it outlah, YOU FOREIGNERS! 

betul. kepala aku dah pening sangat sangat tadi. sampaikan dua amoi cina yang duduk dekat dorang pun alih tempat duduk jauh nun di hujung LRT. aku ini takat berdiri jelah kat celah celah tu. malas aku nak layan. kang sekali aku paling and tunjuk muka sombong, silap haribulan segala carut keluar. aku tak suka nak mencarutkan orang. kira YOU FOREIGNERS sangat bertuah. walaupun diorang naik kt KLCC and tinggal lagi ENAM stesen nak sampai SRI RAMPAI, aku dah naik mual berdiri kat situ. selalu, aku suka berdiri dan tengok pemandangan. kali ini, aku rasa nak terjun time tu jugak kalau tak fikir pasal nyawa yang satu ini. sabar jelah. nak je aku bakar korang!

tak. bukan semua foreigners camni. tapi foreigners camnilah yang bagi impak yang negatif. macam kita kitalah. kalau dah satu keburukan orang MALAYSIA ni dorang nampak, semua orang dorang judge lagu itu jugak. ah apa apa jelah. aku dah mula nampak kemerepekan aku di sini. nak out lah. jam dah 515 petang. lima belas minit lagi nak blahh. esok last praktikal. yeah! 

tata korang. aku sayang.. diri aku! hehehe. ilyasm. muahx!   

Wednesday, April 13, 2011

apa kes?

0 rockerz komen
assalammualaikum...

apa kes? hahahaha! penah dengar kan tagline the APA KES ni? lama dulu lah time an actress, NASHA AZIZ dalam filem apa ntah, aku tak ingat, menggunakan tagline sebegini rupa. APA KES? hehehehe... ia merujuk kepada segala jenis bentuk yang berlaku kepada aku bila difikirkan kembali tagline APA KES? ini.. apa yang berlaku kat aku? wooooohhhhhhoooooo....! bukan benda yang sappy or menyakitkan hati okay.  jom layan kejap story mory aku..

sejak awal bulan lepas, aku dah perasan akan ketumbuhan jerawat yang akan timbul setiap kali sebelum aku nak datang bulan gerhana. oh yes. bulan gerhana. pada lelaki yang tak paham, let them being tak paham itu. yang perempuan mesti paham ye tak? sebelum ini, mana pernah muka aku ditumbuhi benda benda macam ini. so bila dah tumbuh segala benda ini dah jadi tanda tanya pada aku. APA KES? tak suka okay! sumpah sampai mati aku tak suka perubahan hormon yang langsung tak menyenangkan hati waima melodi pun tak ada tau! wuaaaaa! tak suka, tak suka, tak suka!!!

beralih pula pada MISTER HUBBY yang dah ambil alih tempat untuk menjadi terlebih emosi dan ikutkan sangat perasaan. waduh! kok aku yang bulan gerhana ngapain kamu yang emosi gitu sih...!? APA KES? this crap dah bermula sejak dua bulan yang lepas. masyaALLAH! cuba test korang bayangkan macam mana seorang lelaki boleh jadi emosi secara tiba-tiba? lepas itu pulak pemikiran dia dah macam bersalin pemikiran seperti perempuan! tambah lagi dengan sikap prejudis dan tiba-tiba banyak soal itu ini sampaikan kenapa aku berak lama pun boleh jadi isu. muahahahaha.. ini kelakar. tapi boleh bawa gaduh sebab hubby fikir aku sebok bergayut dengan lelaki lain dalam tandas. erk?! apa kejadah aku nak bergayut dalam tandas time tengah syok lepaskan harta? dah aku rasa macam kitorang dalam THE MAKING OF FREAKY FRIDAY pulak!

kaki dan tangan aku pulak. selama ini mana ada main aci sampai lenguh-lenguh bagaikan nak tertanggal segala urat dawai dalam badan masa bulan gerhana. tapi betullah. since last two month, aku rasa macam nak cabut kaki tangan aku dan biarkan kat rumah time aku pergi kerja. senang! tak adalah aku tak tentu arah kat office. tapi nonsense kan? before ini sumpah tak ada benda benda macam ini. APA KES?

oh. and the most important thing. kain kain baju kurung aku dah semakin sendat dan betul-betul muat untuk pinggang aku yang *slim* ini. sebelum ini, punyalah longgar malah nak tarik sampai ke belakang pinggang pun boleh. hahahahaha! tipulah itu atiqah ini. ada pulak sampai belakang pinggang. tapi longgar. serius longgar. itu dulu lah kawan. sekarang sendatnya, ya ALLAH ya RABBI... dah rasa nak terputus urat perut aku yang seksa pakai kain ini! APA KES? ini special case! hehehehe. sebab aku tahu kenapa. jadi sendat akibat perut dah semakin buncit akibat pemakanan yang berlebihan akibat lemak yang diambil terlalu tinggi akibat kolestrol yang tak terkawal. banyak akibat kan? memang aku saja tak letak noktah. biar padan muka korang jadi pening. ambil paper BM dulu kan? dapat A1 kan? tak susahlah maknanya nak faham apa yang taip ini. ngaaaa!

dengan terjadinya kes-kes di atas, teringatlah the tagline APA KEs? yang suatu ketika dulu amatlah popular. menyampah aku tau! pasal jerawat ini, betul rasa nak hempas muka kat sinki dan cermin. pasal hubby, terima jelah kan. dah tertukar hormon kat dia rasanya itu. tak boleh buat apa dah! tak boleh diselamatkan lagi. hehehehe! kain semakin sendat? inisiatif sendiri lah tiqah! itu pun nak kena tunjuk ajar dan bagitau ke? blueekkkkkk!!!

anyway my dearest, i l y a s m! muahx!     

sombong dan tak tetap pendirian.

2 rockerz komen
assalammualaikum.

tak mahu bermukadimah macam biasa. benda sombong ini bukan perkara yang luar biasa sangat pun dalam hidup aku.  serius. dari mula aku dah masuk sekolah sampailah dah nak masuk mod bekeje ni, ramai tersangat-sangat kata aku ini sombong. sombong yang bukanlah dalam makna baik okay. sebaliknya. tapi tak terkesan pun. mungkin sebab aku dah terlatih dengan hati yang sangat tak kesah. sungguhlah. 

dolu-dolu tu bila orang kata aku sombong, muka aku agak terkejutlah jugak. masa darjah dua. lawak kan? darjah dua pun dah dikata sombong. kalau dah memang kau tu aku tak kenal, takkan sambereno je aku nak senyum-senyum terlebih dos pastu tegur macamlah kita ni sahabat sehidup semati dia. adoila. lepas itu aku dikata bertambah sombong lepas menjawat jawatan pengawas masa darjah tiga. hahahaha. year 3 dah jadi pengawas. dah jadi pengawas, bertambah lagi gelaran kat aku. GARANG. so funny that i forgot to laugh! ah tak kesahlah kan eventhough aku pun baru tahu gelaran aku selain itu ialah SINGA BETINA. ini betul buat aku gelak sampai keluar air mata. ngok ngek je dorang ini!

disebabkan kesombongan dan kegarangan aku ini lah, sampaikan budak junior smksk yang memang aku tak kenal boleh tegur aku. 'eh, kak tiqah kan? prefect dulu' sambil shake hand and hug plus laga2 pipi. aku just angguk and senyum. then bila dak2 junior smksk ni dah geng dengan aku, depa kata 'kak tiqah ni kelakar lah. funny gler. mati2 ingat kak tiqah sombong and garang dulu'. that's why peeps say, don't judge a book by its cover la adik2 oi! dorang kata memang time sekolah dulu sapa lah tak kenal dengan pengawas garang dan sombong ini. semua kenal. lebih-lebih lagi budak2 nakal. sampaikan my bestfriend, KHAIRUL KHAIRI, pernah panggil aku untuk senyapkan kelas dia yang tak reti nak senyap bila dia yang jaga. haha. tapi pelik kan. kawan2 tak takut pun dengan aku! ngeeee!

tak kesah pun pasal sombong and garang ini. aha. even my panah arjuna pun cakap takut dengan aku bila jumpa pertama kali. itu betul rasa nak ketuk kepala dia. ada ke patut! hubby kata muka aku ini muka garang sampai dia naik takut. cet! yang garang-garang ini jugaklah yang awak pernah marah and tengking tau! sampai yang garang ini menangis teresak-esak sambil angkut baju balik rumah ibu. hahahahaha!

oke. stop the garang and sombong thingy. minggu lepas, balik melaka. drive kereta ditemani member aku. member kolejlah. member baek, member sepanjang hayat. time nak tido kat rumah, dia bukak cerita tentang hamba ALLAH yang seorang ini. oh. aku angguk jela kepala. ada jugak aku cakap tentang hamba yang satu ini. klimaksnya bila member aku ini kata hamba yang satu ini kata bahawasanya aku ini TAK TETAP PENDIRIAN. tak kelip mata aku pandang member sebelah. then pandang siling bilik and pandang member balik. 

'apasal member kau cakap camtu pasal aku pulak?' aku tanya. oh. about the thingy that jap aku pakai tudung jap tidak. macam hop on hop off je. ohhhhh. then dia kata lagi yang hamba yang satu ini pun katalah macam itu. ohhhh. *icecold*. let me recall. from the beginning, memang aku pakai tudung time sekolah2 dulu. time hingusan2 dulu. tapi bila keluar rumah dengan family, jalan2 kat luar rumah, memang aku free hair. until last year! but starting bulan puasa tahun lepas, aku start pakai hijab kembali kerana terasa banyaknya dosa yang tak tertanggung dek badan kat akhirat nanti. pakai yang ikut suka hati aku. tak elok kan? tapi i did try my very besh okay! lepas itu, kejap pakai kejap tak pakai. bukanlah bermakna TAK TETAP PENDIRIAN as YOU SAID but aku sedang memperbaiki diri yang dah jauh tersasar. lagipun, aku bukan macam kau yang konon dah pakai tudung, siap bersolat membaca AL-QURAN tapi sekejap yang teramatlah sangat. itupun atas sebab-sebab yang tertentu baru kau buat. kalau tak? sheesssh!oooppppsssssii! aku dah termengata. sorry.

and now, aku dah full time bertudung dan berhijab. tapi kau? haila haila.. sebelum nak mengata orang itu wahai hamba yang satu, tolong tilik diri kau dulu kay? aku tak suka ketam yang mengajar ketam lain untuk berjalan. macam hampeh je! nak kata aku tak tetap pendirian ini, kau lagi tak tetap pendirian. orang sekeliling boleh judge kita berdua macam mana and you will get the result that will humiliating you. nak macam itu? oh no! aku tak kata aku bagus. i am NOT PERFECT eventhough i was a PREFECT long time ago. ahahahaha! but i do my besh to improve myself rather than you that keep talks about somebody bad side rather than improving yourself! hah! puas hati aku! blueekkkk!   

aduhduhduhduh.. sorry kay. aku menyemakkan mata sesiapa yang membaca cebisan kali ini. sombong dan garang boleh diterima lagi sebab memang ada sifat-sifat itu lebih-lebih bila aku dalam keadaan yang unstable. but the tak tetap pendirian? naaaaa! when you catch up with me someday, you will know the actually me. ngaaaa! apa-apa jelah kan. dah pening lah pulak. nak blah jap. tengok keje or email jap. pastu nak shi shi jap. hehehehe. ilyasm! muahx! =P