Tuesday, October 18, 2011

abang GARDENIA!!


salam.

aku keje memang happening giler. orang kata aku happy go lucky punya person. haha. apa2 jela kan. dengan semua vendor (orang2 yang hantar barang kat tempat kerja. example: roti) pun aku boleh layann je. tapi insiden ini paling lawak la setakat ini. BAGI AKU.

aku otw nak pergi kerja petang time itu. masuk keje pukul 3petang. lalu kat traffic light yang akan ke jalan besar. senang cerita yang akan ke highway la. tempat kerja aku ini dah dekat2 dengan bandar je. lampu merah so aku berhenti. punyalah lama so aku tengok sekeliling aku. aku naik skuter comel aku time ini. 

tengok punya tengok.

ehh!! macam kenal je. aku pun bukak visor helmet and pandang si dia dengan mata aku yang tak berkelip langsung. nak pastikan punya pasal lah. haha. bila dah sure and dia pun pandang aku macam kenal tak kenal, teros aku jerit kat situ gak.

ABANG GARDENIA!!

haha. aku panggil dia ABANG GARDENIA OK! sewel aku ini. aku lupalah nama dia. dia selalu hantar roti kat tempat kerja aku hari sabtu or ahad je. hari lain orang lain yang anta. dia pun teros gelak bila pandang aku and aku yang memang dah gelak, terus sembang2. sembang2 dekat traffic light tengah-tengah panas buta tau! peramah tak ingat aku ini. hahaha.

abang tu kata dah lama tak nampak aku. cet! memanglah. aku kan kerja petang and malam je sekarang. susah nak nampak muka aku kerja pagi la ini. orang2 sekeliling dah pandang kitorang. eleh! jelezla itu pasal korang tak ada kenalan dengan abang gardenia kan? blueerrrkkk!!! haha

traffic light nak hijau, aku terus ucap salam and suruh abang tu bawa lori roti elok2 and jaga diri elok2. satu benda yang dah sebati dengan aku, aku memang akan sentiasa pesan dengan semua orang untuk jaga diri even dengan bos aku pun. bos besar lagi tau! huhu. (bos besar aku ada dua. MR CHONG+ENCIK ISKANDAR. dorang ini pun mereng jugak hahaha)

aku happy? happy jela. hidup dah single kan. nak menggatal pun dah tak ada hal punya. hahaha. tapi not available la ye. hati aku kat orang lain. bila entah dia nak pulangkan hati aku. konon nak buat harta hak persendirian lah tu! tak sedar agaknya hati aku tu hak aku seorang diri je. huhu.

ok la. abang gardenia punya pasal aku tulis blog  ini. hahaha. nak out lah. salam.

0 rockerz komen:

Post a Comment