Sunday, October 30, 2011

betul punya konvo.


salam.

aku konvo hari sabtu bersamaan 29 OKTOBER 2011 di UITM SHAH ALAM bertempat di dewan TUANKU CANSELOR. cet. punyalah letih naik tangga tinggi itu. tapi ini bukanlah apa yang aku nak cerita kat you all pun. ada cerita yang lagi menarik and maybe agak meletihkan kot. haha. letih untuk aku sebab konvo ini betul betul mencabar kesabaran dan kewibawaan aku!

alkisah..

sidang aku sidang petang. so kena park kat giant seksyen 7 shah alam and naik bas dari situ. heh, punyalah banyak orang beratur. nasibla banyak bas. sebelum pergi giant, ada nampak orang jual bunga-bungaan kat tepi jalan. mata dah bulat dan bersinar-sinar je. lalu dengan suara yang lembut aku pun bersuara:

aku: ibu, adik nak bunga.

ibu: nak buat apa?

aku: (dalam hati kata nak buat main bowling) ala untuk konvo la. tengok tu semua mak bapak dorang belikan bunga. adik takde pun.( suara sedih)

ibu: (teros berhenti tepi jalan untuk belikan bungalah)adik nak bunga mana?


aku: nak yang bouquet die kaler pepel (mata cari dan jumpa tapi tak lawa)


ibu: ni lawa. sume kaler ada. sesuai ngan baju adik


aku: ok (sambil sengih comel)


aku dapat bunga ok! hahaha. alah mestilah dapat kan. nama pun konvo. then ibu tanya soalan baikkkkk punya!

ibu: akip tak datang and tak bagi bunga ke?

aku: (dah buat muka tapi ibu tak nampak. yelah ibu bukan tau mamat tu curang ngan aku) tak datang pun. adik bukan kepentingan dia lagi. bunga tu baik dia bagi kat orang lain.

ibu dah senyap. ibu tak tahu lagi aku dah putus dengan mamat tu. hurm malaslah nak bagitau. nanti lama lama ibu taulah. lagipun bukan aku yang ada orang lain dulu. nasiblah ada my dear lalink yang sedia temankan aku dengan mesej sahaja. baiklah ada dia. huhu. siapa lalink? SORRY. memang takkan diberitahu. kali ini segalanya dah jadi BIARLAH RAHSIA. HAHA!

naik bas dah sesak. sampai uitm, sesak gila nak mampus! memang sesaklah kalau dah sampai 2ribu lebih graduan. cet! beratur apa semua. dengan topi konvo kejap kejap kena langgar. hadoilah. mahu je aku campak topi tu. huhu. jubah konvo pun besar padahal saiz XS ni. eeeeiii! sabar jelah!

duduk dalam dewan, kena tunggu sampailah giliran naik pentas. no aku 412 pulak tu. sheessh! berdebar gila seh time kena panggil untuk beratur kat luar dewan tu. tiba tiba ada abang hensem betolkan topi aku dan bulu kat topi tu. aku dah terkedu kejap. abang tu kata:

abang tu: tak betol ni awak punya kedudukan topi dan bulu topi ni.

aku: gigit bibir dan diam je. huhu. dalam hati dah rasa nak terlompat keluar anak tekak. dahlah cuak nak amik sijil sat gi atas pentas, boleh pulak abang hensem tu betul2kan topi aku. menggigil lah kejap. haha

naik pentas, dah rasa muka tak leh senyum tapi ku senyumkan jugak. haha. nama ATIQAH BINTI DAMHURI disebut dengan kuat dan lantang. oh god! dah macam nak pengsan tapi mana rare gua pengsan? senyum comel tu kat naib canselor haha! kotlah dia terpikat dengan aku, boleh jadi menantu kalau dia ada anak lelaki ( aku agak menggatal sejak single ni). bukan nak jadi bini dia ok! werk!!

pastu rela terpaksa je duduk kat kerusi sambil tengok je satu persatu orang naik pentas amek sijil. haisy! sampai kol530petang. ingatkan dah habis. si naib canselor tu boleh bersyarah panjang lah pulak! hailoh hailoh.. cancel lah nak jadi menantu. nanti kot dah jadi menantu, entah bila aku dapat tidur pasal kena dengar ceramah dia. haha. habis je kol6petang, aku cari ibu, pakcik and wawa and amek gambar. photoshoot beb! dah rasa macam model kejap. perasan kejap aku macam comel. hehe. 

mana gambar? erm nantilah upload. haha. penat tau. badan dah tak larat gila. nasiblah my dear lalink tu faham and asiklah mesej suruh relax and jgn tensen2. ceh! agaknya kalau dia ikot, dia yang tensen and aku yang kena tenangkan dia. haha! tak sempat langsung nak bergambar ngan kengkawan. sedih tol! takpelah. nak buat macam mana. sidang petang ini macam kelam kabut sikit. eh! bukan macam lagi. memang kelibut habis! huhu.

kepada kengkawan, aku mintak maaf sesangat coz tak dapat jumpa korang langsung sepanjang hari raptai aku dan hari konvo aku. memang masa tu mencemburui hubungan kita. hahaha. maybe bulan depan aku turun KL lagi. doakanlah gaji aku banyak ek. haha. my dear tu pesan, jaga diri elok2 and jangan menggatal. kalaulah dia tahu scene abang hensem tu dengan aku tadi, entah apa lah jadi.

oh yes. aku belajar daripada kesilapan yang lalu. bahwasanya aku memang caring giler about the new ehem ehem aku tu. coz ex aku tu kata aku ini membiarkan dia sehinggakan si gf dia sekarang jadi pengganti aku. well. aku tak perfect. hope pasni mintak mintak dorang putus coz dorang bina hubungan daripada tiap titis air mata aku yang mengalir tiap malam selama seminggu! haha. 

k la. nak out. malam ni keje. before kerja nak date kejap. haha. sayang korang!   

0 rockerz komen:

Post a Comment