Saturday, August 6, 2011

adik sayang kakak.


assalammualaikum.

maaf sebab dah lama tak update blog ni. serasa macam dah berbulan blog aku tak diupdate. banyak benda berlaku, banyak benda terjadi sampaikan aku memang tak ada masa langsung langsung dah nak menaip. dengan kekangan kerja, hal hal peribadi, memang tak ada masa nak curi2 untuk update blog. maaf sekali lagi dipinta. 

24 JULAI 2010

sampai mati aku takkan lupa tarikh kat atas tu. sebab tarikh itulah bermulanya kehidupan seorang adik tanpa kakaknya, kehidupan seorang ibu tanpa anak sulungnya dan kehidupan seorang abah tanpa anak gadis pertamanya. arwah kakak aku meninggal dunia jam 530pagi. waktu dah nak subuh. tak perlulah aku cerita kenapa arwah meninggal. biarlah rahsia itu menjadi rahsia keluarga, saudara mara dan sahabat terdekat. tapi sumpah aku cakap, aku amat sayangkan arwah. kakak, adik sayang kakak. akak tahu kan yang adik sayang akak? 

family panggil aku adik. even aku ada adik pun, adik aku pun panggil aku adik. tak boleh nak ubah dah. dah biasa. setiap orang yang memanggil aku, cara panggilan diorang berlainan. macam arwah kakak aku. aku masih ingat dan terngiang-ngiang lagi macam mana dia panggil aku bila dia tengah gembira, bila dia tengah dalam mood nak sakat aku, bila dia tengah marah gila-gila kat aku, bila dia tengah sedih dan bila dia panggil aku tapi hanya memandang aku. adik, adik, adik, adik dan adik. tapi semua tu dah takkan ada lagi. sebab, kakak aku dah pergi...

kakak, adik mintak maaf sangat3 dari hujung rambut sampai ke hujung kaki sebab kita bergaduh tak bercakap langsung dari akhir bulan 5 sampai awal bulan 7  hari itu. adik ada sebab yang akak pun tahu kenapa adik macam itu. akak degil sangat sangat. adik dah kata adik tak sedap hati dengan kawan akak itu tapi akak degil. adik dah kata lama dah. lama sebelum kawan akak tu datang rumah. lama sangat. tapi kenapa akak tak faham dan degil? akak, selama ni mungkin akak tak nampak adik sayang kat akak tapi akak mesti tahu kan yang adik jarang hampakan akak. adik ingat lagi yang akak pernah tanya:

dik, kalau aku meninggal kau sedih tak?

jawapan adik masa tu:

bodohla kau ni kak! aku tak suka soalan kau!

dan akak gelak beria-ia. tapi sudahnya, bila jadi macam ni, adik sangat sedih. akak tahu kan adik tak ada sesapa selain akak? akak lah yang tahu apa yang selama ni adik rasa. akak tahu bila masa masanya adik sedeh kalau tiba tiba ibu marah marah. akak tahu yang adik suka sorokkan diri bila menangis. akak tahu belikan apa yang adik suka bila adik balik rumah bila cuti semester tiba. akak tahu untuk masakkan lauk kegemaran adik bila adik nak pergi kerja. akak tak pernah merungut bila adik suruh hantar lauk kat tempat kerja adik. dan akak.. akak tahu tak yang adik nak belanja akak makan PIZZA HUT sempena gaji pertama adik tapi duit gaji pertama tu rupa rupanya adik laburkan untuk kematian akak? adik kemas balik bilik kita. adik cat kelabu sempena warna kesukaan kakak dan ungu sempena warna kesukaan adik. macam yang kita pernah rancang sebelum ini. akak tahu tak betapa sedihnya adik bila adik yang mengemas tapi kakak tak ada? its hurt me very bad, sis. =(

kakak, setakat ini adik tak pernah gagal hantarkan doa doa untuk akak. adik tak nak akak terseksa kat kubur. adik nak akak tenang  je sebab itu jelah yang mampu adik bagi sekarang. akak pernah cakap 'sedih kan dik bila kat akhirat nanti kita tak kenal satu sama lain? aku mesti rindu kau'. dan akak, adik dah terasa kesedihan itu. tapi kita mesti jumpa balik kat akhirat, dunia yang kekal itu, kak! kita mesti jumpa balik sebab adik nak cakap kat akak yang adik sayang sangat sangat kat akak dan adik dah lama pendam rindu kat akak sejak akak pergi tinggalkan adik! adik nak peluk akak sampai tak nak lepas. kak, aku rindu kau.. 

kak.. adik harap akak tabah di sana. kuatkan semangat. adik tak dapat nak bayangkan kalau akak terseksa. terasa sakit sangat. kita pasti berjumpa lagi di sana. adik harap, akak tunggulah adik. ramai kata adik boleh anggap diorang macam kakak sendiri tapi diorang tak tahu bahawa tak sama akak sendiri dengan akak orang lain. akak je yang tahu adik macam mana. dan adik hanya ada seorang kakak. adik tak perlukan kakak yang lain walaupun akak dah pergi tinggalkan adik.

kak, adik sayang sangat sangat kat akak. adik malam kelmarin dan malam tadi, adik ada dengar suara akak panggil adik kat dapur dan bila adik pergi, akak tak ada. masa tu, hati adik sedih teramat sangat. orang kata, bila arwah meninggal dunia, selama 44hari dia masih berada di rumah memerhatikan kita. kak, kalau betullah, adik tahu yang akak mesti tahu bahawa adik teramat rindu dan sayang kat akak. akak tahu macam mana adik menangis seorang diri kan? tapi adik tak nangis teruk sebab adik tak nak akak terseksa. kak, adik sayang kakak. adik sayang kakak. walaupun akak dah tak ada, adik sayang kakak.

adik sayang kakak.    

1 rockerz komen:

hamano michiyo said...

beb... sabar ye.. jgn trlalu emotional.. nti merana diri.. bykkn sabar n tros berdoa utk arwah.. i always be with u syg.. smoga roh kakaK ko tenang di alam sana. Amin...

Post a Comment