Wednesday, June 1, 2011

POLIGAMI tak salah.


assalammualaikum.

POLIGAMI. sumpah aku pun takot dengan si poligami ini padahal ia tak buat pepe kat aku pun. tapi aku still takot. korang pun takot gak kan? maksud aku, pada korang korang yang berjantinakan perempuan or female. pada yang sengaja menukar jantina ke female, tak termasuk dalam golongan yang takot pasal benda alah ni k. hehe.

errr...

kenapa tiba tiba poligami? em. sebab teringat. teringat pada apa yang my mummy tanya bulan lepas time makan pizza hut. agaknya disebabkan my mummy dah bosan tunggu order yang tak sampai sampai (pizza hut kat jusco besar melaka tu memang sangat lembap and i swear takkan jejak dah kat situ!) itulah pasal boleh tanya soalan cepu gangsa kat anak dara suntinya yang comel ini. 

ibu: kalau akip tu nak kawen lain macam mana?

kawan kawanku sekalian, dulu dululah kan, aku mengingatkan tentang sikap dan perangaiku yang terlalu degil waktu dulu dulu itu, sebaik sahaja orang tanya soalan ini pada aku, yakni mana mana orang pun eventhough yang tanya aku itu sultan (sultan kan banyak bini *i think*) aku akan jawab CERAIKAN AKU DULU. PASTU KAU NAK KAHWIN LAIN, KAU PUNYE HAL. well, itulah jawapan lazim oleh ramai perempuan di dunia ini.

ye kan? 

siapalah yang bengap sangat nak bermadu dan berpoligami dan berkongsi suami dan bertimbang rasa sangat untuk dapat payung emas? siapa? lainlah kalau memang si suami itu tersangat-sangat baik, jujur, alim, cukup syaratlah senang cerita macam RASULULLAH s.a.w tu. masalahnya, dunia sekarang bukan macam dunia zaman dulu. lelaki sekarang bukan macam lelaki zaman dulu. and yet, perempuan sekarang pun bukan macam perempuan zaman dahulu kala. errr.. i mean, time kite kite remaja dulu lah kan.

oh. aku dah melalut jaoh.

so korang nak tahu tak apa jawapan aku masa my mummy tanya soalan cepu gangsa itu kat aku? aha!

aku: *muka selamba* kahwinlah kalau dia nak. asalkan boleh bagi adik rm50 ribu sebulan dan cukup pakai minum segala, i dont have any forbidden. 

cewah cik tiqah! dont have any forbidden konon! dalam hati aku masa itu, kalau nak kena ganyang dengan aku, tryla buat. hahaha! but serius, aku serius jugak dengan jawapan itu. ikhlas dari hati. lebih lebih lagi tang 50ribu tu. ngeee. yelah. kalau nak bagi aku makan minom and apa apa yang aku mintak before die ada another wife pun tak boleh, korang ingat boleh ke dia buat if he had another wife? tentu saja tak boleh kan? apa? 50ribu terlalu banyak? ohhh.. korang jangan fikir masa sekarang ye kengkawan. tolong fikir nilai duit itu untuk masa depan nuuuuunnnnn jaoh itu. silap haribulan, 50ribu tu dah macam 50ringgit. who knows? *angkat angkat kening*

ohhh ye... poligami itu memang tak salah beb. sumpah tak salah. dah benda ini ALLAH juga yang bagi permission pada agama ISLAM kan. tapi benda macam inilah yang selalu disalahgunakan oleh orang yang berjantinakan lelaki or man itu. 

kenapa?

hala! time nak kahwin, konon kata segalanya masih sama macam dulu, alah, benda  benda bab kasih sayang, harta apa kejadah tu semualah kan, then akan berlaku adil antara para isteri (ayat klise orang lelaki yang gatal nak kahwin lain) and of course, sayang tu langsung takkan berubah malah makin bertambah sebab kita ini faham keinginan dan kehendak dan keperluan diorang. heh? kehendak? keinginan? keperluan?

kan dah salah tu!

RASULULLAH kahwin banyak sebab membantu para wanita yang memerlukan bantuan. lelaki diberi keizinan untuk kahwin 4orang pun untuk membantu wanita yang lemah macam janda ada anak ramai dan dalam keadaan susah ke, wanita miskin yang buta atau cacat anggota ke, anak yatim piatu ke, apa apa jelah yang menjuruskan kepada keadaan yang LEMAH itu. tapi lelaki? 

tak. aku bukan nak salahkan lelaki.

tapi cara diorang dan niat diorang. macam aku taip kat atas tu tadi. before nak kahwin itu, macam macam dijanjinya kat kita bagaikan bulan itu pun boleh dicapai nak bagi kat kita ni ha. dah kahwin, heh, janji ke mana, dia ke mana dengan bini baru, kita ke mana terkontang kanting. inilah yang dikatakan, dah beri betis nak peha!

hehehehe.

aku rasa mungkin para lelaki yang membaca ni akan marah sakan kat aku. but please, this is the fact. fact about mens. tapi betul jugak, tak semua lelaki macam itu. tapi sebagai perempuan, sebagai seorang gadis yang akan menjadi isteri kepada seorang lelaki suatu hari nanti, one fine day, akan jadi takot benda benda camni. jadi, aku dah fikir masak masak sampai hangus. 

haha

kalau laki aku nak kahwin lain, kahwinlah. tapi kalau lepas tu nafkah zahir tak bagi betul (batin tu rasanya tak payah nak ragulah kan. typical mens *sinis*) mintak fasakh je. sayang tak sayanglah kan. poligami yang paling penting ialah ADIL. kalau kau tak adil, tak payah nak menggedik nak berpoligami. buat tambah dosa yang sedia ada je. 

hah ok lah. aku nak balik rumah. nak layan MOVIE KOREA AND HINDUSTAN.hahahaha. sayang korang!    

0 rockerz komen:

Post a Comment