Saturday, August 21, 2010

bab tiga



BAB 3

OKAY! Ini tak lawak langsung pun kalau nak dikira sebagai lawak antara benua. 
            AZ dah memegang kepalanya sambil memikirkan di manalah dia meletak kunci keretanya.  Rasa-rasanya malam tadi dia letak kat atas laci meja solek tapi? Memanglah aku tak suka kalut bila dah lambat macam ini. Think, AZ! Think!  Must be somewhere yang kau letak tapi kau dah tak ingat. 
            Digeledah sekali lagi bilik, ruang tamu malah dapur pun dicari juga kunci keretanya.  Masuk ini sahaja sudah kali keenam usahanya mencari kunci kereta tetapi tidak berhasil.  Aku dah lambat ini, wahai kunci!  Mana pulak lah kau menyorok ini?  Aku tak ada masa lah nak main nyorok-nyorok ini.  Hisy! Okay, AZ.  You have to be patient.  Bukan kalut macam sekarang.  Fikir betul-betul mana kau letak kunci kereta semalam.  Relaks, tarik nafas dan hembus.  Dan serentak itu juga AZ melakukan apa yang difikirkan dalam kepalanya.  Tenang.  Calm.  Sheesh!  Sama jelah pun ayat tu.  Tapi…..
            Mana kunci kereta ini?????????
            Sedang dia mencari-cari kunci kereta, handphone Nokia jenis sembilu yang besar gedabak itu menjerit nyaring menyanyikan lagu Silly Boy by Rihanna.  Bergetar-getar sehingga memberi impak pada meja di mana terletaknya handphone itu.  Agak lama berdering kemudian berhenti.  Tidak lama selepas itu berdering lagi menyanyikan lagu yang sama dan sama seperti tadi, senyap sendiri. 
            Tau pun senyap!
            Serentak bunyi sekali lagi handphone Nokia itu.  Dan AZ mengeluh bengang tambah penat kerana ada-ada sahaja yang menghalang misinya mencari kunci kereta yang hilang. Dia melangkah ke arah terletaknya handphone dan melihat nama panggilan. 
            Fara.
            “Helo!!!” jerit Fara yang berada di talian sana.
            Dia menjarakkan kedudukan handphone itu sedikit daripada telinganya.
            “Weh, tak boleh cakap perlahan sikit ke?  Sakit lah telinga aku ini.”
            Fara yang bersama-sama dengan Ikin rasa nak hempuk je kepala rakan mereka yang bercakap di talian itu.
            “Aku dah kat Bukit Jalil ini.  Bisinglah kat sini!  Kot aku cakap slow-slow macam bercintan dengan kau, kau pulak tak dengar.  Kau kat mana ini?  Dah gerak belum ini?  Don’t tell me yang kau ada kat rumah lagi dahlah!  Aku backhand kau karang,” soal Fara bersama dengan ugutannya.  Sesungguhnya kat Bukit Jalil memang tengah terik sekarang ini.  Yalah!  Satu tengahari ini!
            AZ menjulingkan bola matanya ke atas siling. “Ha ha!  So sorry lah my dear Fara.  I’m still at home find my car key that missing somewhere I don’t know.  Who cares lah your blackmail tuh?  Aku lagi kesah pasal kunci kereta aku ini yang tengah main nyorok-nyorok dengan aku tau!”
            Sheessh! Fara mengetap bibirnya.
            Ikin mengangkat kening, bertanya mengapa.
            Fara mengangkat tangan kanannya, tanda hold on.
            “So kau still nak main hide and seek with your car key lah? Until when?”  sarkastik saja nada suara Fara tika itu.
            Dia yang sedang terbongkok-bongkok mencari kunci di bawah meja dapur rumahnya buat kesekalian kalinya, terjongket keningnya mendengar nada itu.  Terduduk terus bawah meja yang memuatkan dua orang yang gemuk dan empat orang kurus keding.
            “Fuh best kan ayat kau tu ek?  Aku nak play hide and seek ini sampai tahun depan.  Amacam? Nak join?”  datar suara AZ. 
            Fara mencebik.  “Tak betul apa aku cakap? Apakenamanya nak cari sampai jumpa?  Dah sah-sah takkan…..”
            Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, belakang badannya ditepuk kuat dari belakang.  Serta-merta dia menoleh kerana disebabkan tepukan itulah hampir terjelupuk jatuh dia kat atas tar. 
            Ikin turut menoleh dengan aiskrim yang dari tadi tak habis.
            Mel tersengih.  Dia menunjukkan peace.
            “Habis kalau aku tak cari macam mana pulak aku nak pergi Bukit Jalil tu?  Jalan kaki menapak sampai ke sana?” 
            AZ di rumah dah beralih tempat dari bawah meja ke atas sinki.  Dengan jeans Dior, baby t’shirt Seed, beg LV, stoking berwarna putih dan kasut Converse berwarna coklat kusam yang ala-ala koyak rabak itu, dia selamba sahaja mendudukkan dirinya atas sinki itu.  Rambutnya yang panjang separas bahu itu tidak diambil kesah walaupun sudah serabai.  Messy is best what?
            Fara menjegilkan matanya kepada Mel.
            “Yang kau pandai sangat nak menapak jalan kaki apahal pulak?  Kan ada banyak lagi……”
            “Apahal?”  tanya Mel yang tak tahu hujung pangkal.
            “AZ.  Missing her car key.  Still at home.  On the line.”
            “What???” kuat suara Mel bertanya tanpa dia sendiri sedar.
            Ikin membulatkan matanya. Lirikan matanya memberitahu situasi mereka.
            “Kau guna jela….” Tak sempat lagi dia menghabiskan ayatnya, Mel mencelah, “Kau buat loudspeaker.”
            Terus saja Fara menekan butang loudspeaker.
            “Nak guna apanya?  Aku dah macam malas je ni nak pergi gig ini tau tak!”  dengus AZ.  Dia memintal-mintal rambutnya. 
            “Wei minah!  Kan berlambak-lambak perkhidmatan awam kat rumah kau tu.  Pergi jelah guna.  Balik nanti aku hantar kau balik.  Jangan nak banyak cekadak malas nak datang apa semua.  Aku bom rumah kau nanti!  This is Melinda,” jerit Mel separa kuat. 
            Hampir terjatuh handphone.  Mel!!!!!!!!!!!!
            Fara dan Ikin tersengih.
            “Aku tahu apa aku nak buat kat kau bila aku sampai sana nanti.”
            “On.”



0 rockerz komen:

Post a Comment