Saturday, August 21, 2010

bab tujuh



BAB 7

“MANA KAU PERGI?”
            Shazli membiarkan sahaja soalan itu.  Dia pantas menyelit di sebelah AG dan mengambil air mineral daripada tangan AG.  Diteguknya rakus kerana penat berjalan mencari air mineral sebenarnya tadi tapi disebabkan insiden yang tidak disengajakan tadi, memang terlupa terus.  Teringatkan apa yang terjadi sebentar tadi, memang mampu membuatkan dia tersenyum seorang diri. 
            Along mengangkat tinggi keningnya melihatkan reaksi teman yang tersenyum seorang diri itu.  Memang lain macam betul budak ini.  Sejak dari sampai tadi sehinggalah ke saat ini, memang diperhatikan sikap Shazli agak berlainan sikit daripada yang sebelumnya.  Mana pernah dibuat oleh orang yang bernama Ahmad Shazli untuk senyum sorang-sorang!
            AG menggeleng-gelengkan kepala. “Tadi bukan kau blah sebab nak pergi beli air ke?”
            Sekali lagi terangkat kening Along.
            “Lupa,” jawabnya selamba.  Tidak dihiraukan Along yang dah nak jadi ala-ala penyiasat persendirian.
            Sham yang berada di hadapan bersama-sama dengan Duan, Bart dan Lan menoleh ke belakang.  Agak pelik mendengar jawapan dari mulut rakannya itu.
            “Sejak bila kau boleh lupa hal kecil macam itu?” soalnya.
            Angkat bahu.
            AG dan Along saling berpandangan.  Memang betul lah something wrong somewhere!
            Dan band Bittersweet memulakan dengan lagu Kucing Hitam.


“SUDAH-SUDAHLAH itu,” bisik Fara.
            AZ yang tadinya melayang-layang fikirannya mengenangkan apa yang berlaku sebentar tadi, terpinga-pinga apabila Fara menegurnya. 
            “Kau dah melayang ke mana?” Fara menyoal apabila baru disedarinya temannya itu berangan.
            Sengih. “New Zealand.”
            Mel dan Ikin serentak berpaling menghadap AZ dan Fara yang berada di belakang mereka.
            “Syyyyy!”
            AZ menjulingkan matanya.
            Bittersweet menggoncang pentas dengan lagu Kucing Hitam.
            Keempat-empat gadis itu mula rancak menari.
            Best friend forever.


0 rockerz komen:

Post a Comment