Saturday, August 21, 2010

bab dua belas ( sambungan )



11 MALAM.
            AZ melemparkan senyum segaris pada penjaga kaunter library yang kelihatan penat.  Manalah tak penatnya pulak kalau dari pagi sampai ke malam asyik menjaga library je.  Muka pun dah basi semacam je.
            Hesy!  Biarlah kalau muka dia macam mana pun.  Baik aku cepat berkemas dan cepat-cepat keluar.  Cepatlah jugak aku balik rumah nanti.  Badan aku ini dah berbau harum sangat dah ini.  Walaupun library berhawa dingin tetapi insiden semasa dia mengulangkaji pelajarannya sebentar tadi diganggu-gugat oleh mamat yang turun dari langit itu, terus sahaja badannya berasa panas.  Entah apalah yang aku alergi sangat dengan mamat itu pun aku tak pasti. 
            Beg di locker diambil dan diisi terus semua buku-buku, alat tulis, kalkulator, purse malah iPod kesayangan dia pun dicampak saja.  Malas dah nak letak elok-elok.  Beg laptop pula diambil dan dibawa ke bawah.  Laptopnya yang dipegang sejak dari tadi dibawa masuk ke dalam beg laptop itu.  Headphone diletak dalam beg laptop.  Selesai!
            “Night, Kak Sha,” ucapnya sebelum keluar.
            Kak Sha senyum. “Night.”
            Beg laptop digalas di bahu sebelah kiri manakala beg belajarnya digalas di bahu sebelah kanan.  Mini iPod yang dicampak tadi dicari-cari dalam kesamaran malam itu.  Dipasang earphone di kedua-dua belah telinganya. 
            Trouble Is A Friend by Lenka.
            My. God.
            Speechless.  Mulutnya terlopong buat jangka masa yang lama kerana terkaku melihat keadaan kereta Myvi comel miliknya.  Air liurnya ditelan bagaikan batu.  Rasa macam nak meraung pun ada sebab tayar kereta pancit!!! 
            Ini betul-betul Trouble Is A Friend.
            Myvi putih pink miliknya diperhati dengan betul-betul.  Langkah kakinya perlahan menapak untuk melihat tayar depan sebelah kanan yang betul-betul nampak pancit.  Memang pelik sebenarnya apabila melihatkan kejadian seperti ini berlaku.  Dia boleh berikan sebab-sebab yang munasabah.  First, minggu lepas baru sahaja dia pergi buat servis kereta, tukar tayar, minyak hitam, air bateri dan segala bagai.  Kedua, tak pernah-pernah dibuatnya tayar keretanya pancit!  Ketiga, setelah disentuh-sentuh pada tayar depannya itu, tiada tanda-tanda tayar keretanya melanggar paku, besi, papan atau apa-apa sajalah benda yang tajam kan.  Habis, dari mana pulak bala ini datang?
            Sheeesh!
            “Need help?”  tegur satu suara tiba-tiba.
            Aku ini lah kan.  Kot ada sakit jantung memang dah jalan terus masuk kubur.  Dadanya diurut-urut menghilangkan rasa terkejut.  Dipalingkan kepala untuk melihat siapa yang menegur.
            O la!  He again??????  Terus dia pandang tayar keretanya kembali.  Lagi bagus dari pandang muka mamat itu.
            Senyum. “Tayar pancit ke?”
            Dah tahu lagi mahu tanya!
            “Need my help?”  tanyanya sekali lagi.  Manalah tahu kot turun sikit tone ego minah ini.
            “No, thanks,” laju saja bibirnya menjawab dengan muka toya menghadap tayar.
            Shazli mengangkat bahunya.  Terus saja berjalan menuju ke arah Satria Neo hitam metalik miliknya yang terletak bertentangan sahaja dengan kereta Myvi milik gadis itu.
            AZ menjuih bibirnya.  Teringatkan seseorang, pantas diseluk handphone gedabak dalam beg.  Beg laptop diletakkan di sisi tayar pancit itu.  Dapat saja capai handphone miliknya, dibuka lock keypad.  Dan mukanya berubah.

                        3 missed call.
                        5 new messages.

            Laju sahaja tangannya menekan open untuk three missed call itu.  Dan bertambah berubah riak wajahnya apabila melihat nombor itu.  Malas nak kesah sangat pasal hal itu, dibuka pulak mesej-mesej yang menunggu untuk dibaca.

                        AZ, lepak jom?- vespa ijau
                        Ko ktne?- Ikin
                        Hjung bln ney g campin rmi2 nk?- Fara
                        U watpe?- ex
                        Bz ke?-ex
           
            Mampus aku tak layan!  Yang lain itu nanti aku balas.
            Sekarang aku ada misi lagi penting untuk selesaikan.  Jemarinya laju mencari nama orang yang ingin ditelefonnya.  Kemudian, didail terus.
            Tritt…tritt….
            “Helo?”  talian sana menjawab.
            Lega. “Helo, Ali.  Kau kat mana?”
            Ali yang berada di Melaka sekarang bersama-sama isterinya mengerutkan dahi.  Kenapa pulak minah ini call? Kereta rosak ke?  Bukan baru servis?
            “Helo?  Ali?”
            Tersentak. “Iye, iye.  Aku ada kat Melaka ini.  Kau kenapa?”
            “Tayar kereta aku pancit.  Tapi takpelah.  Bye,”  lemah je suara AZ.  Pantas dimatikan talian tanpa sempat Ali mengucapkan apa-apa.
            Jadi, macam mana sekarang wahai Che AZ?
            Aku pun tak tahu! 
           

0 rockerz komen:

Post a Comment