Saturday, August 21, 2010

bab lapan



BAB 8

MEREKA BEREMPAT melepaskan penat lelah mereka di tepi-tepi sudut Bukit Jalil itu.  Enjoy sangat bila dapat menari sakan tapi penatnya memang dahsyat.  Lama jugak sebenarnya mereka berempat tak hang out sama sejak masing-masing dicampak ke mana-mana tempat belajar.  Walaupun sekitar KL tetapi nak jumpa dan hang out sama memang dah susah.  Bukan macam dulu lagi.  Masing-masing dah ada tanggungjawab sendiri. 
            Life.
            “Best kan hang out macam ini?” tiba-tiba Ikin menyoal.
            Yang lain mengangguk serentak.
            “Kadang-kadang macam tak percaya pun ada jugak yang kita masing-masing dah besar, dah kena belajar sendiri, dah kena fikirkan masa depan dan apa-apa jugaklah kan.  Tapi inilah yang dinamakan kehidupan.  Takkanlah selamanya kita asyik bersama.  But then memang rindu gilak kat korang bila aku sorang-sorang kat kolej tu.  Rasa macam nak fly pergi kat korang je,” luah Fara. 
            Yang lain tersengih.
            “Aku ingatkan aku sorang je yang rasa macam itu,” balas Mel.
            Yang lain menjulingkan mata ke langit.
            Ketawa.
            AZ memerhatikan kawan-kawannya yang sentiasa dengannya tak kira susah atau senang itu.  Ikin, lembut orangnya tapi kalau dah naik hantu, semua benda kat depannya boleh jadi sasaran untuk dimusnahkan.  Fara, brutal tapi kalau nak dikira, Ikin lebih brutal walaupun nampak lembut ( sebab Ikin mampu merosakkan apa-apa benda kalau dah naik hantu ).  Mel, paling mengada-ngada dan otak gila tapi Mel orang paling bagus untuk dirujuk jika mempunyai apa-apa masalah.  Mungkin disebabkan mummynya a psychologist?  Tapi yang paling best ialah mereka berempat minat music, minat live band, minat gig dan boleh dikatakan segala apa benda yang mereka minat adalah sama.  Not a big deal lah diorang boleh bertahan menjadi sahabat susah senang, bergaduh bermasam muka, bercerita hal luar dan dalam. 
            Matanya sedikit berair apabila mengenangkan kawan-kawannya inilah yang dicari dan diluahkan masalah apabila dia berhadapan dengan masalah cinta.  Orang akan kata itu perkara biasalah kita akan meluahkan masalah kepada kawan-kawan tapi bagi aku yang selama ini agak membiarkan mereka semasa bercinta sakan, aku yang bodoh ikut telunjuk pakwe ( kononlah baik ) bahawa kawan tidak penting sebab pakwe yang paling penting ( memang manusia paling bodoh pun aku masa itu ), aku yang tidak hiraukan kawan-kawan semasa mereka mengajak untuk hang out sebab aku nak outing dengan pakwe ( keji kan? ) dan macam-macam lagilah.  I am so jerk but they accept me whatever my true color.  Tapi mereka di hadapan aku ini langsung tak kesah sebab mereka faham apa yang aku rasa dan mereka tahu aku pun tak ada niat.  Shit! Aku rasa nak pergi terjun loji tahi bila diorang cakap macam itu.
            Mel menyiku AZ yang kelihatan berair sikit kelopak matanya.
            Dia tersentak.
            Mel, Fara dan Ikin sedang memandangnya.
            “Thanks for everything,” ucapnya sebak. 
            Sheessh! “Apakehal AZ yang selama ini aci buta hati tahu nak sebak-sebak ala-ala buat drama pulak ini?” Ikin bergurau.  Dia turut sebak sebab bukan senang untuk AZ, seorang yang selama ini dingin, berkaca-kaca matanya. 
            Fara memandang tepat wajah sebak itu. “I will kill you if you are crying on here.”
            Ha ha ha!
            “Aku boleh support tissue,” ucap Mel selamba.
            Sekali lagi dia ketawa.
            “Let’s snap some pictures lah, lady!” ujarnya.
            Dan, klik!

DONE.
            Sarah keluar daripada ladies dan terus mendapatkan boyfriend dia. 
            Mereka melangkah beriring untuk pergi ke tempat kawan-kawan boyfriend dia melepak.  Memang dia kenal semua kawan-kawan boyfriend dia sebab dari dulu lagi mereka semua sama-sama belajar di sekolah menengah yang sama.  Cuma kali ini berbeza situasi sebab dia bukan lagi sekadar kawan dengan boyfriend dia sekarang.  Sudah ada satu ikatan yang lebih daripada kawan.  Dan dia gembira kerana memang ini yang dinanti-nantikan selama ini.
            Bart menarik kerusi dan duduk.  Begitu juga Sarah.
            “Lepas ini nak gerak mana?” tanya AG yang sedang merokok.
            “Uncle Bob?” saran Lan.
            “Lepak-lepak?” Duan.
            Along menyekeh kepala Duan.  “Samalah itu kalau dah pergi kat Uncle Bob.”
            Semua ketawa.
            “Aku balik teruslah.”
            Semua memandang Shazli.
            “Ala wei… tak bestlah kalau kau takde.  Jumlah join melepak sekali,” ujar Sham. 
            “Entahnya kau ini.  Bukan selalu nak lepak sama.  Inilah pun masanya nak borak-borak sambil tahu apa yang masing-masing buat,” cakap Lan. 
            Matanya melirik pada gadis di sebelah Bart. “Aku dah janji dengan mama aku nak balik cepat.”
            “Shaz, dah lama aku tak borak dengan kau.  Luangkanlah sikit masa kau untuk kitorang,” Sarah cuba memujuk.  Tapi dia tahu lelaki yang dipanggil Shaz bukan senang untuk dipujuk macam itu je.
            Yang lain mengangguk.
            “Tak pun aku boleh call mama bagitau kau ada dengan aku,” ujar Bart pula.  Dia memang rapat dengan family Shazli.  Dah macam keluarga sendiri.
            “No need.  Thanks.”

SPEECHLESS.
            Apalah malang sangat aku hari ini sebenarnya?  Nak balik pun boleh je berlanggar lagi dengan orang.  Tapi kali ini bukan salah dia tapi salah minah yang kat depan dia ini yang melanggar dia ikut sesedap rasa.  AZ rasa macam nak bukak je bunga silat tangan kanan ular.  Keadaannya ketika ini memang membuatkan dia mampu hilang sabar.  Apa minah ini tak reti nak pegang elok-elok ke air dia itu?  Aku yang langgar orang pun takdalah sampai menyusahkan orang lain.
            Mel cepat-cepat menghulurkan tisu dan segala bagai lagi tisu untuk AZ lap baju yang dah sah-sah lencun.
            “Lain kali jalan tu pandanglah depan.”
            AZ yang sedang mengelap bajunya yang basah dengan air orange itu, serta-merta mengangkat mukanya yang dari tadi sibuk menganalisa keadaan bajunya yang sudah bertukar warna.  Dia memandang wajah minah yang selamba je berkata ‘lain kali jalan tu pandanglah depan’ dengan riak dingin yang menakutkan.
            Fara, Ikin dan Mel turut memandang.
            “Mata tu patut guna untuk memandang keliling, bukan aci redah jalan je sampai langgar orang.”
            Masih memandang.  Dingin.
            Ikin menelan liur.
            Fara dah menjulingkan mata.
            Mel masih menghulurkan tisu yang tidak bersambut.
            Sarah turut membalas pandangan.
            “I beg your pardon?” dingin nada suaranya.
            “Eh, pekak ke?” sinis suara Sarah.  Dia membuat mimik muka.
            That’s it!
            PANGGG!!
            “That’s more than enough.”



0 rockerz komen:

Post a Comment