Saturday, August 21, 2010

bab sembilan



BAB 9

BART mengepalkan penumbuknya.
            “I bukan buat apa pun. Tertumpah air then mintak maaf.  Tapi moron tu boleh tampar I macamlah I buat salah jenayah dengan dia,” cerita Sarah sekali lagi.  Mukanya merah menangis-nangis.  Pipi kirinya jelas kelihatan tompok merah akibat ditampar sebentar tadi.  Memang dia tak pernah ditampar dengan sebegitu kuat oleh sesiapa pun sepanjang dia hidup.  Dan perempuan tadi memang berani kerana menamparnya. 
            “You cam tak muka dia?”
            Angguk. 
            “Macam mana rupa dia?”
            Fikir sejenak. 
            “Kalau you tak dapat ingat muka dia pun, tell me apa yang dia pakai atau apa pun jelah.  Maybe I kenal,” ujarnya lagi setelah melihat buah hatinya itu agak sukar memberi gambaran.
            “Jeans Dior, baby-t Seed, a pair of Convers shoes….emmm….aha!  Beg LV and the iPod.”
            Bart tersentak.  Dia ke?
            “Are you sure?”
            “Yup!”  yakin nada suara Sarah.
            “Dia tampar you semata-mata sebab you dah tumpahkan orange dan itupun selepas you mintak maaf?”  soalnya agak pelik.  Pelik sebab kalau betul dia lah orangnya, dia yang dikenali bukan jenis berdendam.  Dia senang memaafkan orang lain.  If orang itu meminta maaflah.
            Sarah mengerutkan dahi.  Pandangannya tajam.
           





0 rockerz komen:

Post a Comment