Tuesday, August 24, 2010

dua



2

“INI KENAPA?”
      Raihan dah mula nak melambakkan tawanya semula setelah mendengar pertanyaan daripada mami Sharah.  Tapi ditahan untuk menjaga hati Sharah yang sememangnya sudah terbakar sejak dari MBO Cineplax tadi.  Bukan calang-calang orang yang berani buat seperti mamat tadi kepada Sharah. 
            Mami tergeleng-geleng melihat anak bongsunya itu yang menonong sahaja ke rak kasot lalu ditanggalkan kasut sneakers putihnya itu.  Kemudian, dibuka pintu rak kasut dengan kasar dan ditutup dengan kuat seperti ingin melepaskan geram.  Pandangan mami jatuh pula pada pakaian anaknya yang sudah bertukar rupa.  Belum dikira lagi dengan rambut anak itu yang berbau coklat saja.
            Coklat??
            Raihan menyalami tangan mami Sharah.  “Jangan ditegur dulu sarang tebuan itu, mami.  Nanti kena gigit bisanya menyengat sampai tahun depan,” bisiknya dalam gurauan. 
            Mami memberi isyarat mulut menanyakan kenapa.
            “Sharah kena simbah dengan ice blended coklat kat wayang tadi.”
            Terkelip-kelip mata mami mendengarkan ayat itu.  Sharah, anak yang degil malah sangat garang itu kena simbah?
            Sharah yang sudah duduk di sofa sambil menstabilkan pernafasannya yang daripada tadi tidak stabil, menoleh memandang Raihan dan maminya yang sibuk dok berbisik daripada tadi kat depan pintu rumah.  Cakap pasal aku lah itu!
            “Mami dengan Raihan nak bisik-bisik sampai bila kat depan pintu itu?  Kesian orang kat belakang mami yang dari tadi tak dapat nak masuk dalam rumah,” sengaja dikuatkan suaranya sambil matanya dipaling ke arah lain.
            Eh?
            Mami dan Raihan menoleh ke belakang.  Adoi!  Big boss rupanya ada di belakang mereka tanpa mereka sedari.  Big boss itu pun sudah bercekak pinggang menunggu mereka.
            “Agaknya kalau Sharah tak bagitau you all yang papa ada kat belakang, sampai malamlah ye kita semua kat depan pintu rumah ini,” sindir papa dahsyat.  Muka papa yang putih melepak itu sudah kemerah-merahan akibat menahan panas yang berbahang di luar rumah tadi.
            Raihan menyengih sambil mendekati papa dan menyalam tangan papa. “Mami dah tak sabar nak dengar story hot hari ini lah papa.  Kalau papa pun, mesti dok tercegat jugak kat depan pintu nak dengar cerita Raihan,” balasnya terus.  Kepalanya yang diusap lembut oleh papa membuatkan dia tahu papa Sharah ini hanya ingin bergurau sahaja.  Yelah!  Mana pernah dia nampak papa yang cool ini marah-marah.
            Mami mengambil briefcase di tangan kanan papa.  Langkahnya diatur pada Sharah yang tidak mempedulikan mereka bertiga.  Nampak sangat anaknya itu memang sedang menahan amarah.  Muka kuning langsat seperti kulit wajahnya itu sudah merah padam sejak mula masuk ke dalam rumah. 
            Sharah mencebik mendengar bicara Raihan.  Mukanya yang merah padam itu sengaja makin dimasamkan apabila mami datang dekat padanya sambil buat muka selamba.  Mami ini sengaja lah itu nak korek rahsia.  Kemudian, ekor matanya melihat pula pada papa dan Raihan.
            Diorang pun sibuk menala ke sini apahal?  Adoyai!
            “Ini yang berbau coklat je kenapa?  Sejak bila Sharah suka perfume coklat ini?  Papa tak tahu pun,” bicara papa menusuk jantung betul.  Sengaja je papa buat muka selamba sambil mengambil remote control television. 
            Mami mengambil tempat betul-betul berhadapan dengan anak bongsunya yang degil dan nakal itu.  Raihan pula duduk di sebelah mami.
            “Papa itu yang tak reti nak amek tahu pasal Sharah suka pakai perfume coklat.  Sibuk dengan bisnes je,” balas Sharah selamba.  “Perfume coklat ini bukan senang nak dapatlah, papa.  Coklat buat orang gembira sampai nak baling kerusi dalam rumah atau luar rumah,” sambungnya lagi dengan tiada nada.  Datar.
            “Lar kalau macam itu memang patutlah papa tak amek tahu pun.  Kot papa amek tau pasal perfume coklat Sharah ini, habis agaknya segala benda dalam rumah ini nak kena baling.  Hesy mana boleh macam itu!  Mahal tau papa habiskan duit nak beli barang-barang dalam rumah.  Tak percaya tanya Eric dalam Casa Impian ini,” ujar papa serius sambil jarinya menunjuk pada Eric yang sedang mengatur perabot dalam rumah pelanggannya itu.
            Sharah menegakkan badan.  Dipusingkan menghadap papa.
            “Papa kenapa?  Nak cari gaduh dengan Sharah?”
            “Eh...papa tengah tengok Casa Impian ini lah.  Bila masa pulak papa cari gaduh dengan anak papa yang mencuka ini?  Dahlah tak comel, masam je.  Heeee tak mahulah papa.”
            Nafasnya ditarik geram.  Papa ini lah kan.  Saja je.  Dia melihat pula mami dan Raihan yang mata mereka berdua itu melekat di television jugak.  Heh, telinga itu pasang jelah itu dari tadi.  Berlakon je tau!  Mukanya semakin masam mencuka.  Terus dia mendiamkan diri.  Tak pandang papa pun.
            “Sharah, tak reti buat air untuk Raihan ke?” tegur mami.  Sengaja dipecahkan hening suasana kat ruang tamu itu. 
            Raihan menyiku mami.  Kepalanya digelengkan.  Tak haus pun lah!
            Mami buat selamba. “Sharah.....”
            “Alah mami ini.  Tahulah Si Raihan itu nak ambil air dia sendiri.  Dia dah besarlah.  Lagipun rumah ini dah macam rumah dia,” balas Sharah malas-malas.  Tak pasal je kena buat air untuk minah senget itu.  Selalu pandai je amek air sendiri.
            “Pergi tukar baju itu, Sharah.  Mandi sekali.  Rumah ini dah berbau coklat dari tadi.  Tak tahanlah papa nak bau,” sampuk papa tiba-tiba.
            Serentak mami dan Raihan ketawa. 
            Sharah mengetap bibirnya. Papa ini lah pun!
            “Ha! Sebelum papa lupa, this weekend you are not going anywhere because we have a dinner with somebody.  Make it clear to yourself,” ujar papa lagi sambil memandang ke arah Sharah. Papa juga membuat isyarat kepada mami.
            Dahi berkerut.
            “Dinner dengan siapa ini, bang?” belum sempat Sharah nak membuka mulut bertanya, mami dah bertanya dulu.
            Papa sudah memandang kembali Eric yang sibuk decorate rumah orang dalam telivisyen itu. “Nama pun somebody. So it secret, then.”
            “Sharah nak pergi PD this weekend la, pa,” sampuk Sharah. Dia dah buat muka tak puas hati.
            Raihan hanya diam membisu sebab dia sedang sibuk bermesej.
            “No excuses, my darling.”
            “Papa bagitau last minute ini.  Hari ini dah Rabu.  Sharah dah plan nak pergi PD since last week okay?  This is not fair,” bantahnya geram.  Papa macam inilah.  Dah nak dekat sesuatu occasion itu, time itulah dia baru nak beritahu. Benci tau!
            “Like i said, no excuses.”
           

0 rockerz komen:

Post a Comment