Saturday, August 21, 2010

bab empat



BAB 4

SHAZLI mengikat tali kasutnya di hadapan pintu rumah.  Mama yang sejak dari tadi melayannya bersarapan, berpot pet pot pet apabila mengetahui dia ingin keluar ( kata mama hari minggu pun nak keluar ) sedang berdiri di tepi menunggunya.  Inilah mamanya yang kuat membebel tapi dia tahu mama buat begitu untuk kebaikan dirinya.  Tapi kadang-kadang itu rimas sampai rasa nak tutup je telinga dengan kapas.  But still my mom right?
            Bangun, ambil kunci kereta yang terletak di atas lantai dan mencium tangan mama.
            “Jangan balik lewat sangat.  Esok class.”
            “Iyelah ma.  Tadi pun ma dah cakap.”
            Mama membulatkan mata. “Ada je jawabnya budak ni.”
            Sengih.
            “Bye ma.  Jangan nakal-nakal,” usiknya lantas mendapatkan Satria Neo kesayangannya.

DUA SETENGAH PETANG.
            Aku tahu aku memang dah lambat.  AZ berjalan pantas bagaikan lipas kudung sebaik sahaja keluar dari LRT yang baru sahaja tiba pada stesen Bukit Jalil itu.  Pantas diseluknya kad touch and go miliknya dalam saku jeans.  Langkah kakinya laju menuruni tangga dan dipintas setiap orang yang seakan-akan bergerak lambat di hadapannya.  GOD!  Biarlah band-band yang starting bukan Butterfingers, Bittersweet dan band yang aku suka.  Kalau tak sia-sialah aku datang tak tengok performance diorang.
            Kad touch and go diswipekan dan kakinya terus laju melangkah demi langkah yang berada di hadapan.  Telinganya yang dipasang earphone yang bersambung dengan iPod warna putih miliknya berdentam-dentum memainkan lagu Trouble Is A Friend by Lenka.  Tangan kanannya memasukkan kembali kad touch and go dalam LV sebab memang takkan pakai lagi.  Tangan kirinya laju menaip mesej bertanya pada Mel di manakah kedudukan kawan-kawannya sekarang.
           
            Korang katne? Ak br je smpi ni. In4rm as fas…

            Belum sempat dia menghabiskan ayat dalam teks mesej handphone Nokia, elok saja dia jatuh terduduk atas tar dan handphone kesayangannya jatuh juga dan bukan setakat jatuh tanpa cedera.  Terburai terus isi-isi dalamnya. 
            Terlopong sekejap.  Damn!
            Sepasang tangan yang diyakini memang bukan tangan miliknya, mencapai isi-isi milik handphonenya.  Keypad, cover handphone, bateri, simkad, penutup belakang dicapai sepasang tangan itu.  Kemudian perlahan-lahan tangan itu hilang sebab tuannya berdiri dan berjalan ke arahnya.  Turun yakni mencangkung menghadap dirinya yang masih lagi terduduk akibat jatuh tadi.
            “Nah.” Datar saja suara itu.  A guy.
            AZ mengetap bibir. 
            “Take it.  Yours.”  Sekali lagi.
            Mata AZ melirik pada sekelilingnya.  Sheesh!  Macam tengah buat drama swasta untuk RTM je ni.  Hampir semua yang lalu di tempat dia terjatuh memandang ke arah mereka.  Apahal pandang-pandang?  Tak pernah tengok adegan macam ini ke?  Marah hatinya. 
            “Next time better be careful of your step.”
            Pantas saja AZ mendongak memandang wajah empunya suara itu.  Riak wajahnya dia yakin memang beku.  Ice cold-heartless.
            “Know that,” balasnya dingin sambil mencapai kasar segala isi handphone dalam tangan guy di hadapannya.
            Riak tak berperasaan walaupun gadis di hadapannya berlagak dingin.
            “Need help to stand up?”  datar saja.
            Ya Allah!  Kenapa aku rasa nak bakar je mamat depan aku ini?  Terasa mukanya panas ataupun itu hanya kerana matahari yang terik?  Dia bingkas bangun sambil menepuk-nepuk punggungnya yang memang berpasir walaupun dia jatuh atas tar.  “No need.”
            Dia turut bangun.  Wajah gadis itu ditatapnya bagai tak berperasaan.
            Apa pandang-pandang anak dara orang?  Nak kena saman? 
            Degil minah ini.
            Mind your business.
            Sure.

0 rockerz komen:

Post a Comment