Saturday, August 21, 2010

bab due



BAB 2

GIG KAMI??
            “Wey, dah pekak ke hapa kau ni?  Nak gerak tak pergi sekali?”
            Disiku kuat lengan Azeeqa sampai member tu membulatkan mata tanda bengang disiku begitu.  Dan dibalas kembali dengan kening terangkat tinggi.  Apa kau ingat kau sorang boleh bengang?
            “Tak boleh panggil aku elok-elok ke?  Giler main siku-siku aku.”
            “Wey, aku dah berpuluh kali malah dah terjerit-jerit panggil kau tapi kau tu yang pekak macam badak.  Kau tu yang giler sebab tak dengar aku panggil kau.  Sampai sakit tekak aku ni tau!”  rengus Mel geram.
            Dan dia mengerutkan dahinya.  Seakan-akan tak percaya. 
            “Blah lah kau!”
            Sheessh!  Minah ini lah kan.
            “Kau apekehal angin ribut semacam?  Bulan menjelma?”  nada sarkastik sambil diangkat kening double hell.
            Huh!  Mel kembali menggosok-gosok kukunya yang tak sempat dimanicure kat rumahnya tadi.  Datang tepat pukul 1petang ke Pizza Hut dekat dengan Bukit Bintang dengan tergopoh-gapah sebab member yang menanya padanya dengan nada babun itu membuat pertemuan mengejut!  Konon nak bincang about KAMI the gig yang akan berlangsung this weekend.
            Fara dan Ikin sama-sama berbalas pandang melihat gelagat dua orang kawan mereka itu.  Kalau macam ini gayanya alamatnya memang sampai ke sudah tak bincang betul-betul!
            Dan dia still remain selamba.
            “Korang ini macam kanak-kanak ribena tau tak?  Harap umur je meningkat tapi gaya macam budak tak habis tadika.  Grow up la sikit.  Dahlah susah nak jumpa macam ini.  Almaklumlah pulak!  Korang kan PM Negara-negara bersatu!”  suara Ikin perlahan menembusi corong telinga tiga lagi anak dara yang ada kat meja makan Pizza Hut itu.  Datar.
            “Memekak lah kau.” Datar juga.
            “Membebel macam nenek.”
            “Grow up konon.”
            Ikin menjulingkan matanya ke siling. 
            Serentak mereka berempat ketawa sakan.  Memang beginilah life mereka berempat sebenarnya.  Gurau yang macam bergaduh tu dah sebati dengan diri mereka sendiri.  Just because.  Takkan ada sesiapa yang terasa atau apa-apa saja perasaan yang bodoh-bodoh.  Dah lama berkawan since tadika lagi.  Makan,hidup,main semuanya mereka dah redah bersama.  Malah, keluarga masing-masing pun kenal baik antara mereka.  Cumanya sekarang ini mereka dah tak sama tempat belajar but still friendship forever.
            “Tapi betul kan kau datang bulan?” Zeeqa angkat kening double-jerk.
            “Jerk la u!”  Mel sudah tergelak-gelak sambil ditarik kuat rambut Zeeqa yang hanya diikat ekor kuda.  “Who cares lah even aku datang bulan or whatsoever?”
            Zeeqa angkat tangan spontan.
            Fara dan Ikin jugak.
            Ha ha ha!
            “Okay, back to our discussion.  How about KAMI THE GIG tu?”  Fara bertanya.


NAILI’S PLACE.
            Kelihatan tujuh orang pemuda bersembang rancak.  Kelihatan yang enam daripada tujuh itu bersembang bagai tidak berjumpa bertahun lamanya.  Seorang lagi asyik memetik gitar.  Tidak mengambil kisah langsung tentang apa yang dibicarakan.  Gitarnya lebih penting.
            “Mana awek kau?” soal Sham apabila Bart datang seorang diri.
            Terhenti sebentar ketawa Bart.  Dia buat muka selamba.
            “Putus.” Duan yang menyahut.
            “O la la!  Apa jadi?  Dulu bukan main ke hulu ke hilir macam dah tak sabar nak menikah.  Putus pulak?  Ada orang lain?” tanya Along sambil menghirup air laici kang dia. 
            “Bosan.”
            Bagai nak terbalik kerusi masing-masing mendengar alasan itu. 
            Dia mengangkat wajah. “Bila lu nak berubah ni?” datar.
            Bart memandang orang yang menanya itu.
            “Tunggu bulan jatuh ke riba lah alamatnya nak tunggu mamat ini berubah.  Dari dulu lagi tak habis-habis main perempuan,” baik hati jer Lan tolong menjawab bagi pihak rakannya itu.  Mukanya toya apabila Bart memberi pandangan tajam.
            AG angkat tangannya.
            Semua memandang.
            “Aku bet dia akan pergi balik kat ex dia.”
            Laju sahaja Bart menyekeh kepala AG.  “Tiada makna.”
            “Ada je maknanya.”  Datar suaranya.
            Kali ini pandangan yang lain semua ke arahnya.
            Bart memandang tajam.
            Dia meletakkan gitar kesayangan dalam bekasnya dan dengan tenang membalas pandangan rakannya. “No wonder kau akan pergi balik kat ex kau sebab kau yang buat macam itu kat dia.  Cukuplah itu nak jadi romeo.  Hati orang bukan untuk dipermainkan.”
            “Mind your business, bro.”
            “Sure,” balas Shazli.  Selamba dia menyedut minumannya.
            Yang lain sedar keadaan semakin membara antara keduanya walaupun angin di tempat mereka sekarang sepoi-sepoi bahasa.  Inilah masalahnya bila si dingin beku berjumpa dengan si panas baran.  Tapi peliknya pulak mereka masih boleh menjadi kawan baik malah rapat. 
            “But I bet you will regret, bro,” sambungnya selamba.
            Sham memandang wajah kedua sahabatnya itu.  Bart dikenali sebagai panas baran dan Shazli dikenali orang sebab sikap dinginnya terhadap sesiapa pun yang tidak dikenali.  Bart, walaupun panas baran tetapi perempuan keliling pinggang.  Baginya perempuan bagaikan baju.  Nak pakai, diambil dan dah tak nak pakai, dibuang. 
            “Okay, guys.  That’s enough okay.” Ujar Duan.
            “Aku tak suka kau masuk campur dalam hal peribadi aku, Shaz.  My personal is my personal.  Yours is yours.”
            Shazli mengangkat tinggi keningnya.  Cabar.
            “I mean it, Shaz.”
            Dia memandang sinis. “Sorry.  Just concern.  So do you, Bart.  Don’t ever interfere on my personal such as past year.”
            Bart menggenggam buku limanya.  Jika diturutkan hatinya yang memang dah menggelegak sejak rakannya itu menegur, memang dah lama dihayunkan buku limanya ke muka Shazli.  Kalau tidak mengenangkan itulah rakan yang selalu menolong tika susah dan senang, alamatnya memang menjadi persahabatan berdarah.
            Yang lain memandang dua orang rakan mereka bergilir-gilir.  Sudah!
            “Continue okay.  Aku blah.”
           

0 rockerz komen:

Post a Comment