Saturday, August 21, 2010

bab enam



BAB 6

SERIUS MENYAMPAH!
            Wajah kelat masam mencuka milik AZ memang dah tak boleh nak ditukar jadi manis macam gula atau riak dingin beku lagi.  Perjumpaan tadi yang secara tidak sengaja memang membuatkan dia rasa nak bukak je bunga silat yang dipelajarinya.  Tapi mana boleh macam itu!  Illegal!  Tapi kenapa aku rasa macam nak buat-buat tak tahu dan terus silat je mamat tu?
            Love is pain killer.  I swear.
            Walaupun tika itu mereka berada di tengah-tengah kebanjiran manusia tetapi memang tidak boleh tidak riak mukanya itu dimaniskan.  Rasa terbakar je. 
            “Hey girl.  Relax kay,” bisik Mel.  Dia menepuk perlahan bahu rakannya itu.  Faham perasaan yang dialami oleh rakan karibnya itu.  Kalau dia pun yang melihat, memang rasa nak libas je mamat tadi dengan bunga copeira.  Mamat yang membuat kehidupan AZ menjadi haru-biru sampaikan dia yang tiada kena-mengena malah tidak disakitkan pun jadi sakit melihat apa yang terjadi.
            Ikin yang berada di sebelah kanan AZ menggenggam erat jemari tangan kiri rakannya itu.  “Sekarang ini kita enjoy kay.  Kita datang sini nak enjoy.  Chill lah, girl.”
            Fara memberi senyuman manisnya tanda semangat.
            “Korang ini buat aku macam budak-budak pulak,” tergelak-gelak AZ apabila melihat raut wajah rakan-rakan karibnya itu.  Masing-masing berwajah semangat waja apabila melihat dia masam mencuka.  Tapi dia begitu bukan sahaja sebab mamat yang bodoh tambah hodoh tambah perasan macho itu.  Disebabkan hal lain.  Hal yang pastinya akan membuatkan mereka yang memberi semangat padanya sebentar tadi terus menyakatnya tidak henti.

MY GOD!  He again??  Tidak terasa air liurnya.
Kenapalah aku je yang asyik dilanggar minah ini?  Apa minah ini memang tak reti jalan pandang ke depan ke?
AZ sudah mengetap bibir berkali-kali. 
            Dia memandang riak dan cara gadis itu mengetap bibir berkali-kali.  Isk!  Menyeksa diri sendiri betul minah ini.  Kot dah lapar sangat pergilah beli makanan.  Dekat je pun kat sini.
            Kenapa pulak dalam ramai-ramai makhluk Allah yang berada atas muka bumi ini memang mamat ini jugaklah yang aku boleh asyik terlanggar?  Kot tadi aku tengok okey je jalan.  Entah dari arah mana pulak mamat sekor ini boleh jatuh.  Elok je pulak tu kat depan aku dan aku pun ala-ala best je pergi langgar dia buat kali kedua.  Yang mamat ini pun dalam banyak-banyak jalan kat Bukit Jalil ini pun kenapalah depan aku jugak yang dia suka sangat muncul macam alien?  Kan dah kena langgar free-free je dengan aku.  Eh, ada ke orang yang kena bayar apabila kena langgar, AZ?
            Dia menoleh sekelilingnya.  Terasa macam a fate pun ada jugak bila asyik berlanggar dengan minah tak reti pandang depan ini.  Dalam ramai-ramai manusia dalam dunia ini kenapalah aku asyik kena langgar dengan dia?  Dahtu mesti masa itu tengah dengar apa entah dari iPod kecik dia itu.  Cik kak!  Lain kali nak dengar iPod tak payah datang kat tempat crowd macam ini.  Ini gig.  Orang datang nak enjoy sambil dengar live band. Apalah.
            AZ membetulkan earphone dia.  Sekali lagi hancus impiannya nak menghabiskan lagu Trouble Is A Friend by Lenka.  Semuanya disebabkan mamat depan dia ini.  Rasa macam malang betul sebab dari tadi dia memang nak dengar dan habiskan lagu Lenka itu.  Dicapai earphone dan disumbatkan terus dalam LV.  Malas dah nak dengar lagi.  Kot karang aku dengar terlanggar buat kali ketiga dengan mamat depan ini memang haru lah jadinya.
            Okay. Cut it out, girl.
            Fine.
            “U memang tak pandai nak jalan ke?”
            Huh?  Aku ke?
            Dibuat muka toya pulak minah ini.
            AZ rasa macam nak libas mamat depan ini.  Kot ingat aku ini budak kecik yang baru belajar bertatih ke?  Tak nampak ke aku punya sikit besar?
            “Hmm?”
            Sibuk je! “Taula.”
            Dia senyum. Sinis.
            Dibutakan matanya yang melihat sinisnya senyuman itu.
            “Then u should act macam orang yang tahu berjalan lah.  Bukan macam child yang baru belajar bertatih.”
            Geeezzzz!
            “Mind your business la, bro.”
            Kau pernah dengar tajuk lagu tapak kakiku di bibirmu tak?
            Dia menyembunyikan senyumannya yang terasa nak membuahkan di bibirnya.  Wajah dingin ala-ala kelat itu memang macam budak-budak.  How could he…
            Ingat aku tak tahulah itu dia nak gelakkan aku! Tanpa disedari oleh dirinya sendiri, mukanya dah berubah kelat campur masam.  Riak dingin itu dah tinggal suku je.  Memang dah nampak muka budak-budak.
            “I will not care if u’re not hit me from the first place, lady,” datar sahaja.
            “Macam lah aku saja je nak langgar dia dari first side lagi.  Gaya macam dia famous sangat pulak,” gumam AZ perlahan.  Dia memandang arah kanannya.
            Heard that, girl.
            “So should ask my proper apologize right?”
            Fikir aku ini aci tak dengarlah apa yang dia cakap itu.  Bibir dia ditahan sekali lagi daripada membuahkan senyum segarisnya.
            Apologize? 
            Yes.
            “I’m sorry, sir?” dengan lagak ala-ala muka innocent tambahkan lagi dengan nada sarkastiknya, AZ meminta maaf.  Aku tak nak jumpa mamat ini lagi!!!
            Dan memang tak dapat ditahan lagi senyum segarisnya melihatkan telatah gadis di hadapannya itu.  Memang nampak sangat geram.
            “Sure, kid.”
            KID?????
            AZ menentang tajam pandangan lelaki di hadapannya kala itu.  Rasa-rasa memang nak hentak je mamat ini dengan buah silat.  Tak pun guna je beg LV aku ini biar dia rasa apa yang aku rasa.  Gaya kononlah kau itu besar sangat panggil aku, kid? Jerk!
            Dia memandang selamba dengan senyum segarisnya.
            “Bro, aku rasa kau patut belajar some kind of manners lah.  Agak-agak sikit nak gelarkan orang, kay?  Should say I’m sorry so don’t act like you are such a big brother to call me ‘kid’!  Dasar orang lelaki.”
            Terangkat keningnya.  Marah?
            “Kalau betul pun aku berjalan tak pandang depan yang kau sibuk-sibuk kenapa?  Pergilah jalan kat tempat lain.  Depan aku jugak kau nak jalan.  Such a bloody jerk,” tambahnya bengang.  Lagi bengang bila tengok mamat depan itu hanya memandangnya dengan senyuman jurus membunuh hati itu.  Pergi senyum kat orang lainlah! 
            Merah padam muka AZ.
            “Habis dah?” sarkastik nadanya.
            AZ mengetap bibirnya. 
            “If I am bloody jerk, who’s on earth yang cares lah?  Next time kau yang kena ambil minor lessons of manner, not me.  Girl.”
            “Apa?”
            “Perempuan.  Emosi.  Sensitive.”
            Calm lah, AZ. 
            “Nice to meet you, AZ.  I’m Shaz.  By the way, nice iPod.”  Terus dia berlalu sambil jarinya menunjuk pada iPod yang masih berada dalam genggaman tangan gadis itu. 
            Who cares lah with your name, bro?

0 rockerz komen:

Post a Comment