Saturday, August 21, 2010

bab dua belas



BAB 12

SUNYI.  SEPI. 
            Keadaan ini yang melanda dalam kereta Kenari putih milik Bart sejak dari mula mereka berdua keluar daripada apartment miliknya sehinggalah sekarang.  Membisu macamlah masing-masing kanak-kanak autism yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi.  Radio pun aci redah tak pasang.  Tak tahulah sama ada yang lelaki menunjukkan egonya yang tingginya macam tuan dia jugak atau pun yang perempuannya pulak konon buat tak tahu atau buat tak perasan dengan suasana yang melanda mereka sekarang.  Tapi tadi masa elok je keluar dari kereta dan berjalan-jalan sekitar Bukit Bintang, Pavillion dan Sungei Wang, bercakap je pulak masing-masing.  Siap tengok wayang dan berpaut sakan dalam wayang.  Jalan pun berpegangan tangan.  Sampai je dalam kereta dah macam orang asing.
            “What’s wrong with you?”  soal Bart perlahan.  Ketika itu keretanya berada di Jalan Imbi nak ke Jalan Pudu.
            Menoleh sebentar dan menghadap hadapan kembali.  “What’s wrong with me?”
            Jelling sekilas.
            Sarah mencebik.
            “If ada apa-apa yang you tak puas hati dengan I, better quick you tell me as fast enough than you aci bisu macam ini.  Keluar tadi tak ada pulak nak bisu.  Elok je bercakap,” sindirnya perlahan.  Free gear diambil apabila sampai di traffic light dan serentak itu juga tangannya mengangkat handbreak.
            “I don’t have anything to say.  That’s all,” kerek.
            Bart mengangkat kening kirinya.  “If you say so, then I’ll ask you.  Siapa yang gatal tangan sentuh my laptop tengahari tadi?”  soalan yang sejak dia tertanya-tanya sendiri dan simpan jauh ke lubuk hati.  Tanpa bertanya pun dia dah tahu siapa yang sentuh tapi memandangkan orang sebelah buat gaya kerek, revenge balik lah.
            Sentap.  Dup dap! Dup dap!  Dia tahu ke?
            Bart sengih sinis.
            Apa aku nak jawab ini?
            Gear ditukar kepada gear 1 dan handbreak diturunkan.  Minyak ditekan dan Kenari putih bergerak menuju ke destinasi.

0 rockerz komen:

Post a Comment