Saturday, August 21, 2010

bab sepuluh



BAB 10

ISNIN.
            Memang hari yang paling tensen tak kiralah kalau dah dicampur didarab dibahagi disama ratakan dengan apa-apa benda atau apa-apa hari sekalipun!  Dengan kuliah yang giler full sepanjang hari, kena bangun pagi-pagi, kena selesaikan segalanya untuk hari Isnin, memanglah hari yang horrible, memenatkan, memeningkan dan segala-gala ‘me-‘ yang ada ( yang negatiflah ).  Tapi nak buat macam mana pun lagi.  Nama pun student, nama pun makhluk di muka bumi ini dan nama pun hamba Allah yang masih tidak ditarik lagi nyawa.  Hidup mesti diteruskan selagi nafas tidak terhenti.
            1030 pagi.
            Dia termangu menunggu rakan sekelas yang setiap hari memang bersama bila nak pergi kuliah, bila nak bersarapan, bila nak lunch, bila nak buat assignment, bila nak pergi test atau kuiz, bila nak dijadikan tempat sebagai posmen if dia tak dapat attend kuliah dan berbagai-bagai ‘bila’ lagi yang boleh ditakrifkan.  Bosan menunggu kedatangan yang tak kunjung tiba, dicapai fail yang menyimpan segala khazanah yang dibawa.  Mini iPod dibawa keluar dan pantas sahaja earphone dipasang pada kedua-dua belah telinganya.  Muzik dah terpasang menyanyikan Alone by Bee Gees.
            Sasa yang baru turun daripada Department Office Management and Technology, pantas berjalan menuju pada AZ yang nampaknya sedang mendengar lagu from her mini iPod.  Tempat duduk yang dipilih oleh minah ini memanglah saja nak buat aku terbakar senang-senang dan boleh buat aku hitam. 
            Sasa melayang-layangkan tangan kanannya di hadapan muka AZ.
            Dongak.
            “Jum.”
            AZ mengerutkan dahinya.  Tak dengar.
            Sasa mencabut terus earphone dari telinga AZ.
            “Jum lah.  Kata nak breakfast tadi.”


BLOODY HELL.
            Sarah mengherot-herotkan bibirnya yang bak Angelina Jolie itu ke kiri dan ke kanan.  Sungguh dia terkejut tahap megabytes apabila menatap sesuatu yang tak pernah terlintas dalam kepalanya.  Konon-kononlah nak tengok ada benda yang best ke dalam laptop milik Bart tapi benda lain pulak yang dia jumpa.  Yang buat dia lagi sentap tambah menyirap adalah gambar Bart dengan perempuan yang menampar dia kelmarin!  So inilah ex dia?
            Dibuka satu persatu folder yang terdapat dalam satu file name besar di mana terletaknya gambar-gambar itu.  Bukan sedikit gambar mereka tapi berlambak-lambak malah kalau diberi tengok pada mana-mana orang sekali pun, mesti diorang akan kata mana mungkin diorang boleh putus.  Malah dia yang sedang melihat dan melihat dan terus membuka folder-folder ini pun macam tak percaya.  Dahlah budak perempuan ini yang tampar aku, pulak itu a fate dia adalah ex- Bart yakni sekarang ini balak aku!  Memang betullah dunia ini amat kecil!  Sarah berpaling memerhatikan jika ada tanda-tanda Bart akan keluar daripada tandas.  Dia tak mahu Bart tahu yang dia sudah tahu bagaimanakah rupa ex- dia dan apa-apa sajalah.  Diperhati betul-betul setiap gambar yang tertera. 
            Emmm…budak ini memang minat gig.  Ada saja gambar mereka kat setiap gig.  MCPA Hall, Bukit Jalil, Dataran Merdeka dan mana-mana tempat lagi.  Not bad jugaklah sebenarnya minah ini dengan all the stuff yang dia pakai dan segala bagai.  Gambar pun ala-ala romantik jer.  Natural beauty yang paling penting tentang minah ini.  No make-up no sowhatever yang boleh dipanggil make-up.  Tak up-to-date betul!  Rambut pulak ala-ala messy.  Padanlah kena tinggal.  Heh!  Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi air yang berhenti lalu pantas sahaja jemarinya close all the tabs dan dibiarkan sahaja laptop dengan screensavers Butterfingers.  Dan dia berlari keluar ke ruang tamu, on TV dan menatap kartun Powerpuff Girls.  Haiyak!  Apa-apa sajalah.
            Ditarik nafasnya pelan-pelan.  Jantungnya laju berdegup.
            Bart keluar dari tandas dan menoleh sebentar ke arah ruang tamu yang berada di sebelah kanannya.  Melihatkan Sarah yang khusyuk melihat televisyen, dia masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu bilik.
            Dia sekarang berada di hadapan almari bajunya.
            Okay.  Nak pergi Pavillion with her. Cinema.
            Dipilih-pilih dan digerak-gerakkan dari satu hanger ke satu hanger baju-bajunya yang bergantungan dalam almari.  Tangannya mengurai-ngurai rambutnya yang pendek ala-ala Beckham itu.  Well, I am a fussy guy.  Lalu dicapai t-shirt Quicksilver berwarna putih dan terus disarung.  Jeans Lee disarung terus malas dah nak pilih-pilih.  Disikat rambutnya dan tangan kanannya pula mengambil gel rambut diletak terus atas rambut.  Disikat sekali lagi supaya tampak kemas.  Minyak wangi Giorgio Armani disemburkan atas bahagian-bahagian yang tertentu. 
            Selesai.  Now, my laptop.
            Curser dibawa ke start icon tetapi tangannya terhenti apabila sepasang matanya melihat ada window yang kelihatan sederet dengan start icon. 
            Diklik dan terbuka luas file yang memaparkan folder-folder gambarnya dahulu bersama-sama dengan Eqa.  Matanya menatap lama gambar-gambar yang tidak bernyawa itu.  Sentimental value punya.  Even dia dikenali sebagai playboy, buaya atau romeo tetapi ada benda yang orang tak tahu mengenai dirinya.  Dia sebenarnya sangat sayangkan gadis yang berada dalam gambar itu tapi bersama dengan Eqa, dia berasa bosan lama-kelamaan.  Selama dia hidup, tidak pernah lagi dia menyayangi serta menyintai seorang gadis malah berkepit sahaja ke mana dengan seorang saja gadis.  Eqa lah gadis pertama tapi nyata bukan terakhir.  Dia bosan.  Dia adalah lelaki yang mudah bosan.  Dan Eqa bukanlah jenis perempuan yang suka mengada-ngada atau bermanja sedangkan sebagai lelaki, dia memerlukan elemen-elemen seperti itu untuk menyemarakkan lagi hubungan antara lelaki dan perempuan.
            But then, final decision dah dibuat pun malah percuma je kena jirus dengan air for the last time.  Tak sangka.  Tapi itulah Azeeqa yang dia kenali.  Dia tahu malah cukup tahu gadis itu semestinya amat terluka tapi biarlah terluka sekarang daripada terluka di kemudian hari. 
            Zaaapp!!
            Wait a minute.  Siapa yang bukak file ini? 


0 rockerz komen:

Post a Comment