Tuesday, April 12, 2011

kandungan anggur@molar pregnancy


salam. hai korang. dah lama aku tak update blog ini kan. tapi belum bersawang lagilah. okay. teros kepada topic pada hari ini. molar pregnancy atau lebih dikenali sebagai KANDUNGAN ANGGUR. oh. aku dapat tahu pasal benda ini pun sebab one of my bestest friend, who's married last year, got this after 3months married. from the beginning, dia bagitau aku yang dia MENGANDUNG, which is in her stomach, there are fetus that gonna be embrio and gonna be a baby soon. but after a month later, she called me and said 'kandungan gugur. tumpah darah. aku kat hospital sekarang' and cried. sad. so sad. dia memang mengharapkan baby itu. tapi ALLAH lebih mengetahui and after a couple of days, she called me again. said something about 'the kandungan anggur' which is i thought its just one of the causes for that miscarriage. aku taklah peduli sangat. yelah! tak pernah seumur hidup aku dengar word kandungan anggur and suddenly she said that. memang aku fikir biasa2 jelah.

last friday, i text her. she called me teros and talk about this kandungan anggur. kebetulan, aku tak keluar lunch langsung that friday afternoon and dengar explaination from her. OMG! kandungan anggur ini rupanya bukanlah simptom or sebab2 untuk kandungan gugur but penyakit bagi wanita! aku terus search kat uncle google and find about this kandungan anggur. when my friend sebok explain about it, at the same time aku baca jugak tentang benda ni kat internet. ohhhhh. nasib baik ia taklah serius sangat2 walaupun boleh dapat kanser. aha! KANSER. tapi this type of cancer not seriously like breast cancer, lung cancer and other cancer. more explaination di bawah :

Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui. Tetapi kes-kesnya dipercayai lebih tinggi di Asia.  Kandungan anggur ini sering terjadi di kalangan wanita yang hamil pada usia kurang 20 tahun dan 45 tahun ke atas. Molar pregnacy is a serius issue that one in every 1-2 thousand pregnant women faces. A molar pregnancy happens when tissue that normally becomes a fetus instead  becomes a growth , called a mole in ,your uterus. even though it is not an embryo, a mole triggers symptoms of pregnancy. Jenis kandungan anggur-
Complete hydatiform mole. Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi-

Partial mole
Jenis ini jarang berlaku. Tisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini. Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja. Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu. Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang. Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies).

Tisu kandungan molar sememangnya kelihatan seperti gugusan buah anggur kerana tisu janin iaitu chorionic villi dan trophoblast telah menjadi hyperplastic.
Mengesan kandungan anggur

Biasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-
-Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan-
-Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)
- Pendarahan faraj.
Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga 90 peratus.Biasanya pendarahan yang bermula akan terus berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur tersebut akan mula gugur. Dalam keadaan ini, jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak darah dan mungkin akan membawa maut-
-Pre eklampsia.
Tekanan darah boleh jadi terlalu tinggi. Jika tidak dikawal boleh mengakibatkan sawan atau eklampsia. Komplikasi ini juga berbahaya.-
- Hipertiroidism.
Adakalanya wanita boleh mengalami gejala seperti penyakit thyrotxicosis iaitu keadaan di mana kelenjar thyroid menjadi hiperaktif. Mengapa keadaan ini boleh terjadi tidak begitu di ketahui. Ada yang berpendapat paras hormon B HCG (beta human chorionic gonadotrophin) yang terlalu tinggi pada wanita yang mengandung kandungan molar boleh merangsangkan kelenjar tiroid. Jika komplikasi ini berlaku maka keadaan hipertiroid harus dikawal sebelum rawatan diberi.
- Pulmonari emboli.
Ini juga merupakan satu situasi dan komplikasi berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.Disebabkan gejala seperti alahan dan pendarahan juga boleh berlaku pada wanita yang mengandung normal, satu cara yang mudah dan cepat bagi doktor untuk membezakan kandungan normal atau tidak ialah melalui pemeriksaan ultrasound. Pada masa kini pemeriksaan ultrasound mudah didapati dan tidak invasif. Ia merupakan pemeriksaan rutin yang dilakukan kepada semua ibu mengandung. Dalam kandungan molar, struktur janin (fetus) tidak kelihatan melalui pemeriksaan ultrasound. Apa yang dilihat cuma snow storm appearance. Selain itu, pemeriksaan X-ray juga boleh dilakukan. Pemeriksaan darah untuk hormon B HCG juga perlu dibuat.Biasanya paras hormon tersebut jauh lebih tinggi bagi wanita yang mengandung kandungan anggur.

RawatanRawatan yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan kandungan anggur tersebut seboleh-bolehnya sebelum pendarahan atau keguguran berlaku.
Kaedah yang biasa dilakukan ialah suction & currettage. Dalam kes-kes tertentu adakalanya prosedur tersebut terpaksa diulang akibat pengeluaran kandungan molar tidak dikeluarkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, rawatan bukanlah berakhir setakat itu sahaja. Apa yang amat ditakuti ialah kandungan anggur boleh menyebabkan kanser choriocarcinoma. Hampir 20 peratus daripada kandungan molar boleh menyebabkan kanser tersebut.Namun, ini tidak bermakna wanita yang mengandung kandungan normal, mengalami keguguran atau kandungan luar rahim terkecuali daripada kanser tersebut.

Risiko kanser ini adalah lebih tinggi selepas kandungan molar.
Sehubungan itu, wanita yang telah menjalani rawatan suction & curettage biasanya akan menerima rawatan susulan selama dua tahun atau lebih. Ujian seperti X-ray dada dan pemeriksaan darah akan dilakukan selain pemantauan paras hormon B HCG. Pada peringkat pemulaan, paras hormon akan dipantau setiap dua minggu sehingga paras hormon turun.Pemantauan selanjutnya akan dilakukan setiap tiga bulan dan enam bulan seterusnya. Paras hormon B HCG akan menurun selepas kandungan molar dikeluarkan dalam tempoh antara 12 hingga 14 minggu.Jika paras hormon menjadi lebih tinggi, tidak berubah atau mengambil masa yang lama untuk hilang, ini menunjukkan berkemungkinan tanda-tanda kanser akan timbul. Rawatan kemoterapi akan dimulakan untuk mengelakkan kanser terjadi.

aku tak tahulah korang paham ke tidak tapi aku paham. first time kawan aku ini kata about the kadar HCG yang aku rasa memang aku takkan ambil tahu ( orang2 sains je yang paham) sumpah aku memang tak paham. dengar pe yang dia cakap plus baca artikel2 about molar pregnancy, barulah aku paham. walaupun tak serius tapi amat menakutkan bagi para wanita. betul tak? tak gila ke bila dalam perut kita ini ada sejenis fetus yang bukannya mengembang sebagai embrio tapi 'the anggur' ni? hesy! mintak simpang.
kadar B HCG kawan aku ini memang tinggi sekarang ini. 400 daripada 2 bagi yang normal macam kita2 ini. perh! aku dengar pun dah risau. setiap minggu kena pergi cek and minggu ini kena buat lagi pembersihan yang macam ala2 bersihkan perut bila orang keguguran itu. ngeri aku nak fikir! kalau tak bersih lagi, kena buat lagi. ingat tak sakit ke? dahlah main seluk-seluk pulak itu. euwwww! 

pemeriksaan untuk kandungan anggur ini akan berlanjutan selama DUA TAHUN@24 bulan. lama seh. and sepanjang tempoh ini, tak boleh mengandung langsung-langsung sebab takut jadi apa-apa pada baby yang sedang dikandung atau komplikasi pada ibu yang mengandung. hey, bukanlah bermakna they are not allowed for having a sex ( korang dah matang kan) but jangan sampai mengandung. kena apa itu? alahai. macam merancang lah. padahal kawan aku ngan hubby dia dahlah nak anak sesangat2. terpaksalah menunggu sampai kawan aku ini sembuh. 

jadi korang, pasni jangan jadi macam katak bawah tempurung kalau ada orang tanya apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy okay. nak lagi tau search lah sendiri kat internet okay. ingat, setiap orang ujian dia lain-lain. bawa bersabar je. hikmahnya ada di kemudian hari. anyway, aku sayang orang2 yang sayang aku je. tata! =) 

0 rockerz komen:

Post a Comment