Tuesday, April 5, 2011

chik iqa! chik iqa!


salam. hai korang. mesti korang rasa pelik dengan tingkah aku yang semakin lama semakin rajin mengaktifkan diri dalam dunia blog kan? hahahaha! aku sendiri rasa pelik so bolayan jelah dengan pelik-pelik ini. bukan mendatangkan duit macam dalam iklan celcom itu. kot duit melekat-lekat kat aku bila aku fikir pelik-pelik ini, memang tiap saat aku berfikir pelik-pelik. ngaaaa! ah mengarut sudah. ini bukanlah benda yang aku nak sharing dengan korang. baca title atas itu pun korang tau kan? kalau tak tahu, korang pergi belajar sekolah menengah balik. apa itu maksud tersurat dan tersirat. =P

ini cerita tentang my cutest niece and my naughty nephew!fuh. betol nakal. sejak diorang ini lahir daripada perot ibu diorang lagi, memang diorang nakal. tapi disebabkan aku ini amat suka and loving giler dengan bebudak, aku buat dont know jelah. budak2 ini comel. time diorang kecik2 inilah boleh kelek ke sana ke mari. kot dah besar karang, mampu ke nak kelek ke mari? takpun kalau mampu, orang mesti kata korang giler sebab kelek orang yang sama tinggi dengan korang ke mana-mana. nak2 pulak yang dikelek itu lelaki walaupun pangkatnya anak buah. tak jadi bualan orang? adat orang MELAYU. betul MELAYU tak hilang di dunia. ngeee! maaf ye orang2 melayu. balik pada cerita bebudak bertuah ini, diorang sangat comel dan nakal. arwah ibu diorang baru sahaja meninggalkan dunia tahun lepas pada bulan SEPTEMBER. sehari sebelum raya tahun lepas. jadi, si abang dan si baby yang baru saja berumur 2 dan 1 tahun tak faham sangat. makanya, family aku ini selalu ambil budak2 ini daripada bapak budak2 ini selang dua minggu. sebab? tak nak budak2 ini fikirkan sangat or menangis tak tentu fasal.sedih. memang sedih.tapi hidup perlu diteruskan. ye tak?

si abang ini dari kecik memang tak tahu takot dengan orang. tapi first nak kenal dengan aku, teros dipeluknya aku. hah, nama dia adam. orang lain panggil abang sejak adik dia keluar tapi aku still panggil adam. lain daripada yang lain. itu pasal dia memang selalu ingat aku! hahahaha! tapi betul. memang dia ingat aku. tak tipu pun. sejak umur dah setahun lebih, dia dah pandai panggil ibu dia. pastu ayah. lepas ayah, nak tahu dia pandai panggil pe? CHIK IQA! gila terharu. mana taknya! ibu aku suruh panggil "awe iaitu singkatan dari makwe" (makwe itu mksdnye sperti nenek jugaklah) tapi chik iqa jugak yang disebut. memang meloncat lah aku! hahahaha. sayang adam! kalau datang rumah time arwah ibu dia ada, mesti tanya "chik iqa mana? nak jumpa chik iqa". terharu kan? budak2 pun tahu sayang menyayang ini. apatah lagi kita orang yang lebih dewasa. selalunya, aku akan pergi kat adam dan pelok cium pastu teros lambong2 dia. ngeee! then kalau mood aku rajin, bawak dia jalan2 naek motor. adam ini dia tak panggil motor itu adalah motor. tapi 'vroom vroom'. ngaaaa! if aku kat KL and arwah kak tiri aku datang, dia akan call aku and bagi aku cakap dengan adam. adam pun sukalah itu! tapi satu benda yang memang aku tak boleh blah sampai sekarang. adam panggil aku 'chiqa' ok! agaknya payah benar nak sebut chik iqa itu. ah apa2 la kan even bunyi panggilan itu dah macam chikaro je bunyinya! 

incek adam, si kecik rambut pacak-pacak!
pastu, si baby pulak lahir. nama dia erena. mmg pgl baby. tapi aku panggil erena. budak ini memang tak suka dengan orang. payah tersangat-sangat dengan orang. asyikla dengan si ibu. tapi mungkin disebabkan arwah meninggal, maka dia semakin serasi dengan orang. dulu itu, masyaAllah! rasa nak lempang je sebab baru orang cuit sikit, dah melalak macam kena dera dengan seterika panas. huhu. sekarang ini, dia dah macam abang dia. malah lagi peramahlah pulak! 'chiqa nak cikat ambut?' dia tanya aku macam ini time dia datang rumah pas habis mandi. agaknya dia tengok rambut aku time tu lagi panjang dari rambot dia, jadi dia sebok nak jadi hairstylist yang tak professional. kakak aku yang dipanggil ayong, memang dia tak kesah. hahahaha! entahlah, aku pun tak tahu kenapa anak2 buah aku memang lagi suka dengan aku. tak keterlaluan rasanya nak taip kat sini yang diorang ini kalau jumpa kat kampung ke hapa ke, even ramai lagi mak-mak sedara lain, tetap dengan CHIQA dorang. aku tak bubuh minyak pengasih or senyonyong okay! ngeee.. tapi itulah. erena ini sangat comel. muka dia sebijik2 ikot muka arwah ibu dia. ada sekali dia panggil aku 'ibu'. tersentap aku! rasa nak nangis tapi aku tahan. ibu aku kate mungkin sebab aku pakai spec sama dengan arwah, itu yang buat si erena yang comel lagi nakal ini fikir aku ini ibu dia. time arwah masih ada pun pernah dia salah orang. dia ingat aku ini ibu dia tu pasal dia meluru kat aku. time itu kat PD. ada family holiday. yang arwah dah pelik napa anak gadis dia pergi kat aku. hahahaha! 

erena a.k.a baby degil!
minggu lepas, pas adik aku keluar hospital, hari sabtu malam pergi rumah abang ipar aku. niat nak jenguk budak2 ini. pergi dengan family aku lah. adam tak ada. sebok berjalan dengan nenek dia lagi satu. baby ini ada. sampai2 je, dia meluru kat awe dia dan tanya mana tok ayah sebab nampak awe dia je masuk dulu. pastu dia salam aku. hailoh hailoh! comel je budak kecik ini. rasa nak lempang kuat-kuat. ngeee! tapi tak tahulah napa, dia punya sombong kat orang lain sampai salam pun tak nak. konon malu lah itu. dah nak balik, aku je yang dia salam, yang dia cium dua2 pipi. orang lain dia tak nak salam. pegang sikit pun dah jerit. kehkehkeh! pastu aku main cak-cak, dia pun join sekali. sebok betul. ajak dekat tak nak. angin kus-kus punya budak. ayong dia punya gula-gulakan dia panggil ambil belon mainan pun dia tak datang. padahal kalau nak ikutkan perangai erena ini, memang dah lama dia datang kat ayong and main belon mainan yang tiup2 itu. huhuhuhu. tak apalah erena. awak itu kecik lagi.dah besar nanti, tahulah nak ajar macam mana. ngaaaa!

hah, aku dah penat. penat taip panjang gini. dah lama tak taip panjang2. selau ke tengah melaut je. hehehe. aku sayang orang2 yang sayang aku je. ilyasm! korang jaga diri kay seperti mana aku jaga diri aku. nyawa kita ini satu je. sekali dah kena tarik nyawa ini, hadaplah seksaan dan pertanyaan di alam barzakh nanti. dah sedia? ngeee! sebab aku syang korang, maka aku doakan korang baik2 saja nanti. amin! muahx!

0 rockerz komen:

Post a Comment