Wednesday, May 25, 2011

sengih sampai ke kepala


assalammualaikum.

hari ini hati aku sangat sangat hepi dan senang. kenapa? ohh. first, pasal hari ini aku dengan tak tersengaja dapat handbag baru daripada my mummy. hehehe. disebabkan aku memang jenis perempuan yang gila dan kaki beg, ia sangat mengujakan serta menggembirakan hati aku! mungkin sebab aku dah buat muka ala-ala kecewa apabila my mom kata:

'tak payahlah, dik. kan adik ada banyak beg?'

korang fikir aku teros buat muka kecewa ke? oh nehi never! aku pun kasi servis baliklah kat my mom dengan muka tak bersalah:

'beg yang adik beli tu semua harga rm25 (beli kat times squarelah katakan) jadi tak sama dengan beg yang ibu belikan'

tapi memang betollah! student macam aku ini memang takkanlah nak beli beg berharga beratus ratus semata mata gilakan beg. aku masih di dalam keadaan yang terkawal ye, kengkawan. haha. korang fikir my mom mesti teros bagi kan? oh nehi never! my mom boleh kata:

'ibu nak beli beg nenek dgn makwe (panggilan untuk nenek juga dan makwe itu nenek belah bapak aku) dulu lah. beg adik time nak raya nanti. ok'

yeahh.. time ni sungguh rasa nak hentak kepala aku kat dinding. kalau tahu tak nak ikot ibu sekali tadi. kena pilih beg untuk orang lain padahal diri sendiri tak dapat beg. (my mom awal2 bulan lima ritu dah beli beg baru sendiri+dapat beg daripada my siblings sempena MOTHER'S DAY). tapi aku sekolahkan muka aku supaya tak tunjuk sangat muka kecewa dan sedih. alah. apalah sangat kan dengan beg. bila bila boleh beli ( kononlah hahaha!).dah dok belek punya belek punya belek, pilih untuk nenek dan makwe. tiba-tiba:

'adik nak yang mana? cepatlah amek.'

ek? aku pandang my mom lelama dan teros capai beg yang aku nak. hahaha! aku berjaya buat my mom kesian kat aku sekali lagi selepas kisah kain baju raya yang my mom pun beli disebabkan aku nak sangat dan telah buat muka kesian. korang paham tak? tak? errr.. paham paham sendirilah. hehehe.

kesah kedua. oh. ini betul buat aku bertambah happy. hari ini result for my last sem keluar. dup dap dup dap jugaklah dibuatnya nak tengok. and at last! 3.67! err.. aku bukan nak riak sangat. aku tahu korang mesti lagi hebat dan pandai dan kebabomm dari aku tapi aku betul betul bersyukur tau. thank you ALLAH! gila suka seh... 

jadi korang, hari ini hari yang bagaimana untuk korang ek? hope happy jugaklah. sayang korang! muahx!       

2 rockerz komen:

Post a Comment