Tuesday, April 12, 2011

kandungan anggur@molar pregnancy

0 rockerz komen
salam. hai korang. dah lama aku tak update blog ini kan. tapi belum bersawang lagilah. okay. teros kepada topic pada hari ini. molar pregnancy atau lebih dikenali sebagai KANDUNGAN ANGGUR. oh. aku dapat tahu pasal benda ini pun sebab one of my bestest friend, who's married last year, got this after 3months married. from the beginning, dia bagitau aku yang dia MENGANDUNG, which is in her stomach, there are fetus that gonna be embrio and gonna be a baby soon. but after a month later, she called me and said 'kandungan gugur. tumpah darah. aku kat hospital sekarang' and cried. sad. so sad. dia memang mengharapkan baby itu. tapi ALLAH lebih mengetahui and after a couple of days, she called me again. said something about 'the kandungan anggur' which is i thought its just one of the causes for that miscarriage. aku taklah peduli sangat. yelah! tak pernah seumur hidup aku dengar word kandungan anggur and suddenly she said that. memang aku fikir biasa2 jelah.

last friday, i text her. she called me teros and talk about this kandungan anggur. kebetulan, aku tak keluar lunch langsung that friday afternoon and dengar explaination from her. OMG! kandungan anggur ini rupanya bukanlah simptom or sebab2 untuk kandungan gugur but penyakit bagi wanita! aku terus search kat uncle google and find about this kandungan anggur. when my friend sebok explain about it, at the same time aku baca jugak tentang benda ni kat internet. ohhhhh. nasib baik ia taklah serius sangat2 walaupun boleh dapat kanser. aha! KANSER. tapi this type of cancer not seriously like breast cancer, lung cancer and other cancer. more explaination di bawah :

Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui. Tetapi kes-kesnya dipercayai lebih tinggi di Asia.  Kandungan anggur ini sering terjadi di kalangan wanita yang hamil pada usia kurang 20 tahun dan 45 tahun ke atas. Molar pregnacy is a serius issue that one in every 1-2 thousand pregnant women faces. A molar pregnancy happens when tissue that normally becomes a fetus instead  becomes a growth , called a mole in ,your uterus. even though it is not an embryo, a mole triggers symptoms of pregnancy. Jenis kandungan anggur-
Complete hydatiform mole. Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi-

Partial mole
Jenis ini jarang berlaku. Tisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini. Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja. Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu. Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang. Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies).

Tisu kandungan molar sememangnya kelihatan seperti gugusan buah anggur kerana tisu janin iaitu chorionic villi dan trophoblast telah menjadi hyperplastic.
Mengesan kandungan anggur

Biasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-
-Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan-
-Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)
- Pendarahan faraj.
Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga 90 peratus.Biasanya pendarahan yang bermula akan terus berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur tersebut akan mula gugur. Dalam keadaan ini, jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak darah dan mungkin akan membawa maut-
-Pre eklampsia.
Tekanan darah boleh jadi terlalu tinggi. Jika tidak dikawal boleh mengakibatkan sawan atau eklampsia. Komplikasi ini juga berbahaya.-
- Hipertiroidism.
Adakalanya wanita boleh mengalami gejala seperti penyakit thyrotxicosis iaitu keadaan di mana kelenjar thyroid menjadi hiperaktif. Mengapa keadaan ini boleh terjadi tidak begitu di ketahui. Ada yang berpendapat paras hormon B HCG (beta human chorionic gonadotrophin) yang terlalu tinggi pada wanita yang mengandung kandungan molar boleh merangsangkan kelenjar tiroid. Jika komplikasi ini berlaku maka keadaan hipertiroid harus dikawal sebelum rawatan diberi.
- Pulmonari emboli.
Ini juga merupakan satu situasi dan komplikasi berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.Disebabkan gejala seperti alahan dan pendarahan juga boleh berlaku pada wanita yang mengandung normal, satu cara yang mudah dan cepat bagi doktor untuk membezakan kandungan normal atau tidak ialah melalui pemeriksaan ultrasound. Pada masa kini pemeriksaan ultrasound mudah didapati dan tidak invasif. Ia merupakan pemeriksaan rutin yang dilakukan kepada semua ibu mengandung. Dalam kandungan molar, struktur janin (fetus) tidak kelihatan melalui pemeriksaan ultrasound. Apa yang dilihat cuma snow storm appearance. Selain itu, pemeriksaan X-ray juga boleh dilakukan. Pemeriksaan darah untuk hormon B HCG juga perlu dibuat.Biasanya paras hormon tersebut jauh lebih tinggi bagi wanita yang mengandung kandungan anggur.

RawatanRawatan yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan kandungan anggur tersebut seboleh-bolehnya sebelum pendarahan atau keguguran berlaku.
Kaedah yang biasa dilakukan ialah suction & currettage. Dalam kes-kes tertentu adakalanya prosedur tersebut terpaksa diulang akibat pengeluaran kandungan molar tidak dikeluarkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, rawatan bukanlah berakhir setakat itu sahaja. Apa yang amat ditakuti ialah kandungan anggur boleh menyebabkan kanser choriocarcinoma. Hampir 20 peratus daripada kandungan molar boleh menyebabkan kanser tersebut.Namun, ini tidak bermakna wanita yang mengandung kandungan normal, mengalami keguguran atau kandungan luar rahim terkecuali daripada kanser tersebut.

Risiko kanser ini adalah lebih tinggi selepas kandungan molar.
Sehubungan itu, wanita yang telah menjalani rawatan suction & curettage biasanya akan menerima rawatan susulan selama dua tahun atau lebih. Ujian seperti X-ray dada dan pemeriksaan darah akan dilakukan selain pemantauan paras hormon B HCG. Pada peringkat pemulaan, paras hormon akan dipantau setiap dua minggu sehingga paras hormon turun.Pemantauan selanjutnya akan dilakukan setiap tiga bulan dan enam bulan seterusnya. Paras hormon B HCG akan menurun selepas kandungan molar dikeluarkan dalam tempoh antara 12 hingga 14 minggu.Jika paras hormon menjadi lebih tinggi, tidak berubah atau mengambil masa yang lama untuk hilang, ini menunjukkan berkemungkinan tanda-tanda kanser akan timbul. Rawatan kemoterapi akan dimulakan untuk mengelakkan kanser terjadi.

aku tak tahulah korang paham ke tidak tapi aku paham. first time kawan aku ini kata about the kadar HCG yang aku rasa memang aku takkan ambil tahu ( orang2 sains je yang paham) sumpah aku memang tak paham. dengar pe yang dia cakap plus baca artikel2 about molar pregnancy, barulah aku paham. walaupun tak serius tapi amat menakutkan bagi para wanita. betul tak? tak gila ke bila dalam perut kita ini ada sejenis fetus yang bukannya mengembang sebagai embrio tapi 'the anggur' ni? hesy! mintak simpang.
kadar B HCG kawan aku ini memang tinggi sekarang ini. 400 daripada 2 bagi yang normal macam kita2 ini. perh! aku dengar pun dah risau. setiap minggu kena pergi cek and minggu ini kena buat lagi pembersihan yang macam ala2 bersihkan perut bila orang keguguran itu. ngeri aku nak fikir! kalau tak bersih lagi, kena buat lagi. ingat tak sakit ke? dahlah main seluk-seluk pulak itu. euwwww! 

pemeriksaan untuk kandungan anggur ini akan berlanjutan selama DUA TAHUN@24 bulan. lama seh. and sepanjang tempoh ini, tak boleh mengandung langsung-langsung sebab takut jadi apa-apa pada baby yang sedang dikandung atau komplikasi pada ibu yang mengandung. hey, bukanlah bermakna they are not allowed for having a sex ( korang dah matang kan) but jangan sampai mengandung. kena apa itu? alahai. macam merancang lah. padahal kawan aku ngan hubby dia dahlah nak anak sesangat2. terpaksalah menunggu sampai kawan aku ini sembuh. 

jadi korang, pasni jangan jadi macam katak bawah tempurung kalau ada orang tanya apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy okay. nak lagi tau search lah sendiri kat internet okay. ingat, setiap orang ujian dia lain-lain. bawa bersabar je. hikmahnya ada di kemudian hari. anyway, aku sayang orang2 yang sayang aku je. tata! =) 

Tuesday, April 5, 2011

chik iqa! chik iqa!

0 rockerz komen
salam. hai korang. mesti korang rasa pelik dengan tingkah aku yang semakin lama semakin rajin mengaktifkan diri dalam dunia blog kan? hahahaha! aku sendiri rasa pelik so bolayan jelah dengan pelik-pelik ini. bukan mendatangkan duit macam dalam iklan celcom itu. kot duit melekat-lekat kat aku bila aku fikir pelik-pelik ini, memang tiap saat aku berfikir pelik-pelik. ngaaaa! ah mengarut sudah. ini bukanlah benda yang aku nak sharing dengan korang. baca title atas itu pun korang tau kan? kalau tak tahu, korang pergi belajar sekolah menengah balik. apa itu maksud tersurat dan tersirat. =P

ini cerita tentang my cutest niece and my naughty nephew!fuh. betol nakal. sejak diorang ini lahir daripada perot ibu diorang lagi, memang diorang nakal. tapi disebabkan aku ini amat suka and loving giler dengan bebudak, aku buat dont know jelah. budak2 ini comel. time diorang kecik2 inilah boleh kelek ke sana ke mari. kot dah besar karang, mampu ke nak kelek ke mari? takpun kalau mampu, orang mesti kata korang giler sebab kelek orang yang sama tinggi dengan korang ke mana-mana. nak2 pulak yang dikelek itu lelaki walaupun pangkatnya anak buah. tak jadi bualan orang? adat orang MELAYU. betul MELAYU tak hilang di dunia. ngeee! maaf ye orang2 melayu. balik pada cerita bebudak bertuah ini, diorang sangat comel dan nakal. arwah ibu diorang baru sahaja meninggalkan dunia tahun lepas pada bulan SEPTEMBER. sehari sebelum raya tahun lepas. jadi, si abang dan si baby yang baru saja berumur 2 dan 1 tahun tak faham sangat. makanya, family aku ini selalu ambil budak2 ini daripada bapak budak2 ini selang dua minggu. sebab? tak nak budak2 ini fikirkan sangat or menangis tak tentu fasal.sedih. memang sedih.tapi hidup perlu diteruskan. ye tak?

si abang ini dari kecik memang tak tahu takot dengan orang. tapi first nak kenal dengan aku, teros dipeluknya aku. hah, nama dia adam. orang lain panggil abang sejak adik dia keluar tapi aku still panggil adam. lain daripada yang lain. itu pasal dia memang selalu ingat aku! hahahaha! tapi betul. memang dia ingat aku. tak tipu pun. sejak umur dah setahun lebih, dia dah pandai panggil ibu dia. pastu ayah. lepas ayah, nak tahu dia pandai panggil pe? CHIK IQA! gila terharu. mana taknya! ibu aku suruh panggil "awe iaitu singkatan dari makwe" (makwe itu mksdnye sperti nenek jugaklah) tapi chik iqa jugak yang disebut. memang meloncat lah aku! hahahaha. sayang adam! kalau datang rumah time arwah ibu dia ada, mesti tanya "chik iqa mana? nak jumpa chik iqa". terharu kan? budak2 pun tahu sayang menyayang ini. apatah lagi kita orang yang lebih dewasa. selalunya, aku akan pergi kat adam dan pelok cium pastu teros lambong2 dia. ngeee! then kalau mood aku rajin, bawak dia jalan2 naek motor. adam ini dia tak panggil motor itu adalah motor. tapi 'vroom vroom'. ngaaaa! if aku kat KL and arwah kak tiri aku datang, dia akan call aku and bagi aku cakap dengan adam. adam pun sukalah itu! tapi satu benda yang memang aku tak boleh blah sampai sekarang. adam panggil aku 'chiqa' ok! agaknya payah benar nak sebut chik iqa itu. ah apa2 la kan even bunyi panggilan itu dah macam chikaro je bunyinya! 

incek adam, si kecik rambut pacak-pacak!
pastu, si baby pulak lahir. nama dia erena. mmg pgl baby. tapi aku panggil erena. budak ini memang tak suka dengan orang. payah tersangat-sangat dengan orang. asyikla dengan si ibu. tapi mungkin disebabkan arwah meninggal, maka dia semakin serasi dengan orang. dulu itu, masyaAllah! rasa nak lempang je sebab baru orang cuit sikit, dah melalak macam kena dera dengan seterika panas. huhu. sekarang ini, dia dah macam abang dia. malah lagi peramahlah pulak! 'chiqa nak cikat ambut?' dia tanya aku macam ini time dia datang rumah pas habis mandi. agaknya dia tengok rambut aku time tu lagi panjang dari rambot dia, jadi dia sebok nak jadi hairstylist yang tak professional. kakak aku yang dipanggil ayong, memang dia tak kesah. hahahaha! entahlah, aku pun tak tahu kenapa anak2 buah aku memang lagi suka dengan aku. tak keterlaluan rasanya nak taip kat sini yang diorang ini kalau jumpa kat kampung ke hapa ke, even ramai lagi mak-mak sedara lain, tetap dengan CHIQA dorang. aku tak bubuh minyak pengasih or senyonyong okay! ngeee.. tapi itulah. erena ini sangat comel. muka dia sebijik2 ikot muka arwah ibu dia. ada sekali dia panggil aku 'ibu'. tersentap aku! rasa nak nangis tapi aku tahan. ibu aku kate mungkin sebab aku pakai spec sama dengan arwah, itu yang buat si erena yang comel lagi nakal ini fikir aku ini ibu dia. time arwah masih ada pun pernah dia salah orang. dia ingat aku ini ibu dia tu pasal dia meluru kat aku. time itu kat PD. ada family holiday. yang arwah dah pelik napa anak gadis dia pergi kat aku. hahahaha! 

erena a.k.a baby degil!
minggu lepas, pas adik aku keluar hospital, hari sabtu malam pergi rumah abang ipar aku. niat nak jenguk budak2 ini. pergi dengan family aku lah. adam tak ada. sebok berjalan dengan nenek dia lagi satu. baby ini ada. sampai2 je, dia meluru kat awe dia dan tanya mana tok ayah sebab nampak awe dia je masuk dulu. pastu dia salam aku. hailoh hailoh! comel je budak kecik ini. rasa nak lempang kuat-kuat. ngeee! tapi tak tahulah napa, dia punya sombong kat orang lain sampai salam pun tak nak. konon malu lah itu. dah nak balik, aku je yang dia salam, yang dia cium dua2 pipi. orang lain dia tak nak salam. pegang sikit pun dah jerit. kehkehkeh! pastu aku main cak-cak, dia pun join sekali. sebok betul. ajak dekat tak nak. angin kus-kus punya budak. ayong dia punya gula-gulakan dia panggil ambil belon mainan pun dia tak datang. padahal kalau nak ikutkan perangai erena ini, memang dah lama dia datang kat ayong and main belon mainan yang tiup2 itu. huhuhuhu. tak apalah erena. awak itu kecik lagi.dah besar nanti, tahulah nak ajar macam mana. ngaaaa!

hah, aku dah penat. penat taip panjang gini. dah lama tak taip panjang2. selau ke tengah melaut je. hehehe. aku sayang orang2 yang sayang aku je. ilyasm! korang jaga diri kay seperti mana aku jaga diri aku. nyawa kita ini satu je. sekali dah kena tarik nyawa ini, hadaplah seksaan dan pertanyaan di alam barzakh nanti. dah sedia? ngeee! sebab aku syang korang, maka aku doakan korang baik2 saja nanti. amin! muahx!

hadiah harijadi.

0 rockerz komen
salam. patotnye bnda ni da lme ak story kt korang. since month of january lagi. hala. bfday aku bulan januari tapi baru nak bercerita about birthday present on april? hahahaha. sorry lambat. memang lambat. bukan macam lambat lagi. ngeee.. hadiah ni daripada MR HUBBY la. dia datang KL hujung bulan januari lepas dan kedatangan dia aku harapkan hanyalah untuk spent time dgn dia dan tengok muka dia puas2. eh! mestilah! dia jaoh kat JB nun and aku kat KL eventhough hometown aku kat MELAKA. even aku kat MELAKA pun, ktorg memang susah sangat nak jumpa. dia dengan hal dia, dan aku dengan hal aku. hal dia sama dengan KERJA. bak kata dia, kalau tak kerja, macam mana nak bagi elaun bulanan kat bini dia? hahahah! suka aku dengar if dia cakap kat aku macam itu or mesej aku macam itu. materialistik? sorry okay! cuma saja suka kikis dia sikit tiap bulan. bak kata dia jugak, kerja dia untuk bagi bini dia makan. yela sangat! ngeee!

tapi itulah. aku memang tak harapkan apa-apa pun time dia datang. tapi hubby still hubby. mohd raqib is mohd raqib. datang-datang je, dia bukak pintu seat belakang TRITON putih yang gagah lagi perkasa itu lalu mengeluarkan beg yang saiznya besar dan hulurkan kat aku. aku dah kerut dahi. "apa ni?" sambil ambil. uik? ada bear la! warna puteh. pastu tengok lagi. huh? kotak sampai dua? sederhana besar. aku pandang hubby. dia kata "hadiah harijadi. sorry lambat" sambil sengih comel. wuaaaa! comel lah weh hubby senyum. suka! tapi pelik. "nape sampai tiga hadiah? buat susah je". nak tau hubby jawab pe? "ah bukan susah mana. keluarkan duit dari dompet and bayar. kalau ada pulangan, just tunggu duit baki pastu blah." cet! aku tahulah yang tu!gerrrrr...
comel tak? aku tak tahu ada lampu tapi disebabkan aku rajin belek-belek, aku jumpat butang tekan and on. teros menyala!
ni swan. kot korang tak tahu, memang korang giler. hahahaha. couple.
aku tak tahu bagi korang benda dua atas ni comel ke tak. tapi bagi aku memang comel. sebab tak sangka hubby yang susah nak tunjuk perasaan sayang boleh belikan benda2 jiwa macam gini. kehkehkeh! hubby aku bukan jenis loving person okay. time message mungkinlah tapi jumpa depan-depan, orang akan kata kitorang macam kucing versus beruang. huhu. gadoh je. gadoh-gadoh sayang. =) bear? oh. pic bear tak ada coz tak terfikir nak amek pic bear. tapi bear yang teman tidur aku tiap2 malam. bear yang nama bo-bo. 

tapi itulah. masa bfday aku, aku memang tak harap apa2. as long as he wish me, its more than enough. tapi bila dah dia tanya aku nak apa lagi, selamba mulut jawab "nak handpone nokia C6.nak yang baru, bukan second. make sure ada gps" hahahaha! kejam tak aku? siapa gatal-gatal suruh tanya kan? tapi tak kurang gak dengan hubby. suruh aku belikan rantai silver untuk dia. yang besa gedabak itu. aku konon la kata tak kesah, boleh je. sekali survey, harge dia RM800 seutas!! hoi! gila ke hapa? dah lebih kurang dengan harga handphone! patotlah dia tersengih-sengih time aku mintak C6 itu. benda yang dia mintak kat aku lagi mahal dari harga apa yang aku mintak. cipan punya hubby! ngaaaa! ampun ye b if baca. gurau sahaja. *senyum nakal*

okaylah.cukup sampai sini je. banyak lagi yang perlu aku taip pasni. benda dah lama tapi baru nak ceghita. hahahaha. aku sayang orang2 yang sayang aku je. ingat ini okay! ilyasm! muahx!