Saturday, December 10, 2011

hati tertinggal

1 rockerz komen
assalammualaikum.

esok aku gerak KL. kerja baru kat TM as a PROFESSIONAL EMERGENCY OFFICER at KERINCHI. huh. isnin kena daftar. dapat job ini rabu lepas. and terus terima sebab ibu aku suruh. hati aku tak nak. tapi separuh kata nak sebab under government. 

tapi susahnya rasa nak bagitau pada si dia. merajuk dengan aku. katanya, selama ni kemana-mana sahaja pun dia dengan aku. even nak pergi beli air kelapa pun pergi sama-sama. potong rambut pun sama-sama. pergi kerja sama-sama. senang cerita, selalu jumpa even hari masing-masing cuti. tapi starting from tomorrow, semuanya berubah. so sad.

bukan dia seorang yang rasa apa yang dia rasa. aku lagi sedih. tapi life must go on. aku kata, tiap minggu aku turun melaka pun tak apa. tak pun dia datanglah KL time dia cuti. hehe. kena berkorban kan? kalau tak, bukanlah give and take namanya. tapi itulah. nak positif macam mana pun, bila dah hari hari last macam ini, nak nak pulak dia yang temankan aku pergi beli barang-barang, aku temankan dia untuk potong rambutnya ( tiap bulan dia tukar style rambut pasal rambut dia cepat panjang) rasa sedih tu semakin dirasa. 

HATI TERTINGGAL KAT DIA!!

sedihlah. tapi takpelah. boleh 3g dengan dia. =)