Sunday, October 30, 2011

betul punya konvo.

0 rockerz komen
salam.

aku konvo hari sabtu bersamaan 29 OKTOBER 2011 di UITM SHAH ALAM bertempat di dewan TUANKU CANSELOR. cet. punyalah letih naik tangga tinggi itu. tapi ini bukanlah apa yang aku nak cerita kat you all pun. ada cerita yang lagi menarik and maybe agak meletihkan kot. haha. letih untuk aku sebab konvo ini betul betul mencabar kesabaran dan kewibawaan aku!

alkisah..

sidang aku sidang petang. so kena park kat giant seksyen 7 shah alam and naik bas dari situ. heh, punyalah banyak orang beratur. nasibla banyak bas. sebelum pergi giant, ada nampak orang jual bunga-bungaan kat tepi jalan. mata dah bulat dan bersinar-sinar je. lalu dengan suara yang lembut aku pun bersuara:

aku: ibu, adik nak bunga.

ibu: nak buat apa?

aku: (dalam hati kata nak buat main bowling) ala untuk konvo la. tengok tu semua mak bapak dorang belikan bunga. adik takde pun.( suara sedih)

ibu: (teros berhenti tepi jalan untuk belikan bungalah)adik nak bunga mana?


aku: nak yang bouquet die kaler pepel (mata cari dan jumpa tapi tak lawa)


ibu: ni lawa. sume kaler ada. sesuai ngan baju adik


aku: ok (sambil sengih comel)


aku dapat bunga ok! hahaha. alah mestilah dapat kan. nama pun konvo. then ibu tanya soalan baikkkkk punya!

ibu: akip tak datang and tak bagi bunga ke?

aku: (dah buat muka tapi ibu tak nampak. yelah ibu bukan tau mamat tu curang ngan aku) tak datang pun. adik bukan kepentingan dia lagi. bunga tu baik dia bagi kat orang lain.

ibu dah senyap. ibu tak tahu lagi aku dah putus dengan mamat tu. hurm malaslah nak bagitau. nanti lama lama ibu taulah. lagipun bukan aku yang ada orang lain dulu. nasiblah ada my dear lalink yang sedia temankan aku dengan mesej sahaja. baiklah ada dia. huhu. siapa lalink? SORRY. memang takkan diberitahu. kali ini segalanya dah jadi BIARLAH RAHSIA. HAHA!

naik bas dah sesak. sampai uitm, sesak gila nak mampus! memang sesaklah kalau dah sampai 2ribu lebih graduan. cet! beratur apa semua. dengan topi konvo kejap kejap kena langgar. hadoilah. mahu je aku campak topi tu. huhu. jubah konvo pun besar padahal saiz XS ni. eeeeiii! sabar jelah!

duduk dalam dewan, kena tunggu sampailah giliran naik pentas. no aku 412 pulak tu. sheessh! berdebar gila seh time kena panggil untuk beratur kat luar dewan tu. tiba tiba ada abang hensem betolkan topi aku dan bulu kat topi tu. aku dah terkedu kejap. abang tu kata:

abang tu: tak betol ni awak punya kedudukan topi dan bulu topi ni.

aku: gigit bibir dan diam je. huhu. dalam hati dah rasa nak terlompat keluar anak tekak. dahlah cuak nak amik sijil sat gi atas pentas, boleh pulak abang hensem tu betul2kan topi aku. menggigil lah kejap. haha

naik pentas, dah rasa muka tak leh senyum tapi ku senyumkan jugak. haha. nama ATIQAH BINTI DAMHURI disebut dengan kuat dan lantang. oh god! dah macam nak pengsan tapi mana rare gua pengsan? senyum comel tu kat naib canselor haha! kotlah dia terpikat dengan aku, boleh jadi menantu kalau dia ada anak lelaki ( aku agak menggatal sejak single ni). bukan nak jadi bini dia ok! werk!!

pastu rela terpaksa je duduk kat kerusi sambil tengok je satu persatu orang naik pentas amek sijil. haisy! sampai kol530petang. ingatkan dah habis. si naib canselor tu boleh bersyarah panjang lah pulak! hailoh hailoh.. cancel lah nak jadi menantu. nanti kot dah jadi menantu, entah bila aku dapat tidur pasal kena dengar ceramah dia. haha. habis je kol6petang, aku cari ibu, pakcik and wawa and amek gambar. photoshoot beb! dah rasa macam model kejap. perasan kejap aku macam comel. hehe. 

mana gambar? erm nantilah upload. haha. penat tau. badan dah tak larat gila. nasiblah my dear lalink tu faham and asiklah mesej suruh relax and jgn tensen2. ceh! agaknya kalau dia ikot, dia yang tensen and aku yang kena tenangkan dia. haha! tak sempat langsung nak bergambar ngan kengkawan. sedih tol! takpelah. nak buat macam mana. sidang petang ini macam kelam kabut sikit. eh! bukan macam lagi. memang kelibut habis! huhu.

kepada kengkawan, aku mintak maaf sesangat coz tak dapat jumpa korang langsung sepanjang hari raptai aku dan hari konvo aku. memang masa tu mencemburui hubungan kita. hahaha. maybe bulan depan aku turun KL lagi. doakanlah gaji aku banyak ek. haha. my dear tu pesan, jaga diri elok2 and jangan menggatal. kalaulah dia tahu scene abang hensem tu dengan aku tadi, entah apa lah jadi.

oh yes. aku belajar daripada kesilapan yang lalu. bahwasanya aku memang caring giler about the new ehem ehem aku tu. coz ex aku tu kata aku ini membiarkan dia sehinggakan si gf dia sekarang jadi pengganti aku. well. aku tak perfect. hope pasni mintak mintak dorang putus coz dorang bina hubungan daripada tiap titis air mata aku yang mengalir tiap malam selama seminggu! haha. 

k la. nak out. malam ni keje. before kerja nak date kejap. haha. sayang korang!   

Tuesday, October 25, 2011

konvo

2 rockerz komen
salam.


arini aku kat KL. ada raptai konvo. gerak sejak semalam iaitu selasa dan tidur rumah bapak aku kat shah alam. aku pergi dengan my dear lalink and cik tini. hahaha. my dear lalink tu sapa? eh mana boleh bagitahu. ngeee. ingat aku akan sedih lama lama ke? nehi never! disebabkan ex aku dulu dah ada awek, so aku sedang ingin bercinta kembali la ni dengan orang lain.


have fun? sure! haha!


so pas raptai konvo ni nak pergi jenjalan kejap. maybe jumpe kawan2 if sempat. rindu giler kat almas liyana!!! ok lah. tata,

Tuesday, October 18, 2011

abang GARDENIA!!

0 rockerz komen
salam.

aku keje memang happening giler. orang kata aku happy go lucky punya person. haha. apa2 jela kan. dengan semua vendor (orang2 yang hantar barang kat tempat kerja. example: roti) pun aku boleh layann je. tapi insiden ini paling lawak la setakat ini. BAGI AKU.

aku otw nak pergi kerja petang time itu. masuk keje pukul 3petang. lalu kat traffic light yang akan ke jalan besar. senang cerita yang akan ke highway la. tempat kerja aku ini dah dekat2 dengan bandar je. lampu merah so aku berhenti. punyalah lama so aku tengok sekeliling aku. aku naik skuter comel aku time ini. 

tengok punya tengok.

ehh!! macam kenal je. aku pun bukak visor helmet and pandang si dia dengan mata aku yang tak berkelip langsung. nak pastikan punya pasal lah. haha. bila dah sure and dia pun pandang aku macam kenal tak kenal, teros aku jerit kat situ gak.

ABANG GARDENIA!!

haha. aku panggil dia ABANG GARDENIA OK! sewel aku ini. aku lupalah nama dia. dia selalu hantar roti kat tempat kerja aku hari sabtu or ahad je. hari lain orang lain yang anta. dia pun teros gelak bila pandang aku and aku yang memang dah gelak, terus sembang2. sembang2 dekat traffic light tengah-tengah panas buta tau! peramah tak ingat aku ini. hahaha.

abang tu kata dah lama tak nampak aku. cet! memanglah. aku kan kerja petang and malam je sekarang. susah nak nampak muka aku kerja pagi la ini. orang2 sekeliling dah pandang kitorang. eleh! jelezla itu pasal korang tak ada kenalan dengan abang gardenia kan? blueerrrkkk!!! haha

traffic light nak hijau, aku terus ucap salam and suruh abang tu bawa lori roti elok2 and jaga diri elok2. satu benda yang dah sebati dengan aku, aku memang akan sentiasa pesan dengan semua orang untuk jaga diri even dengan bos aku pun. bos besar lagi tau! huhu. (bos besar aku ada dua. MR CHONG+ENCIK ISKANDAR. dorang ini pun mereng jugak hahaha)

aku happy? happy jela. hidup dah single kan. nak menggatal pun dah tak ada hal punya. hahaha. tapi not available la ye. hati aku kat orang lain. bila entah dia nak pulangkan hati aku. konon nak buat harta hak persendirian lah tu! tak sedar agaknya hati aku tu hak aku seorang diri je. huhu.

ok la. abang gardenia punya pasal aku tulis blog  ini. hahaha. nak out lah. salam.

Tuesday, October 11, 2011

kami tak bersama

0 rockerz komen
salam.

aku tak ada mood. sorry da lame tak update. ini the latest story. disebabkan segala perkara yang terjadi sehinggakan hubungan itu putus, segalanya dengan dunia maya aku putuskan kecuali blog ini. mungkin kerana blog ini satu2nya tempat aku luahkan segala apa yang aku rasa.

tak perlu cerita kenapa dan mengapa kami tiada apa-apa. dia, mr hubby, not my mr hubby anymore. i am not his honey too. he longer to his family so do i. tapi pelik sangat bila dia tak ada. salah aku sebab abaikan dia dan sibuk dengan kerja. salah aku sebab tak faham kesunyian dia. salah aku sebab.. entah aku dah lupa. banyak yang dia lontarkan segala ketidakpuasan hatinya. dan aku hanya telan semua. 

I AM NOT IRON LADY NYMORE.

blog ini dah jadi qesah iqa. yes, kesah diri aku. bukan that iron lady. aku sayang dia tapi terpaksa melepaskan. dia sayangkan aku? ( senyum ) kita tawakal jelah kan. tak sama apa yang aku rasa sekarang. entahlah. mood pun selalu berubah. tekanan darah aku jadi rendah. doctor suruh aku tak payah marah2 sangat. nanti boleh pitam. betullah kata dia. dia pun cakap benda sama. tapi dia tak tahu pun aku ada tekanan darah rendah. aku tak nak risaukan dia.

sekarang ini bila aku bekerja, mood aku asek swing. bila swing, kepala aku start pening. dizzy gler! sampai nak pitam tapi tak pernah lagi aku pitam. itu yang terbaring beberapa jam. nasiblah ada kawan sekerja yang memahami. aku tak boleh marah-marah, tak boleh terlalu tensen, tak boleh fikir sangat. tapi nak buat macam mana kan? bila dia dah tak ada, memang aku asyik fikir. malam-malam menangis. heh! sappy. that's why i am not iron lady 'nymore. =)

kami dah tak bersama. lain walaupun hari2 contact. lain sangat. feel tu tak sama. dan bila dia kata rasa sayang tu dah tak sama, aku sentap sangat. oh ok. dah tak sama. =(

rasa macam nak quit hidup tapi aku takut dosa. takut sangat! so move on jelah slow2. nak tukar no phone tapi dah ramai tahu no yang aku guna sekarang. even pihak uitm pun tahu no yang sekarang. susah betol. kalau dia dah ada pengganti aku, memang betul aku terus tukar. aku takkan guna lagi nombor sekarang. itu tekad aku. aku rasa dia macam hepi je bila aku tak ada. ke itu perasaan aku je? huhu. ( kena fikir positif kan?)

ok lah. nak out.