Thursday, April 14, 2011

YOU foreigners... !!!!

0 rockerz komen
assalammualaikum..!

petang ini aku amat pening kepala. nampak tak tajuk bicara di atas? itulah sebabnya mengapa kepala aku yang dah sedia pening menjadi terlebih pening. ngok ngek kepala kemek! rasa nak mengamuk je tadi. fuh fuh fuh.. *hembus nafas* ok. dah boleh bernafas dengan betul. hidung dah bernafas dengan stabil. ohhhh. foreigners. haiya haiya! ini satu cerita daripada berjuta-juta cerita about the foreigners yang semakin lama semakin melampau. *jeling*
aku naik LRT pergi SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) tadi. otw nak memberambuskan diri daripada sana, yakni aku menaiki LRT dari KL SENTRAL, aku masih pening yang biasa biasa sahaja. tidaklah sampai aku nak termuntah keluar kahak hijau campur kuning tu. *muka geli* tapi itulah. bukan semua apa yang kita hajati akan tercapai. perjalanan yang smooth and sangat harmoni telah dicemarkan oleh warga-warga pendatang yang naik di perhentian KLCC. okay. masing masing memang ada mulut. betul tak? korang cek mulut korang sekarang. ada tak kat muka korang? ada kan? kalau tak ada, pergilah buat plastic surgery cepat and tambah mulut. *jelir lidah* aku pun ada mulut *sambil raba muka* tapi kita warganegara ini tidaklah terlalu bernafsu untuk bercakap or berpot pet pot pet kalau dalam tren kan? lebih lagi kalau dah time petang cenggini. rasa nak balik rumah and tidur je lepas penat kerja. kan? tak? oh korang android tak berperasaan. aku manusia! *jeling tajam*

mulut. susah jugak kalau orang yang tak reti bahasa orang lain ini. rasa nak marah tapi pada masa yang sama, tak eloklah kan. kalau dah dia tak paham, nak marahkan apanya? serupa orang bodoh pergi marah orang yang lagi bodoh daripada orang bodoh ini. hesy! masalahnya, si foreigners ini punyalah tak ada nilai nilai murni yang tinggi dalam diri diorang. mula mula masuk je, dah bercakap pot pet pot pet. aku start pening? oh tak. sebab aku masih memahami lah kot korang nak bincang about the LRT yang sangat selesa dan tempat duduk yang empuk tu kan. tak pe. cakaplah lagi. *senyum manis* tapi tak ke rasa macam TOO MUCH bila dah asyik bercakap bagaikan tak ada hari esok untuk cakap dengan kawan kau itu? dahlah masuk tadi dok rapat tetiba kat aku. ha? aku perasan? aku memang agak perah santan tapi aku jarang nak perah santan sorang sorang dalam keadaan yang.. errr... agak memualkan itu!

takpelah. tolak tepi pasal perah santan and nak rapat tetiba itu. kita tambahkan dengan mulut korang tu balik. aduhailah foreigners sekalian! dahlah korang dok cam bertih jagung bahasa yang langsung orang tak paham (kecuali yang ambil Arab dan fluent ok) pastu boleh pulak cakap kuat kuat macam kawan itu jauh benar kat hujung LRT! satu couch itu boleh dengar korang dok pot pet pot pet tau! aku tak marah nak bercakap. cakaplah selagi mampu. tapi boleh tak tolong tengok keadaan sekeliling? boleh tak hormat? boleh tak jangan fikir korang je ada dalam couch yang AMAT BESAR dan orang *tak boleh dengar* tu? cut it outlah, YOU FOREIGNERS! 

betul. kepala aku dah pening sangat sangat tadi. sampaikan dua amoi cina yang duduk dekat dorang pun alih tempat duduk jauh nun di hujung LRT. aku ini takat berdiri jelah kat celah celah tu. malas aku nak layan. kang sekali aku paling and tunjuk muka sombong, silap haribulan segala carut keluar. aku tak suka nak mencarutkan orang. kira YOU FOREIGNERS sangat bertuah. walaupun diorang naik kt KLCC and tinggal lagi ENAM stesen nak sampai SRI RAMPAI, aku dah naik mual berdiri kat situ. selalu, aku suka berdiri dan tengok pemandangan. kali ini, aku rasa nak terjun time tu jugak kalau tak fikir pasal nyawa yang satu ini. sabar jelah. nak je aku bakar korang!

tak. bukan semua foreigners camni. tapi foreigners camnilah yang bagi impak yang negatif. macam kita kitalah. kalau dah satu keburukan orang MALAYSIA ni dorang nampak, semua orang dorang judge lagu itu jugak. ah apa apa jelah. aku dah mula nampak kemerepekan aku di sini. nak out lah. jam dah 515 petang. lima belas minit lagi nak blahh. esok last praktikal. yeah! 

tata korang. aku sayang.. diri aku! hehehe. ilyasm. muahx!   

Wednesday, April 13, 2011

apa kes?

0 rockerz komen
assalammualaikum...

apa kes? hahahaha! penah dengar kan tagline the APA KES ni? lama dulu lah time an actress, NASHA AZIZ dalam filem apa ntah, aku tak ingat, menggunakan tagline sebegini rupa. APA KES? hehehehe... ia merujuk kepada segala jenis bentuk yang berlaku kepada aku bila difikirkan kembali tagline APA KES? ini.. apa yang berlaku kat aku? wooooohhhhhhoooooo....! bukan benda yang sappy or menyakitkan hati okay.  jom layan kejap story mory aku..

sejak awal bulan lepas, aku dah perasan akan ketumbuhan jerawat yang akan timbul setiap kali sebelum aku nak datang bulan gerhana. oh yes. bulan gerhana. pada lelaki yang tak paham, let them being tak paham itu. yang perempuan mesti paham ye tak? sebelum ini, mana pernah muka aku ditumbuhi benda benda macam ini. so bila dah tumbuh segala benda ini dah jadi tanda tanya pada aku. APA KES? tak suka okay! sumpah sampai mati aku tak suka perubahan hormon yang langsung tak menyenangkan hati waima melodi pun tak ada tau! wuaaaaa! tak suka, tak suka, tak suka!!!

beralih pula pada MISTER HUBBY yang dah ambil alih tempat untuk menjadi terlebih emosi dan ikutkan sangat perasaan. waduh! kok aku yang bulan gerhana ngapain kamu yang emosi gitu sih...!? APA KES? this crap dah bermula sejak dua bulan yang lepas. masyaALLAH! cuba test korang bayangkan macam mana seorang lelaki boleh jadi emosi secara tiba-tiba? lepas itu pulak pemikiran dia dah macam bersalin pemikiran seperti perempuan! tambah lagi dengan sikap prejudis dan tiba-tiba banyak soal itu ini sampaikan kenapa aku berak lama pun boleh jadi isu. muahahahaha.. ini kelakar. tapi boleh bawa gaduh sebab hubby fikir aku sebok bergayut dengan lelaki lain dalam tandas. erk?! apa kejadah aku nak bergayut dalam tandas time tengah syok lepaskan harta? dah aku rasa macam kitorang dalam THE MAKING OF FREAKY FRIDAY pulak!

kaki dan tangan aku pulak. selama ini mana ada main aci sampai lenguh-lenguh bagaikan nak tertanggal segala urat dawai dalam badan masa bulan gerhana. tapi betullah. since last two month, aku rasa macam nak cabut kaki tangan aku dan biarkan kat rumah time aku pergi kerja. senang! tak adalah aku tak tentu arah kat office. tapi nonsense kan? before ini sumpah tak ada benda benda macam ini. APA KES?

oh. and the most important thing. kain kain baju kurung aku dah semakin sendat dan betul-betul muat untuk pinggang aku yang *slim* ini. sebelum ini, punyalah longgar malah nak tarik sampai ke belakang pinggang pun boleh. hahahahaha! tipulah itu atiqah ini. ada pulak sampai belakang pinggang. tapi longgar. serius longgar. itu dulu lah kawan. sekarang sendatnya, ya ALLAH ya RABBI... dah rasa nak terputus urat perut aku yang seksa pakai kain ini! APA KES? ini special case! hehehehe. sebab aku tahu kenapa. jadi sendat akibat perut dah semakin buncit akibat pemakanan yang berlebihan akibat lemak yang diambil terlalu tinggi akibat kolestrol yang tak terkawal. banyak akibat kan? memang aku saja tak letak noktah. biar padan muka korang jadi pening. ambil paper BM dulu kan? dapat A1 kan? tak susahlah maknanya nak faham apa yang taip ini. ngaaaa!

dengan terjadinya kes-kes di atas, teringatlah the tagline APA KEs? yang suatu ketika dulu amatlah popular. menyampah aku tau! pasal jerawat ini, betul rasa nak hempas muka kat sinki dan cermin. pasal hubby, terima jelah kan. dah tertukar hormon kat dia rasanya itu. tak boleh buat apa dah! tak boleh diselamatkan lagi. hehehehe! kain semakin sendat? inisiatif sendiri lah tiqah! itu pun nak kena tunjuk ajar dan bagitau ke? blueekkkkkk!!!

anyway my dearest, i l y a s m! muahx!     

sombong dan tak tetap pendirian.

2 rockerz komen
assalammualaikum.

tak mahu bermukadimah macam biasa. benda sombong ini bukan perkara yang luar biasa sangat pun dalam hidup aku.  serius. dari mula aku dah masuk sekolah sampailah dah nak masuk mod bekeje ni, ramai tersangat-sangat kata aku ini sombong. sombong yang bukanlah dalam makna baik okay. sebaliknya. tapi tak terkesan pun. mungkin sebab aku dah terlatih dengan hati yang sangat tak kesah. sungguhlah. 

dolu-dolu tu bila orang kata aku sombong, muka aku agak terkejutlah jugak. masa darjah dua. lawak kan? darjah dua pun dah dikata sombong. kalau dah memang kau tu aku tak kenal, takkan sambereno je aku nak senyum-senyum terlebih dos pastu tegur macamlah kita ni sahabat sehidup semati dia. adoila. lepas itu aku dikata bertambah sombong lepas menjawat jawatan pengawas masa darjah tiga. hahahaha. year 3 dah jadi pengawas. dah jadi pengawas, bertambah lagi gelaran kat aku. GARANG. so funny that i forgot to laugh! ah tak kesahlah kan eventhough aku pun baru tahu gelaran aku selain itu ialah SINGA BETINA. ini betul buat aku gelak sampai keluar air mata. ngok ngek je dorang ini!

disebabkan kesombongan dan kegarangan aku ini lah, sampaikan budak junior smksk yang memang aku tak kenal boleh tegur aku. 'eh, kak tiqah kan? prefect dulu' sambil shake hand and hug plus laga2 pipi. aku just angguk and senyum. then bila dak2 junior smksk ni dah geng dengan aku, depa kata 'kak tiqah ni kelakar lah. funny gler. mati2 ingat kak tiqah sombong and garang dulu'. that's why peeps say, don't judge a book by its cover la adik2 oi! dorang kata memang time sekolah dulu sapa lah tak kenal dengan pengawas garang dan sombong ini. semua kenal. lebih-lebih lagi budak2 nakal. sampaikan my bestfriend, KHAIRUL KHAIRI, pernah panggil aku untuk senyapkan kelas dia yang tak reti nak senyap bila dia yang jaga. haha. tapi pelik kan. kawan2 tak takut pun dengan aku! ngeeee!

tak kesah pun pasal sombong and garang ini. aha. even my panah arjuna pun cakap takut dengan aku bila jumpa pertama kali. itu betul rasa nak ketuk kepala dia. ada ke patut! hubby kata muka aku ini muka garang sampai dia naik takut. cet! yang garang-garang ini jugaklah yang awak pernah marah and tengking tau! sampai yang garang ini menangis teresak-esak sambil angkut baju balik rumah ibu. hahahahaha!

oke. stop the garang and sombong thingy. minggu lepas, balik melaka. drive kereta ditemani member aku. member kolejlah. member baek, member sepanjang hayat. time nak tido kat rumah, dia bukak cerita tentang hamba ALLAH yang seorang ini. oh. aku angguk jela kepala. ada jugak aku cakap tentang hamba yang satu ini. klimaksnya bila member aku ini kata hamba yang satu ini kata bahawasanya aku ini TAK TETAP PENDIRIAN. tak kelip mata aku pandang member sebelah. then pandang siling bilik and pandang member balik. 

'apasal member kau cakap camtu pasal aku pulak?' aku tanya. oh. about the thingy that jap aku pakai tudung jap tidak. macam hop on hop off je. ohhhhh. then dia kata lagi yang hamba yang satu ini pun katalah macam itu. ohhhh. *icecold*. let me recall. from the beginning, memang aku pakai tudung time sekolah2 dulu. time hingusan2 dulu. tapi bila keluar rumah dengan family, jalan2 kat luar rumah, memang aku free hair. until last year! but starting bulan puasa tahun lepas, aku start pakai hijab kembali kerana terasa banyaknya dosa yang tak tertanggung dek badan kat akhirat nanti. pakai yang ikut suka hati aku. tak elok kan? tapi i did try my very besh okay! lepas itu, kejap pakai kejap tak pakai. bukanlah bermakna TAK TETAP PENDIRIAN as YOU SAID but aku sedang memperbaiki diri yang dah jauh tersasar. lagipun, aku bukan macam kau yang konon dah pakai tudung, siap bersolat membaca AL-QURAN tapi sekejap yang teramatlah sangat. itupun atas sebab-sebab yang tertentu baru kau buat. kalau tak? sheesssh!oooppppsssssii! aku dah termengata. sorry.

and now, aku dah full time bertudung dan berhijab. tapi kau? haila haila.. sebelum nak mengata orang itu wahai hamba yang satu, tolong tilik diri kau dulu kay? aku tak suka ketam yang mengajar ketam lain untuk berjalan. macam hampeh je! nak kata aku tak tetap pendirian ini, kau lagi tak tetap pendirian. orang sekeliling boleh judge kita berdua macam mana and you will get the result that will humiliating you. nak macam itu? oh no! aku tak kata aku bagus. i am NOT PERFECT eventhough i was a PREFECT long time ago. ahahahaha! but i do my besh to improve myself rather than you that keep talks about somebody bad side rather than improving yourself! hah! puas hati aku! blueekkkk!   

aduhduhduhduh.. sorry kay. aku menyemakkan mata sesiapa yang membaca cebisan kali ini. sombong dan garang boleh diterima lagi sebab memang ada sifat-sifat itu lebih-lebih bila aku dalam keadaan yang unstable. but the tak tetap pendirian? naaaaa! when you catch up with me someday, you will know the actually me. ngaaaa! apa-apa jelah kan. dah pening lah pulak. nak blah jap. tengok keje or email jap. pastu nak shi shi jap. hehehehe. ilyasm! muahx! =P   

Tuesday, April 12, 2011

kandungan anggur@molar pregnancy

0 rockerz komen
salam. hai korang. dah lama aku tak update blog ini kan. tapi belum bersawang lagilah. okay. teros kepada topic pada hari ini. molar pregnancy atau lebih dikenali sebagai KANDUNGAN ANGGUR. oh. aku dapat tahu pasal benda ini pun sebab one of my bestest friend, who's married last year, got this after 3months married. from the beginning, dia bagitau aku yang dia MENGANDUNG, which is in her stomach, there are fetus that gonna be embrio and gonna be a baby soon. but after a month later, she called me and said 'kandungan gugur. tumpah darah. aku kat hospital sekarang' and cried. sad. so sad. dia memang mengharapkan baby itu. tapi ALLAH lebih mengetahui and after a couple of days, she called me again. said something about 'the kandungan anggur' which is i thought its just one of the causes for that miscarriage. aku taklah peduli sangat. yelah! tak pernah seumur hidup aku dengar word kandungan anggur and suddenly she said that. memang aku fikir biasa2 jelah.

last friday, i text her. she called me teros and talk about this kandungan anggur. kebetulan, aku tak keluar lunch langsung that friday afternoon and dengar explaination from her. OMG! kandungan anggur ini rupanya bukanlah simptom or sebab2 untuk kandungan gugur but penyakit bagi wanita! aku terus search kat uncle google and find about this kandungan anggur. when my friend sebok explain about it, at the same time aku baca jugak tentang benda ni kat internet. ohhhhh. nasib baik ia taklah serius sangat2 walaupun boleh dapat kanser. aha! KANSER. tapi this type of cancer not seriously like breast cancer, lung cancer and other cancer. more explaination di bawah :

Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui. Tetapi kes-kesnya dipercayai lebih tinggi di Asia.  Kandungan anggur ini sering terjadi di kalangan wanita yang hamil pada usia kurang 20 tahun dan 45 tahun ke atas. Molar pregnacy is a serius issue that one in every 1-2 thousand pregnant women faces. A molar pregnancy happens when tissue that normally becomes a fetus instead  becomes a growth , called a mole in ,your uterus. even though it is not an embryo, a mole triggers symptoms of pregnancy. Jenis kandungan anggur-
Complete hydatiform mole. Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi-

Partial mole
Jenis ini jarang berlaku. Tisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini. Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja. Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu. Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang. Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies).

Tisu kandungan molar sememangnya kelihatan seperti gugusan buah anggur kerana tisu janin iaitu chorionic villi dan trophoblast telah menjadi hyperplastic.
Mengesan kandungan anggur

Biasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-
-Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan-
-Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)
- Pendarahan faraj.
Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga 90 peratus.Biasanya pendarahan yang bermula akan terus berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur tersebut akan mula gugur. Dalam keadaan ini, jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak darah dan mungkin akan membawa maut-
-Pre eklampsia.
Tekanan darah boleh jadi terlalu tinggi. Jika tidak dikawal boleh mengakibatkan sawan atau eklampsia. Komplikasi ini juga berbahaya.-
- Hipertiroidism.
Adakalanya wanita boleh mengalami gejala seperti penyakit thyrotxicosis iaitu keadaan di mana kelenjar thyroid menjadi hiperaktif. Mengapa keadaan ini boleh terjadi tidak begitu di ketahui. Ada yang berpendapat paras hormon B HCG (beta human chorionic gonadotrophin) yang terlalu tinggi pada wanita yang mengandung kandungan molar boleh merangsangkan kelenjar tiroid. Jika komplikasi ini berlaku maka keadaan hipertiroid harus dikawal sebelum rawatan diberi.
- Pulmonari emboli.
Ini juga merupakan satu situasi dan komplikasi berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.Disebabkan gejala seperti alahan dan pendarahan juga boleh berlaku pada wanita yang mengandung normal, satu cara yang mudah dan cepat bagi doktor untuk membezakan kandungan normal atau tidak ialah melalui pemeriksaan ultrasound. Pada masa kini pemeriksaan ultrasound mudah didapati dan tidak invasif. Ia merupakan pemeriksaan rutin yang dilakukan kepada semua ibu mengandung. Dalam kandungan molar, struktur janin (fetus) tidak kelihatan melalui pemeriksaan ultrasound. Apa yang dilihat cuma snow storm appearance. Selain itu, pemeriksaan X-ray juga boleh dilakukan. Pemeriksaan darah untuk hormon B HCG juga perlu dibuat.Biasanya paras hormon tersebut jauh lebih tinggi bagi wanita yang mengandung kandungan anggur.

RawatanRawatan yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan kandungan anggur tersebut seboleh-bolehnya sebelum pendarahan atau keguguran berlaku.
Kaedah yang biasa dilakukan ialah suction & currettage. Dalam kes-kes tertentu adakalanya prosedur tersebut terpaksa diulang akibat pengeluaran kandungan molar tidak dikeluarkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, rawatan bukanlah berakhir setakat itu sahaja. Apa yang amat ditakuti ialah kandungan anggur boleh menyebabkan kanser choriocarcinoma. Hampir 20 peratus daripada kandungan molar boleh menyebabkan kanser tersebut.Namun, ini tidak bermakna wanita yang mengandung kandungan normal, mengalami keguguran atau kandungan luar rahim terkecuali daripada kanser tersebut.

Risiko kanser ini adalah lebih tinggi selepas kandungan molar.
Sehubungan itu, wanita yang telah menjalani rawatan suction & curettage biasanya akan menerima rawatan susulan selama dua tahun atau lebih. Ujian seperti X-ray dada dan pemeriksaan darah akan dilakukan selain pemantauan paras hormon B HCG. Pada peringkat pemulaan, paras hormon akan dipantau setiap dua minggu sehingga paras hormon turun.Pemantauan selanjutnya akan dilakukan setiap tiga bulan dan enam bulan seterusnya. Paras hormon B HCG akan menurun selepas kandungan molar dikeluarkan dalam tempoh antara 12 hingga 14 minggu.Jika paras hormon menjadi lebih tinggi, tidak berubah atau mengambil masa yang lama untuk hilang, ini menunjukkan berkemungkinan tanda-tanda kanser akan timbul. Rawatan kemoterapi akan dimulakan untuk mengelakkan kanser terjadi.

aku tak tahulah korang paham ke tidak tapi aku paham. first time kawan aku ini kata about the kadar HCG yang aku rasa memang aku takkan ambil tahu ( orang2 sains je yang paham) sumpah aku memang tak paham. dengar pe yang dia cakap plus baca artikel2 about molar pregnancy, barulah aku paham. walaupun tak serius tapi amat menakutkan bagi para wanita. betul tak? tak gila ke bila dalam perut kita ini ada sejenis fetus yang bukannya mengembang sebagai embrio tapi 'the anggur' ni? hesy! mintak simpang.
kadar B HCG kawan aku ini memang tinggi sekarang ini. 400 daripada 2 bagi yang normal macam kita2 ini. perh! aku dengar pun dah risau. setiap minggu kena pergi cek and minggu ini kena buat lagi pembersihan yang macam ala2 bersihkan perut bila orang keguguran itu. ngeri aku nak fikir! kalau tak bersih lagi, kena buat lagi. ingat tak sakit ke? dahlah main seluk-seluk pulak itu. euwwww! 

pemeriksaan untuk kandungan anggur ini akan berlanjutan selama DUA TAHUN@24 bulan. lama seh. and sepanjang tempoh ini, tak boleh mengandung langsung-langsung sebab takut jadi apa-apa pada baby yang sedang dikandung atau komplikasi pada ibu yang mengandung. hey, bukanlah bermakna they are not allowed for having a sex ( korang dah matang kan) but jangan sampai mengandung. kena apa itu? alahai. macam merancang lah. padahal kawan aku ngan hubby dia dahlah nak anak sesangat2. terpaksalah menunggu sampai kawan aku ini sembuh. 

jadi korang, pasni jangan jadi macam katak bawah tempurung kalau ada orang tanya apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy okay. nak lagi tau search lah sendiri kat internet okay. ingat, setiap orang ujian dia lain-lain. bawa bersabar je. hikmahnya ada di kemudian hari. anyway, aku sayang orang2 yang sayang aku je. tata! =)